Tuesday, December 20, 2011

Ayam masak merah beraini

Lauk dua tiga hari lepas. Sebenarnya Tm saya down sejak dari 9 Dec sehinggalah tadi petang baru pulih. Tapi tahap kelajuan nya masih di pantau sebab kurang laju seperti biasa. Malas nak mengomel pasal hal ini ...rasanya semua orang faham bila berhadapan dengan talian 100 kan.
Saya amat suka memasak beraini yang agak kering dan kurang berminyak sebab lebihan lauk dari isi ayam boleh di buat sandwich roti.

Resepi kali ini saya gunakan dari KakFida
Ayam Masak Merah Beriani™ 
kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( 8-10 orang )
1 ekor ayam - bersihkan dan potong ikut suka
10 batang lada kering* (lebihkan jika suka pedas)
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/2 jari halia*
3-4 batang serai*
2 biji bawang besar - dihiris bulat
3 biji tomato - potong dadu
2 batang serai - titik
1/2 jari lengkuas - titik
2 helai daun pandan - disimpul
kulit kayu manis,pelaga,cengkih (bahan tumis)
2 sb tomato puri/tomato sos
3 sb rempah beriani
garam,gula/gula melaka secukup rasa
2 tangkai daun ketumbar - hiris
sedikit bawang goreng
minyak untuk menumis

Cara-cara 1.Ayam digaul sedikit garam dan kunyit dan goreng.Kisar halus bahan2 yang bertanda* 2.Panaskan minyak dan tumis bawang hiris,penumis,daun pandan,serai dan lengkuas titik,hingga wangi.Masukkan bahan yang dikisar halus dan masak hingga hampir kering.Masukkan tomato buah,rempah beriani,tomato puri/sos dan gaul hingga rata.Masukkan sedikit air jika perlu,gaul dan tutup periuk sebentar. 3.Masukkan ayam goreng ke dalam periuk dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.Gaul hingga rata,tambah air jika terlalu kering.Bubuhkan sebahagian daun ketumbar dan bawang goreng.Tutup semula periuk dan kecilkan api dan masak lagi hingga 5-10 min. atau hingga ayam masak. 4.Taburkan kacang peas,kacang gajus,bawang goreng dan daun ketumbar sebelum dihidangkan

Nota: Kacang peas dan gajus saya skip....walaupun tiada bahan ini ianya tidak menjejaskan rasa.


Dan petang tadi saya buatkan cucur kentang yang di cicah dengan sos thai...yummy

1 comment:

Hassan said...

Salam sejahtera ...
Blog yang menarik ~~~