Salam petang Jumaat. Hari ini cuaca amat lah terik dan kering. Kulit pun terasa begitu tegang jika boleh rasanya nak duduk dalam bilik pasang aircon saja. Tapi faham faham lah jka kita pasang satu bilik kira ok lagi jika semua bilik terpasang...pengsan lah En Hb nak bayarkan. Bayangkan lah .
Banyak faktor mempegaruhi alam semesta dengan kejadian demi kejadian dan umat manusia pun sesungguhnya Allah saja yang tahu.
Berbalik kita pada menu lunch tadi kita sediakan menu simple saja iaitu nasi lemak pandan. Masuk kali ini kita dah buat dua kali. Aroma pandan sangat wangi dan lembut memenusi ruang legar di dapur .
Nasi berlaukan sambal tumis udang menjadi kesukaan Yon yon ...siap makan bertambah tadi.
Kali ini saya mengambil resepi dari rumah Cik Ct pulak. Lebih kurang sama saja dengan resepi yang terdahulu cuma yang dulunya ada sedikit tambahan lada hitam yang di tumbuk dan Ct pula ada kelainan pada halba. Bagaimanapun kedua dua resepi ini sedap. Terima kasih buat CT.
Jika nak lihat gambar yang cantik sila lah klik di Sini.
Gambar yang saya sempat rakam hari ini tidak stabil sebab saya nak cepat dan tidak mengunakan tripod maka tangan saya tak stabil dan gambar pun turut bergetar wakaka....Resepi dari rumah Ct..saya copy di sini untuk catatan saya tanpa ubahsuai.
Nasi Lemak Aroma Pandan
Resipi : Che CT
Bahan-bahan :
4 cawan beras wangi
1 cawan santan pekat dari santan kotak #
3 cawan air #
10 helai daun pandan + 1 cawan air ##
Sedikit pewarna hijau # (disatukan dalam mangkuk dan kacau sebentar. ketepikan)
1 sudu kecil halba - ditumbuk sedikit
2 batang serai - dititik
2 biji bawang merah - hiris nipis
2 cm halia - hiris nipis
2 helai daun pandan - simpul
secubit garam
(bahan bertanda # #- di blender halus dan di tapis)
Bahan Sampingan :
Hirisan timun
Ikan bilis goreng
Telur rebus
Telur dadar yang digulung dan hiris nipis
Cara-cara :
1. Beras dibersihkan dan tos airnya. Masukkan halba, bawang merah, halia, serai, garam dan daun pandan ke dalam periuk rice cooker.
2. Masukkan santan yang telah dicampur sedikit pewarna hijau dalam rice cooker gaul sebentar. Terus masak nasi seperti biasa. (sukatan santan tu ikut beras masing2lah ya. Lain beras lain sukatannya)
3. Lagi berapa minit nasi nak tanak, buat 3 lubang dan titikkan sedikit saje pewarna hijau dalam lubang tadi. Dan tutup balik periuk nasi tanak hingga masak.
4. Bila nasi dah masak, baru digemburkan nasi lemak tadi rata2. Senang dan mudah kan.
5. Hidangkan nasi lemak aroma pandan ni bersama lauk kegemaran yang disukai. Selamat mencuba :)
2 comments:
Baru...makan nasi...tenguk udang Noor...jadi terliur dan lapar balik
Jeng jeng..just after dinner but your Nasi Lemak set made me hungry again..owh no!!! This is too tempting..dugaan betul..hehe :)
Post a Comment