Projek berbuka tadi petang. Saja dok fikir nak makan apa ye..emmm benda yang senang ,simple dan cepat. Maka ternampak resepi dalam simpanan. Lama juga resepi nie memerap dalam lappy ...setelah membaca berkali kali eemm nampak memang ringkas dan senang Apalagi dengan cepat lah mengupas bawang dan memotong nya dengan ketebalan yang seragam dan mengering gegelang bawang dengan tuala dapur agar bila mengoreng nanti minyak tidak meletop
Sewaktu mengoreng nya ...dalam hatiku berkata nampak macam naik cantik je tapi tak boleh rasa lagi. Waktu berbuka tadi ini makanan nie lah ku sentuh dulu selepas air.
Alhamdulilah memang happy sangat sebab projek hari ini berjaya dengan percapaian cemerlang.
Onion Ring
Sumber: Vdia,MyR
Bahan:
1 biji bawang besar
75g tepung gandum
1/2 sudu besar tepung jagung/tepung kanji
1/2 sudu kecil garam dan gula
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan air
1 sudu besar minyak masak
minyak untuk menggoreng
minyak untuk menggoreng
Cara:
1.Kupas bawang besar.Basuh dan keringkan.Potong bulat-bulat lebih kurang
1 cm tebal.
2.Campur semua bahan-bahan dari tepung hingga 1 1/2 sudu besar minyak
masak.
3.Panaskan minyak.
4.Celupkan bawang ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng sehingga perang atau garing
nota: waktu goreng letak jarak sedikit agar tidak melekat.
nota: waktu goreng letak jarak sedikit agar tidak melekat.
7 comments:
sedap tgk onion ring tu...
Rahel pun dah cuba oniong ring resepi vdia ni..memang sedap..best sangat..tapi nak kena buat byk2 la..hehe..tak cukup..
nampak sedap la noor
Wow! nampak rangup dan keemasan sedapnya... tak perlu ke burgerking dah ni... sedapnya...
Qasey>> cuba lag buat resepi dah ada...memang best sangat
Rahel>> betul tu mula saya buat ikut resepi la...pastu kena double...sebab ;etak saja dah habis.
CikMimi >> hehe resepi jimat buat surirumah .
Shariah>> resepi terbaik untuk onion ring mmg berbaloi baloi sedap.
wah bila cakap cemerlang tu, buat saya tingin la juga...:) mmg menarik!
Salam Noor cayang. Along suka makan bwg, apatah lagi Onion ring! Isyk tak leh tengok lama2, kecur air liur (pose harini).
Post a Comment