Menu semalam ...baru hari ini dapat update. Semalam selepas sekolah berakhir hujan pun turun dengan lebatnya.Di pendekan cerita bila terkandas perut pun rasa lapar maka kita pun makan luar di restoran nasi kandar. Actualy saya tidak begitu gemar makan di kedai kandar sebarangan sebab saya pantau jika tandas kedai itu kotor maka makanan yang di sediakan juga tidak bersih sebab mereka malas nak cuci tandas menandakan tahap kebersihan pada semua segi.
Pernah selepas makan saya ketandas....memang jika awal saya masuk mungkin saya keluar saja. Lagipun pekerja bangla nie mereka bukan perihatin sangat soal kebersihan sebab bukan mereka yang nak makan. Apapun bebelan saya stop di sini...nanti marah pulak para pekedai kan. Apapun saya paling tidak suka jika makan nasi sejuk macam ais dah lah hujan pulak suap semulut terus tak terasa lapar...kenyang dengan perasaan marah. Kita bayar bukan murah dengan semua servis di dalam bill kan. So no more next time saya dah CROSS kedai kandar tu. Malas nak bertekak .
Pulang rumah saya masak nasi dengan lauk bawal hitam masak rempah. Dengan hanya berlaukan satu menu saya puas hati dan senang hati. Haha nie lah apa yang saya rasa hari kelmarin orange.
Menu ini dah tersimpan lama dalam baru teringat nak buatkan nya. Sifo masakan dari zaman Fotopage dulu iaitu Rinn ( Rinchan Fotopages)
BAWAL HITAM GORENG BEREMPAH
Sumber : Rinchan
Di cuba: CitarasaKu
Bahan-bahan :
3 ekor ikan bawal hitam sederhana besar
2 sudu besar biji ketumbar
1 camca teh biji jintan manis
1 camca teh biji jintan putih
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Utk hiasan:
Sebiji bawang besar
1 tangkai daun kari.
*Bawang dihiris nipis digoreng garing bersama daun kari.
Cara-cara :
1. Bersihkan ikan dan kelar-kelar badannya.
2. Tumbuk kesemua rempah biji hingga hampir lumat.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia, tumbuk hingga lumat.
4. Lumurkan pada ikan dan goreng hingga garing seperti biasa. Pastikan minyak
benar2 panas dan banyak...(Deep fry)
5. Tabur bawang daun kari goreng di atas ikan semasa menghidang
7 comments:
Yum....yum...anta sikit kat umah akak cuti masakla minggu ni
Paty >> nanti kita jengah dapur paty...pulak masak apa lah hari ini...
This is my type of dish...!!!
So flavourful and delish...would love to join you ;)
Love>> haha
Aslmkum Noor. kat sini jrg ada ikan bawal tp kalau ikan lain buat goreng ginipun sedap jugakan.betul tu Noor nak makan kenalah cari kedai yg bersih baru terjamin kebersihan makanannya.
Mamasya ....saya tidaklah begitu memilih sangat cuma sesekali perhati jugak keadaan sekelilig untuk makan sebab pernah dapat lalat dalam air,,,bayangkan lah .
Saya pun macam akak lah. Rasanya paling selesa dan terjamin adalah makan dirumah saja. Faiz baru je kata kalau saya goreng berempah rempah gini sdap lah. kena buat lah, dah terliur tengok akak punya ni :)
Post a Comment