Sunday, September 18, 2016

Kerutup kambing



































Hidangan berasaskan kambing sentiasa mendapat perhatian ramai. Tapi saya bukan lah pemakan daging kambing tapi saya kena masak sebab ahli keluarga saya amat suka dengan hidangan ini .
Kambing dari segi penyediaan nya kena berhati hati ketika mencuci sebab jika tidak ianya akan meninggalka bau yang kurang selera. 
Saya mencuci dengan sedikit tepung gandum dan selepas mencuci larutan tepung saya akan meletakan sedikit cuka dan biarkan sekejap sebelum membilas. Kaedah ini menghasilkan daging yang cepat lembut ketika kita masak. Petua arwah emak saya.
Berbalik pada hidangan kerutup ini ...ianya tidak pedas walaupun kuah nampak garang . Sedap di makan dengan nasi putih maupun di cicah dengan semua jenis roti.
Kali ini saya letak resepi walaupun jika kita goggle beratus resepi ada yang hampir sama . Yang ini pun lebih kurang saja sana sini dengan sedikit tambahan dalam tulisan merah gelap .
Tq Azie resepi ini senang dan sedap.

Kerutup Kambing. 
Oleh: Azie Kitchen

Daging kambing
Rempah kerutuk
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Gula Melaka
Garam dan gula
Santan secukupnya
Kerisik kelapa
Daun pudina di blend dgn setengah biji bawang besar dan di tumis

Saya tambah yogurt 2 sudu besar di akhir masakan

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris dengan rempah kerutuk agak lama hingga garing.  Daging dibasuh dengan tepung gandum bagi mengelakkan bau hamis. 


Masukkan daging dan rempah yang ditumis dan gaul rata.  Letak atas dapur dan masak hingga daging agak empuk sebelum masukkan santan pekat.  Masukkan garam, gula, gula melaka dan akhir sekali kerisik.  Sesuaikan rasa dan kepekatan sebelum diangkat dan dihidangkan panas panas dengan nasi putih atau nasi minyak.

No comments: