Panas panas begini elok juga kita makan agar agar di selang seli dengan puding dan manisan. Lega tekak bila dapat makanan begini.
Ini merupakan percubaan pertama kali ...fuh bab melapis nie kita memang fail. Lihatlah bagaimana tinggi rendah nya lapisan kita buat. Jadilah emmm dapat makan ada iras iras pun kira ok. Jika lihat orang lain punyalah cantik sekata dan kemas.Malu malu tapi nak letak juga hasil kerja keras kita kan.
Resepi ini kita ambil dari rumah Knor hihi ...terima kasih ye.
AGAR-AGAR LAPIS BUIH
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
1 paket agar2 serbuk (12gm)
850 ml air
3 bj telur A ~ ambil putih sahaja
145 gm gula
1 sudu teh esen vanila
2 helai daun pandan
pewarna mengikut pilihan
Cara:
Masak air bersama gula, agar2 dan daun pandan hingga mendidih.
Kemudian masukkan esen vanila.
Pukul putih telur hingga betul2 kembang (jika diterbalikkan mangkuk, telur tak jatuh)
Basahkan loyang yg hendak digunakan dgn sedikit air (buang lebihan air)
Ambil satu senduk adunan agar2 dan satu senduk putih telur yg dah dipukul tadi.
Masukkan sedikit pewarna yg disukai dan kacau hingga sebati.
Tuangkan kedalam loyang dan ratakan.
Ulang lagi spt tadi, ambil satu senduk adunan agar2 dan satu senduk putih telur, masukkan pewarna lain pula dan kacau hingga sebati.
Tuangkan secara berhati2 keatas lapisan pertama tadi.
Ulanglah sehingga habis kesemua adunan agar2 dan putih telur.
Biarkan agar2 sejuk dahulu barulah dimasukkan ke dalam peti ais.
Biarkan sejuk kemudian bolehlah dihidangkan.
Gambar agar agar lapis menara condong ~ ...potong dua tiga kali tetap condong so jangan betulkan mata anda ye...sememangnya ori haha.
5 comments:
So lovely colors!!! :)
You have some awards waiting to be collected from my site ya :)
Cantiknya...meriah warna-warni! Salam kenal...:)
Salam Noor cayang. Walaaa... best ni, telan pun tak terasa sbb ringan sejuk ni best!
Love > thanks dear.
Amie > hihi tinggi rendah saya buat dia.
Along> musim panas sampai tekak pun kering..makan jenis begini lega kan tekak...pasnie tak tau nak cari puding apa pulak.
hehe... tergelak saya baca pasal menara condong tu. Memang ori :D
Post a Comment