Saturday, December 10, 2011

Puding kentang berkaramel

Ramai kengkawan masak dah pun cuba membuat puding ini. Saya agak tertinggal jauh sebab sibuk dengan kerja lain maka tertungak untuk mencubanya. Tadi petang di sebabkan suara saya  dah jadi rock maka teringatlah nak makan sesuatu yang lembut dan sedikit manis. Maka puding nie lah yang terlintas dalam kepala.
Alangkah sukanya bila ianya menjadi pulak. Saya buat dua acuan sebab loaf pan yang ada bersaiz comel. Nampaknya resepi ini benar benar best dan saya pasti akan membuatnya berkali kali. Abah mesi suka jika saya dapat buat puding tak kira apa jenis...dia gemar makan puding.
Terima kasih pada empunya resepi yang sedap nie iaitu Dayang Jack-Dapurku sayang.  Minta halal ye apapun saya paste kan resepi beliau kat bawah ini untuk simpanan.

Puding Kentang Berkaramel
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Karamel :
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air panas
Cara-cara :
  1. Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. 
  2. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.
Puding :
  • 1 biji kentang sederhana saiznya (direbus hingga empuk dan dipotong kecil-kecil)
  • 5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
  • 1 1/2 cawan susu sejat/susu cair
  • 1/4 cawan air 
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  1. Kisar kentang bersama semua bahan (kecuali telur) hingga sebati. 
  2. Satukan adunan tadi dengan telur yang sudah dipukul manja. Sebatikan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau hand whisk. Kemudian tapiskan.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi.
  4. Sediakan loyang yang agak besar dan isikan air panas secukupnya. Kemudian letakkan loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Masukkan ke dalam oven. (membakar dengan kaedah bain marie)
  5. Bakarlah pada suhu 160-170C selama 40 minit atau sehingga masak. Bergantung pada suhu oven masing-masing.
  6. Setelah  puding masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan

No comments: