Thursday, May 3, 2012

Kuih Talam Labu

 

Jarang jarang buat kuih talam sebab selalu buat tak begitu jadi. Tapi hari ini Alhamdulilah menjadi dengan elok dan tidak keras haha. Lega dalam hati tapi dari awal hingga ke persediaan akhir memang banyak pekara yang berlaku.
Asal resepi ini adalah kuih talam sekoteng. Sangat tergoda dengan warna nya merah pink yang mengoda .Mula nya ingat silap ejaan ke...eehh betul sebab ramai blogger masak dah cuba buat....tapi apa itu Sekoteng. Tak pernah dengar pun ...apatah lagi rupanya. Tapi dek kerana warna pink kemerahan tu memikat kalbu maka dengan perasaan ingin cuba juga kita pun nak cuba juga sebab Chah cakap kuih nie bergegar gegar selepas masak . Maka kita dengan gantikan denga buah labu. Dan terhasil lah ia dengan nama Kuih talam labu.
Kesemua proses saya ny sama tapi yang lucu nya tepung hoon kwe tu saya jarang beli saya guna paket yang kertasnya hijau setelah campur pada adunan warna nya bertukar hijau ...Aiyooo habislah warna kuihku bertukar hijau ...sepatutnya putih.
Lapisan atas pulak dah tuang dalam loyang baru baru teringat warna pink kemerahan. Hmmmm nape ye arinie nak buat lain jadi lain tapi hasilnya boleh lah. Bergegar seperti Chan cakap tapi kita potong tak cantik next time buat kena tunggu betul betul sejuk baru potong.


Apapun resepi ini memang best dan saya copy dari Rumah Chah Dan jika nak lihat versi asalnya sila lah klik kat Sini.
Terima kasih pada semua .
Harap sudi sudi lah kongsi gambar Sekoteng tu ...saya nak juga lihat apakah ia dan bagaimana rupanya .

Bahan-bahan:
Saiz loyang : 6 inci


Lapisan bawah (putih)
50g sekoteng (rebus dan toskan)
80g tepung beras
1/2 sudu besar tepung ubi (resepi asal guna tepung hoen kwee)
350ml santan pekat
70g gula halus
Secubit dua garam


Cara-cara:
  • Campur semua bahan (kecuali sekoteng) dan kacau hingga gula larut.
  • Tapiskan terus ke dalam periuk. Lebih baik jika menggunakan kuali/periuk non-stick.
  • Masak atas api perlahan hingga naik wap dan adunan menjadi agak pekat.
  • Masukkan sekoteng dan kacau rata. 
  • Tuang ke dalam loyang yang telah dilapik dengan plastik atau boleh juga disapu dengan sedikit minyak.
  • Kukus kira-kira 20 minit atau hingga masak. Pastikan air pengukus telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum meletakkan kuih ke dalam pengukus.
  • Sentiasa lap penutup pengukus untuk mengelakkan air menitik ke atas kuih.


Bahan-bahan Lapisan atas (pink)
80g tepung gandum
1 biji telur
100g gula halus (jika ikut resepi asal sepatutnya sukatan gula adalah 150g, tapi saya agak terlalu manis, jadi saya telah kurangkan)
370ml santan
Secubit dua garam
2-3 titis perisa sirap ros
2-3 titis pewarna pink

Cara-cara:
  • Campur semua bahan dan tapiskan terus ke dalam periuk. 
  • Masak atas api perlahan hingga agak kental dan naik wap. 
  • Tuangkan ke atas lapisan putih tadi. 
  • Kukus kira-kira 25 minit. Selalu pastikan penutup pengukus dilap. *saya tutup loyang menggunakan aluminium foil.
  • Sejukkan sebelum dipotong

4 comments:

rahel said...

Lamanya Rahel tak buat kuih talam labu..sedap dan lema rasa dia kan..

Chik Mimi said...

kita pun dah lama tak menalam

Qasey Honey said...

hmmm...nmpk sedap...

Mamasya said...

Slmt berhujung minggu k.Noor.kuih talam sejak kali pertama buat dah mula suka...termasuklah talam labu.
k.Noor, tk wish bday utk anak2..