Hidangan tengahari semalam. Sebenarnya kita jemu juga bila makan nasi begini selang dua hari tapi atas request anak maka kita turutkan saja. Untuk tidak menjemukan kita masak kurma telur supaya nampak lain sikit. Nasi Mandhi atau nasi arab di makan bersama dengan ayam grill berempah dan sambal cicah yang sedap .
Yang lalu kita masak nasi dengan daging goreng pedas tanpa sos cicah. Rasanya sos cicah memberikan kelainan pada rasa tambahan pada nasi ini. Satu kombinasi yang lebih enak. Haha macam pengulas masakan pulak.
Resepi untuk nasi sama saja seperti nasi Arab yang saya buat dua hari lepas. Cuma yang lain sikit tu pada Ayam yang telah di perap dengan rempah nasi arab,sedikit kunyit,serbuk lada hitam,serbuk cili kasar dan perahan air lemon. Panggang ayam lebih kurang 40 minit bagi keluarkan airnya
Air ayam di simpan untuk masak nasi, kemudian ayam di panggang lagi sehingga agak garing selama 10 minit terakhir
Kurma Telur
sumber: olahan sendiri
BAHAN
6 biji telur rebus
2 s/b rempah kurma
5 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk
1 inci halia ]
2 mangkuk santan
3 biji cili hijau
1 tbs tomato puree
2 labu bawang besar [belah 4]
minyak
garam
6 biji telur rebus
2 s/b rempah kurma
5 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk
1 inci halia ]
2 mangkuk santan
3 biji cili hijau
1 tbs tomato puree
2 labu bawang besar [belah 4]
minyak
garam
1. Bancuhkan rempah kurma dengan bahan tumbuk. Panaskan minyak.
2. Gorengkan sebentar telur rebus di dalam minyak panas dan keluarkan.
3. Tumiskan bancuhan rempah biar sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan tomato puree biar sebati .masukan santan biarkan mendideh.
4. Masukkan telur rebus.
5. Bila mendideh masukkan garam secukup rasa,bawang yan di belah 4 dan cili hijau. Saya masukan daun kari untuk aromanya . Biar pekat …siap
3. Masukkan tomato puree biar sebati .masukan santan biarkan mendideh.
4. Masukkan telur rebus.
5. Bila mendideh masukkan garam secukup rasa,bawang yan di belah 4 dan cili hijau. Saya masukan daun kari untuk aromanya . Biar pekat …siap
1 biji tomato
1 pokok daun ketumbar
5 biji cili merah
5 biji cili melaka
1 sudu sos cili
perahan air setengah lemon
garam dan gula secukup rasa.
Kesemua bahan di atas di kisar kasar *guna pulse mode*
1 comment:
Salam Kak Noor,
Wah bila guna air stok ayam lepas bakar untuk masak nasi tu, saya dapta bayang kan lah, mesti sedap. huhu.. bagus idea akak ni, nanti boleh saya cuba jugak :)
Post a Comment