Teringin nak makan Donat Nash ...last last nampaknya kena buat sendiri sebab Hb berkerja tak cuti cuti lagi. Dek kerana nak makan akhirnya kedapur buat lah apa yang patut. Sebelum sebelum nie kita dah cuba bermacam jenis donat kentang, keledek tapi yang gebu nie belum lagi. Hari ini dapatlah merasa donat gebu ini yang resepi nya di ambil dari blog MyResepi.
Alhamdulilah memang menjadi dan segebu yang namanya juga. Tak susah senang saja apapun yang lain sikit pada donat ini adalah campuran baking powder. Gula dalam resepi saya kurangkan dan rasa tidak manis sebab saya nak salutkan donat dengan coklat macam yang saya nak makan tu.
Rasanya semua orang dah tahu cara nak buat donat...apapun resepi kat bawah nie saja saya copy sebagai simpanan sebab sedap.
Donat Gebu
http://daridapurkamiuntukanda.blogspot.com/2011/01/donut-lembut-dan-gebu.html
BAHAN2
1. 500g tepung gandum blue key
2. 1 biji telur
3. 1 pkt yis segera
4. 2 sudu besar gula
5. 2 sudu besar susu sejat
6. 3 sudu margerin
6. 3 sudu margerin
7. 2 sudu teh pelembut doh
8. 2 sudu teh shortening (lelemak sayuran)
9. 200nl air suam (lebih banyak susu dan pelembut lebih sedap...)
CARA2
1. Air suam , yis dan gula dibancuh dan biarkan selama 8 minit
2. Gaulkan semua bahan 1,2,6,7 , 8 hingga rata.
3. masukkan bancuhan 1 dan gaul hingga tidak melekat di tangan
4. Biarkan sehingga doh naik 2x ganda. biasanya 15-30 jam.
5. Bentukkan doh bulat ikut saiz yang dikehendaki.
6. Goreng dalam minyak sederhana panas.
7. Golekkan di dalam gula halus.
No comments:
Post a Comment