Saturday, December 31, 2011

Selamat tahun baru 2012

Selamat tahun baru yang tidak berapa jam lagi akan melangkah ke tahun 2012. Semuga semua yang membaca catatan harianku ini melalui cabaran 2011 dengan tabah dan tahun hadapan dengan lebih baik lagi hendaknya . Dan pada yang dah tercapai impian Alhamdulilah dan semuga lebih cekal dan tenang dalam menjalani kehidupan di hadapan kita dengan lebih bermakna  Cepatnya masa berlalu sedar sedar kita berada di penghujung . Rasanya matlamat tahun lepas belum lagi tercapai maka kena carry forward ke tahun ini. Amin semuga matlamat ku akan tercapai jua pada 2012 dan dengan izin Allah .
Apapun sebagai entry terakhir di penghujung 2011 ... hanya makanan harian saja.

Saya mengunakan daging yang di potong kuib. Ini merupakan salah satu masakan daging yang paling simple yang selalu di buat dalam masa yang singkat.
Selalunya daging yang di beli kiub ianya lebih cepat masak dan tidak liat. sesuai juga di masak secara stir-fry.
Kita hanya perlukan daging di rebus sebentar dengan hirisan halia  Asingkan daging yang telah di rebus dari air rebusan. Daging kemudianya di gaul dengan serbuk kunyit ,sedikit lada hitam dan garam secukup rasa. Panaskan minyak goreng dan masukan hirisan bawang merah dan bawang putih dan masukan daging agak sedikit garing dan masukan sebiji buah tomato yang di potong  dan masukan air asam .
Biarkan daging mereneh dan agak pekat masukan kicap dan sesuaikan rasa. Akhir sekali masukan daun ketumbar ataupun daun sup dan taburkan cili padi untuk pedas. Siap...

4 comments:

HomeKreation said...

Aslmkm & Selamat Thn Baru 2012! TQ wish Along.

blogresipi.com said...

Salam tahun baru 2012 Kak Noor. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan di tahun baru ini. insyaAllah :)
Ijan

Mamasya said...

Slmt thn baru 2012 buat K.Noor sekeluarga. moga sentiasa dilindungi Allah selalu dan diberkati segala usaha yg dilaksanakan.

CitarasaKu said...

Wasalam Ijan,Along dan Mamasya terima kasih. Sama samalah berdoa semuga tahun segala usaha kita di berkati Allah dan kita sihat di samping keluarga. Amin