Tuesday, May 8, 2012

Mee goreng



Sarapan pagi semalam yang tak sempat di update. Hehe biasalah sibuk nak letak kek dulu. Mee goreng memang menjadi kesukaan saya ketika awal pagi. Setengah orang suka makan nasi lemak, bihun atau roti...tapi saya paling suka makan mee goreng yang di goreng begini.
Adakala mee kicap pun dah cukup buat saya kenyangkan diri sebelum memulakan routine harian. Jika saya makan mee kadangkala lewat petang baru teringat nasi .

Resepi mee goreng nie biasa saja cuma semasa saya mengisar cili tu saya tambahkan ikan bilis yang telah di rendam sekejap. Cili yang telah di mesin bersama ikan bilis, bawang dan bawang putih saya goreng sehingga pecah minyak dan di simpan dalam botol bagi kegunaan . Jadi seawal pagi semua menjadi cepat di sediakan.



4 comments:

Qasey Honey said...

sedapnye tgk mee goreng tu..ade lg x..mitak sikit...hihi

Chik Mimi said...

Noor sedapnya kitapun suka makan mee ,

rahel said...

Rahel jugak suka makan mee..nak letak cili byk2 ye..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Assalammualaikum.. lama dah tak makan mee goreng macam kat sini... teringin sangat.. jamu mata kesat airmata ajelah jawabnya.. sedap!