Saturday, December 31, 2011

Selamat tahun baru 2012

Selamat tahun baru yang tidak berapa jam lagi akan melangkah ke tahun 2012. Semuga semua yang membaca catatan harianku ini melalui cabaran 2011 dengan tabah dan tahun hadapan dengan lebih baik lagi hendaknya . Dan pada yang dah tercapai impian Alhamdulilah dan semuga lebih cekal dan tenang dalam menjalani kehidupan di hadapan kita dengan lebih bermakna  Cepatnya masa berlalu sedar sedar kita berada di penghujung . Rasanya matlamat tahun lepas belum lagi tercapai maka kena carry forward ke tahun ini. Amin semuga matlamat ku akan tercapai jua pada 2012 dan dengan izin Allah .
Apapun sebagai entry terakhir di penghujung 2011 ... hanya makanan harian saja.

Saya mengunakan daging yang di potong kuib. Ini merupakan salah satu masakan daging yang paling simple yang selalu di buat dalam masa yang singkat.
Selalunya daging yang di beli kiub ianya lebih cepat masak dan tidak liat. sesuai juga di masak secara stir-fry.
Kita hanya perlukan daging di rebus sebentar dengan hirisan halia  Asingkan daging yang telah di rebus dari air rebusan. Daging kemudianya di gaul dengan serbuk kunyit ,sedikit lada hitam dan garam secukup rasa. Panaskan minyak goreng dan masukan hirisan bawang merah dan bawang putih dan masukan daging agak sedikit garing dan masukan sebiji buah tomato yang di potong  dan masukan air asam .
Biarkan daging mereneh dan agak pekat masukan kicap dan sesuaikan rasa. Akhir sekali masukan daun ketumbar ataupun daun sup dan taburkan cili padi untuk pedas. Siap...

Friday, December 30, 2011

Minum pagi

Pagi tadi bersarapan dengan roti perancis kosong yang di beli dari Tesco. Mulanya nak cicah saja dengan kari semalam namun ternampak kepingan burger ayam. Apa lagi kita cincangkan kepingan ayam menjadi kecil dan di goreng bersama bawang . Kemudian telur di pecahkan serta di perisakan dengan garam dan lada dan di celup pada roti bersama bahan yang telah di goreng. Walaaa kita tambah sedikit keju ...kenyang .
Si Yon yon pulak pagi tadi kena ke sekolah untuk sessi naik kelas serta mengenali guru kelas tahun depan dan jadual waktu.
lauk untuk tengahari pulak kita masak kepingan salmon masak lemak. Ikan salmon di kiub dahuku dan di goreng ranggup sebelum di masukan dalam kuah. Masak lemak merupakan salah satu kegemaran kita selain dari kuah singgang. Tapi nie lah pertama kali kita guna ikan salmon untuk masak lemak.

Thursday, December 29, 2011

Puding lagi

 


Petang tadi buatkan puding kentang untuk di bawa sewaktu melawat anak jiran di hospital. Khabarnya sakit buah pinggang. dia juga tidak di benarkan makan makanan yang mempunyai perasa tiruan. Jadi rasanya makanan ini sangat sesuai buat anak dia yang berusia 9 tahun. Saya buatkan dalam tiga acuan yang berbeza , dua acuan kecil untuk dia dan kami acuan loaf pan. 
Syukur jadi pulak puding nie dalam keadaan mengejar masa. Kadangkala jika kita buat dalam keadaan terburu buru tak menjadi. Tekstur puding kali ini lebih kenyal dan sedap sangat. Lepas ini rasanya kita nak cuba buat versi keledek pula..emmm boleh tak?  



Wednesday, December 21, 2011

Tart Nenas lagi

Biasa lah di waktu cuti sekolah dah nak berakhir nie sememang nya sibuk. Bukan berjalan jalan tapi pergi membeli kelengkapan sekolah. Baju sekolah untuk yang bersaiz besar agak payah juga. Anak kita di dalam kategori montel haha siap beli di awal cuti. Masa tu banyak saiz...sekarang nie cuma perlu mencari bahan rujukan sebab tahun hadapan bakal menduduki PMR. Apapun esuk keputusan PMR akan di umumkan. Anak saudara kita ...si Awin siap duk berkira hari.... semasa waktu kita dulu susah hati gak sampai tak lalu makan. Hari ambil keputusan tu kita duk jauh jauh intai sebab malu dan takut. Apa pun dah berlalu nanti time anak kita ambil result camana lah nanti .
Tart yang semalam kita buat nie dah siap posing . My sis cakap kenapa tart nie berbentuk tigasegi. Sebab kita nak lain fesyen sikit laa...lagipun buat macam nie bila makan tak mudah tumpah dan senang di susun. Di tambah bunga comel ala "En.Mat Gebu" .






Tuesday, December 20, 2011

Ayam masak merah beraini

Lauk dua tiga hari lepas. Sebenarnya Tm saya down sejak dari 9 Dec sehinggalah tadi petang baru pulih. Tapi tahap kelajuan nya masih di pantau sebab kurang laju seperti biasa. Malas nak mengomel pasal hal ini ...rasanya semua orang faham bila berhadapan dengan talian 100 kan.
Saya amat suka memasak beraini yang agak kering dan kurang berminyak sebab lebihan lauk dari isi ayam boleh di buat sandwich roti.

Resepi kali ini saya gunakan dari KakFida
Ayam Masak Merah Beriani™ 
kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( 8-10 orang )
1 ekor ayam - bersihkan dan potong ikut suka
10 batang lada kering* (lebihkan jika suka pedas)
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/2 jari halia*
3-4 batang serai*
2 biji bawang besar - dihiris bulat
3 biji tomato - potong dadu
2 batang serai - titik
1/2 jari lengkuas - titik
2 helai daun pandan - disimpul
kulit kayu manis,pelaga,cengkih (bahan tumis)
2 sb tomato puri/tomato sos
3 sb rempah beriani
garam,gula/gula melaka secukup rasa
2 tangkai daun ketumbar - hiris
sedikit bawang goreng
minyak untuk menumis

Cara-cara 1.Ayam digaul sedikit garam dan kunyit dan goreng.Kisar halus bahan2 yang bertanda* 2.Panaskan minyak dan tumis bawang hiris,penumis,daun pandan,serai dan lengkuas titik,hingga wangi.Masukkan bahan yang dikisar halus dan masak hingga hampir kering.Masukkan tomato buah,rempah beriani,tomato puri/sos dan gaul hingga rata.Masukkan sedikit air jika perlu,gaul dan tutup periuk sebentar. 3.Masukkan ayam goreng ke dalam periuk dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.Gaul hingga rata,tambah air jika terlalu kering.Bubuhkan sebahagian daun ketumbar dan bawang goreng.Tutup semula periuk dan kecilkan api dan masak lagi hingga 5-10 min. atau hingga ayam masak. 4.Taburkan kacang peas,kacang gajus,bawang goreng dan daun ketumbar sebelum dihidangkan

Nota: Kacang peas dan gajus saya skip....walaupun tiada bahan ini ianya tidak menjejaskan rasa.


Dan petang tadi saya buatkan cucur kentang yang di cicah dengan sos thai...yummy

Monday, December 12, 2011

Red Velvet Melting Moments

Taraaa nie cookies bukan untuk Krismas tau..Kita buat untuk jamu tetamu yang datang kerumah dalam musim musim cuti begini. Ada juga kuih kosong cicah dengan air teh...boleh tak. Saya tertarik dengan warna cookies nie yang merah terang dalam food blog ini .Lagipun semua bahan ada dalam stok dapatlah kita buat petang tadi. Dalam satu adunan dapat lebih kurang 40 biji sebab kita guna acuan agak besar juga.
Resepinya saya copy dari blog tanpa di edit.


Red Velvet Melting Moments

(adapted from this Gourmet Traveller recipe, makes about 24 biscuits)
250g soft, good quality unsalted butter
80g icing sugar, sifted
1 tsp pure vanilla extract
About 1 tbsp liquid red food colour, adjust as you like (I used gel colouring, which only needed about 2 tsp)
75g (1/2 cup) cornflour (cornstarch)
225g (1 1/2 cups) plain flour
1 tbsp cocoa powder (preferably Dutch-processed)
1/2 tsp salt

For the cream cheese icing:
113g cream cheese
1 tbsp (14g) butter
1 cup (150g) icing sugar, sifted

Preheat oven to 180°C (350°F) and line two baking sheets with baking paper. Using an electric mixer, beat butter and sugar until light and fluffy. Add red food colouring and vanilla and beat until just combined. Sift flours, cocoa powder and salt over butter mixture and, using a wooden spoon, stir to form a soft dough. If you are making heart shapes you may want to chill your dough for about 10 mins before you start to shape them, to stop the butter in the dough melting from the heat of your hands


Rendang siam

Resepi hari ini di ambil dari fotopages KakRus. Satu resepi lama menurut beliau membuat saya begitu tetarik untuk menikmati kelazatan lauk ini. Rasanya bagi pengemar renditang mesti suka sebab ianya lain dari yang biasa kita buat mengunakan daun kunyit.
Kali ini rendang di makan bersama nasi putih saja tak ada nasi pulut.
Resepi ini saya copy dari fotopages beliau .

Rendang Siam
Sumber: KakRus Fotopages
1/2 ekor ayam
10 tangkai cili kering digunting dan direndam air panas*
6 ulas bawang merah*
6 ulas bawang putih*
2 batang serai*
2 inci lengkuas*
sedikit halia*
sedikit kunyit hidup*
1 sudu besar kerisik
3 cwn pati santan
1 keping asam keping
2-3 helai daun limau purut
3 tangkai daun kesum
10 tangkai cili api
minyak secukupnya
garam dan gula ikut rasa
Blend bahan yang bertanda *.Pijarkan minyak dan tumis bahan tersebut hingga naik minyak.
Masukkan ayam/daging,santan,daun limau purut,daun kesum,kerisik,gula dan garam.
Bila kelihatan pekat,masukkan asam keping dan cili api.
Boleh dihidangkan

Sunday, December 11, 2011

speghetti lagi




Tak jemu jemu makan spaghetti untuk makan malam. Hihi sebab nie masakan yang paling ringkas kan.
Resepi semalam pakai agak agak saja...kita buat sos cendawan yang di cincang halus.
Mulanya teringat nak buat style malaysia tapi last minit tak jadi sebab kita nak cepat sediakan. Malam nanti nak lihat gerhana bulan. Manakala di surau pun nampak ramai orang hadir untuk buat sembahyang sunat . Waktu awal bermula gerhana kita tak snap gambar . Kita ambil setelah beberapa minit ianya bermula.
Tapi saya hanya letak dua keping gambar saja kat sini. Arwah tok dulu pernah berpesan jika ada gerhana sesudah solat dan zikir janganlah kita tidur tunggu sehinga ianya berakhir. Apapun kita pula siap pesan dengan anak kita sepertimana tok berpesan. Dulu waktu gerhana nenak kita juga keluar ke kebun habis di ketuk ketuknya dahan pokok agar berbuah lebat. Dengan izin Allah maka musim selepas itu maka pokok pun menghasilkan buah yang lebat. Tapi semalam kita dengar ketukan gendang dari rumah orang cina pulak mesti ada sebab dia berbuat demikian.


Saturday, December 10, 2011

Puding kentang berkaramel

Ramai kengkawan masak dah pun cuba membuat puding ini. Saya agak tertinggal jauh sebab sibuk dengan kerja lain maka tertungak untuk mencubanya. Tadi petang di sebabkan suara saya  dah jadi rock maka teringatlah nak makan sesuatu yang lembut dan sedikit manis. Maka puding nie lah yang terlintas dalam kepala.
Alangkah sukanya bila ianya menjadi pulak. Saya buat dua acuan sebab loaf pan yang ada bersaiz comel. Nampaknya resepi ini benar benar best dan saya pasti akan membuatnya berkali kali. Abah mesi suka jika saya dapat buat puding tak kira apa jenis...dia gemar makan puding.
Terima kasih pada empunya resepi yang sedap nie iaitu Dayang Jack-Dapurku sayang.  Minta halal ye apapun saya paste kan resepi beliau kat bawah ini untuk simpanan.

Puding Kentang Berkaramel
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Karamel :
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air panas
Cara-cara :
  1. Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. 
  2. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.
Puding :
  • 1 biji kentang sederhana saiznya (direbus hingga empuk dan dipotong kecil-kecil)
  • 5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
  • 1 1/2 cawan susu sejat/susu cair
  • 1/4 cawan air 
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  1. Kisar kentang bersama semua bahan (kecuali telur) hingga sebati. 
  2. Satukan adunan tadi dengan telur yang sudah dipukul manja. Sebatikan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau hand whisk. Kemudian tapiskan.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi.
  4. Sediakan loyang yang agak besar dan isikan air panas secukupnya. Kemudian letakkan loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Masukkan ke dalam oven. (membakar dengan kaedah bain marie)
  5. Bakarlah pada suhu 160-170C selama 40 minit atau sehingga masak. Bergantung pada suhu oven masing-masing.
  6. Setelah  puding masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan

Wednesday, December 7, 2011

cuti awal Dec

Antara gambar gambar yang telah di rakam. Gambar sebenarnya banyak sangat tapi saya sisipkan di sini hanya gambar permandangan serta keindahan bunga saja. Saya sebenarnya malu nak bergambar pada usia begini sebab time single mingle dulu dah puas berposing sakan. Sampaikan emak saya selalu berleter panjang maklumlah duit habis mencuci gambar . Tapi sekarang nie dah lain jika kita mempunyai hobi jurufoto gambar tak rugi sbb terus masuk pc...dulu kena cuci baru bleh lihat hasilnya...kan.  Jika dulu dalam sebulan sekurangnya 3 roll dah dekat rm100 ringgit habis untuk cuci untuk filem lagi sebab itu selalu kena leter. Tapi untung juga sekurang kurangnya melalui gambar kita akan nampak perubahan pada diri kita di peringkat usia.

Diwaktu malan berhampiran selat tebrau.


Terdapat banyak gambar bunga bunga di C.Highland tapi saya hanya letak gambar buah strawberi saja . Nak letak banyak gambar dah macam blog foto pulak . Dari Johor sempailah destinasi akhir C.Highland saja. Semua tempat kami singgah dalam perjalanan cuma kali ini kami tidak pergi ke pantai timur takut banjir.

Karipap saja

Karipap nie kita buat petang semalam. Teringat semasa beli karipap di satu C.H tempohari sangat ranggup tapi bersaiz kecil dan harganya pula kalah  harga di KL dan Penang. Jika di S.P boleh dapat 3 biji untuk Rm 1.00.  Jika di Kl dan Pg jika sebiji harganya Rm1.00 memang berbaloi dengan saiz dan intinya . Tapi yang saya beli sewaktu di sana sangatlah kecil serta intinya jika di goncang dapat dengar . Almaklum musim cutikan nanti bila orang tak ada mungkin orang di sana pun tak mau beli sebab tak berbaloi .
Jadi kelmarin saya buat sendiri dan makan dengan senang hati.

Saturday, December 3, 2011

December

Akhir tahun dan juga bulan cuti sekolah dan kahwin. Maka banyak undangan perkawinan termasuklah sepupuku di Penang baru baru ini. Tapi sayangnya kita tak sempat nak bergambar pada waktu itu hari hujan maka semua orang berlari lari masuk khemah dan keadaan juga tidak mengizinkan. Dan pada masa yang sama selesai hadiri kenduri tersebut kita harus ke Kl. Dalam perjalanan kita di beritahu kakak delay flight dan sampai terminal agak lewat maka kita pun terus ke Jb dulu sebeum berpatah balik ke Kajang.
Hari ini kita sudahpun berada di rumah. Memang seronok bila dapat bercuti tapi bila pulang banyak kerja mendobi harus di jalankan. Jadi tak sempat nak load gambar gambar yang di rakam.
Pagi tadi inilah  sempat di buat untuk minum petang. Hihi tekak panas sebab faktor cuaca .