Saturday, August 31, 2013

masak lemak ketam bernenas


Dalam berbagai jenis makanan berkuah saya paling suka makan kuah masak lemak ketam . Alhamdulilah hari ini saya dapat menikmatinya.  
Saya buat dalam portion yang sedikit memandangkan hb dan anak kurang suka jenis begini . Rugi kan sebab mereka lebih suka kari dan kari .
Kebanyakan masak lemak hampir lebih kurang sama saja tapi saya buat jenis tumis dan terdapat jintan manis di dalam kuah. Jadi rasanya agak berbeze sedikit.

Masak lemak ketam bernenas

Bahan-bahannya:
4 ekor ketam
Setengah biji nenas di hiris nipis
2 helai daun kunyit – disiat dan disimpul
Sedikit santan pekat
100ml santan cair
1 keping asam gelugor
Garam, gula, dan serbuk perasa

Bahan-bahan dikisar halus (menggunakan blender):
1 inci  kunyit hidup
1 biji bawang besar  
 3 ulas bawang putih
1 tsp jintan manis
5 biji cili padi merah
Air secukupnya

Cara Membuatnya:
1.Panaskan sedikit minyak . Tumis bahan kisar sehingga naik bau  masukan ketam  . Masukkan  santan cair dan asam keping  .Biarkan mendidih dan ketam bertukar warna.
2 .Masukan nenas dan kacau . Masukan santan pekat dan perisakan rasa kuah . Jika semua dah secukup rasa masukan daun kunyit dan tutup api. Sedia untuk di makan.



Friday, August 30, 2013

ketam goreng ranggup




Peminat ketam mesti suka makan ketam yang di goreng begini. Sesekali terasanak makan ketam cicah dengan sos cili saja. Hidangan tengahari tadi disamping menu lain yang simple. Asyik makan ketam lauk lain dah tak nampak . Resepi yang simple saja.

500 gm ketam - di potong dua jika ketam besar potong 4
secukup serbuk kunyit
secukup garam
Ketam yang di bersihkan di perap sebentar dengan garam dan kunyit

Bahan ini di jadikan pes untuk salutan. Bancuh dengan air tidak terlalu pekat 
3 tbs tepung gandum
1 tbs tepung beras
secubit garam
air ikut kepekatan
sedikit minyak

Panaskan minyak sederhana panas masukan ketam yang telah di perap kunyit kedalam larutan tepung. Salut kesemua ketam dan goreng ketam sehingga garing . Bila kesemua ketam di goreng dengan lebihan minyak gorenglah bawang untuk di taburkan pada ketam.

Thursday, August 29, 2013

mee sayur Ala thai




As salam bersua kembali. Pagi ini saya letakan sekeping gambar sarapan pagi saya sebentar tadi . 
Versi yang saya buat tidak berkuah sekadar lembab saja memandangkan saya mengunakan mee kuning. Nanti saya akan cuba versi berkuah bila saya ada mee kering . Apapun cubaan pertama membuat nya tidaklah susah dan dari segi rasa ...sedap dan lain sikit dari kebiasaan.
Resepi ini di ambil dari buku  Thai Food dan di alih bahasa oelh saya .

Mee sayur
Bahan
2 tbs minyak sayur –guna minyak biasa
250-300 cendawan
2 biji lada benggala
Secekak daun bawang – dipotong  kecil
350-400g mee kering – saya guna mee kuning
200ml santan kelapa
3 pokok daun selasih thai
Secubit garam dan lada

Pes curry

1 btg cili merah
1 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
Sedikit parutan kulit limau purut
1 tsp belacan


Cara:
Panaskan sedikit minyak dan gorengkan sayur sehingga lembut.
Jika gunakan mee kering rebus sehingga lembut dan letakan sedikit garam dlm air rebusan.
Masukan pes curry di dalam sayur dan santan selama 2 min.
Masukan daun selasih dan perasakan dengan garam, lada dan fish sauce. Campurkan sedikit air jika perlu .

Tapis kan mee yg telah di rebus dan masukan ke dalam mangkok letakan rencahan sauce tadi ke atasnya.

Tuesday, August 27, 2013

kek pisang coklat chips


As salam kembali bersua lagi. Bila lama tak muncul memang terasa malas sangat tapi bila dah keluar berderet deret pulak.  Sekarang musim membuat kek pula musim cokies dah tamat sebab sekarang waktu menghabiskan saki baki biskut raya walaupun buat tak banyak setiap satu jenis satu adunan.


Resepi nie saya copy sebijik dari fb sungguh sedap dan gebus dan saya hanya tukar kepada coklat chip saja.

BANANA CHOCOLATE RICE CAKE
By : Amy Wong & KS Lee 
Rujukan : Buku Lovely Butter Cakes
Dicuba Rasa dan  Terjemahan oleh : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A
150 gm marjerin atau butter
150 gm gula kastor
3 biji telor
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum yang dilecek
1/2 sudu teh esen pisang ~ ita tambah

Bahan B
200 gm tepung berprotein rendah , tepung kek atau tepung naik sendiri
30 gm chocolate rice ~  saya tukar pada coklat chips
1/4 sudu teh soda bikarbonat

Hiasan
2 biji pisang ~ dipotong nipis bulat ~ yg ni ita tak letak
1/4 cawan hirisan badam ~ kak ummi tambah
~ ita guna kacang pistchio anda boleh guna juga apa kekacang yg di sukai. Letak bahan kekacang membuatkan kek ni lagi sedap dan rangup bila di gigit

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang 8 X 3 X 3 inc
Alas baking papaer dan griskan dengan butter

Pukul marjerin atau mentega dan gula hingga nampak keputihan.
Masukkan telor satu per satu ~ pastikan pukul telor hingga bercampur rata, baru dimasukkan yang berikutnya dan pukul hingga sebati.
Secara berselang seli, masukkan tepung (tepung dan soda ni campur dan ayak)  dan susu, adun rata.
Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula.
masukkan coklat cip dan gaul rata
Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x3x3 inci yang telah digris dan dialas  
Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya. ~ yg ni ita tak letak
Taburkan kekacang di atas kek
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 40 minit/hingga masak.



Monday, August 19, 2013

Sup ayam & tauge ...Thai style


Salam petang Isnin. Pagi tadi saya sibuk melihat lihat buku resepi masakan Thai yang saya beli dengan harga diskuan Rm6.90 ...harga asal Rm11.90 . Beli buku nie dah lama waktu menunggu anak membeli cd game dekat Pasific Seberang Perai sempat juga kita singgah di kedai Popular dan membeli dua tiga buku kesukaan.
Sekarang baru lah sempat melihat dan akan mencuba rasa setiap resepi ...insyallah .
Dalam paparan buku nampak macam best untuk di cuba dan sup ini adalah percubaan pertama.
Apapun setelah saya makan rasanya sedap juga ...berlemak macam sayur lemak tapi ada rasa jintan dan sedikit masam manis di tambah pula wangian dari daun basil ....jika sesiapa tidak suka daun ini boleh letak ketumbar saja.

Resepi saya salin semula dari buku.

Chicken soup with bean sprouts
Sumber: food lover  -Thai food

For the curry paste
1 chili, chopped
1 shallot, chopped
1 stalk lemongrass, crushed and chopped
Thumb size ginger peeled and grated – saya ketuk saja
1 tsp ground cumin
1 tsp  turmeric --- saya guna kunyit hidup


For the soup
4 chicken breast,skinned
2 tbsp sesame oil
2 cloves garlic, chopped
Thumb size ginger, peeled and grated
1 stalk lemongrass , crushed
200 gm / 2 cups bean sprout
500 ml  / 2 cups of chicken broth
400 ml coconut mik
1 tbsp fresh cilantro ,chopped
2 tbsp fish sauce
2 tbsp lime juice
1 tsp sugar

1.Put all the curry paste ingredient into a mortal or blender and grind to a paste.
2.Poach the chicken in a pan of shimmering salted water for 5-8 min. Take out off the water then tear the meat into pieces.
3.Heat the oil in a wok. Stir in garlic,ginger and lemongrass for 2-3 min then stir in 1 tbsp of the curry paste. Cook for 1 min then add the chicken .
4.Add the bean sprout,stir barely,then pour in the chicken broth and coconut milk and stir in cilantro.
5.Bring to boil and season with the fish sauce,lime juice and sugar. Remove the lemongrass ,ladle the soup into bowls and serve garnishing with mint leaves . ---saya guna daun basil




Sambutan Jalur Gemilang di Dataran Zero




Selama tinggal di sini , inilah pertama kali saya berpeluang datang untuk menyaksikan kemeriah sambutan merdeka . Sebelum ini saya selalu je di Penang waktu single dulu la .
Malam itu agak ramai pengunjung ...kami tiba di situ waktu pun dah lewat . Saya sempat memgambil beberapa pose sebelum beredar untuk pulang namun tak dapat keluar sebab laluan tertutup dek orangramai yang memenuhi semua ruang dan laluan luar di tutup . Jadi sepanjang malam kami melekat di situ dan paling q panjang waktu membeli KfC buat mengalas perut yang kosong.
Ada persembahan artis yang sempat saya rakam dari jarak jauh juga dengan mengunakan lens zoom saya nampak dekat lah penghibur itu . Ada ramai juga tapi hanya ini lah yang sempat saya rakam .

\
Sekumpulan photograhers yang mengambil gambar penonton dan kamera tv siap berlegar legar atas kepala susah nak fokus haha.

  ...  saya harus lepak atas jalan. Eeee

 Dari segi persembahan saya sangat suka dengan tarian ini . Melihat corak tari kebudayaan dari Kelantan yang sangat menarik .






Bunga api ....memang saya nak rakam sangat memandangkan kedudukan saya agak dekat dgn kawasan palancar jadi untuk mengambil shoot yag cantik memang tidak dapat . Jika saya rakam habislah lens saya jadi saya sempat ambil di kedudukan jauh sikit je ...rugi kan .




Friday, August 16, 2013

kuey teow sup


Salam hari Jumaat . Menu simple sangat untuk sarapan pagi tadi . Guna apa yang ada dalam peti Doremon saja . Jadi banyak lah sayur walaupun ringkas tapi habis juga ....sebab lapar sangat . 
Semalam sewaktu berjalan ke rumah abah di Sbg Jaya...hujan lebat. Maka kami pun mengunakan laluan alternatif iaitu jalan kampung. Agak jauh lah sikit tapi terhindar dari masaalah jem kan. Apapun dalam hujan sempat juga mengintar rumah rumah kampung sepanjang perjalanan ...terubat rasa hati...sekarang nie semua rumah batu . Saudara mara pun dah tak tinggal dalam rumah kampung beratas rumbia atau zink terasa rindu pulak pada zaman kecik dulu . Di rumah tok yang berlatar belakang sawah padi menguning dan hembusan bayu pagi yan segar....rindu sangat .


SIMPLE KUEH TEOW SUP
Bahan2nya:

1 genggam Kueh Teow
1 pokok sawi
sepotong kobis
1/2 biji cili merah besar
2 ulas bawang putih- diketuk
2 ulas bawang merah-dihiris
minyak untuk menumis
1 mangkuk air
1 s/k pati ayam
Garam secukup rasa
1 biji telur
1 potong sosej
5 biji berbola/fishball
  

Masukkan minyak kedalam kuali, kemudian tumis bawang putih + bawang merah sehingga wangi dan kekuningan.
kemudian masukkan air dalam semangkuk, masukkan pati ayam kacau bagi rata, masukkan sosej,  cili merah gaul sebati dan biarkan sampai mendidih.
Bila dah mendidih masukkan pulak sayuran2 dan kueh teow tadi.  Tutup api dan titiskan minyak bijan …jika suka la.

sambal cili:



nasi tomato & kerutup daging


Asalamualaikum ...hari Jumaat yang indah dan sejuk Alhamdulilah  . Cepat nya cuti sekolah bakal berakhir selang beberapa hari saja lagi. Kasut sekolah dan pakaian sekolah dah tersedia di awal cuti lagi takut terlupa anak bujang kita pasti sibuk bermain games saja . Bila cuti semuanya cuti . 

Hidangan yang dua tiga hari sudah baru sekarang nak letak . Yang specialnya mengenai lauk ini bab nasi selalu saja saya letak kan resepinya. Kerutup daging tapi tanpa mengunakan rempah kerutup nampak nya menjadi dan sedap juga . Apapun saya letakan resepi di sini pada sesiapa yang ingin mencari kelainan rasa. Lauk nie sesuai juga di cicah dengan roti dan lempeng tradisional ye.

Kerutup daging
Bahan
1 kg daging
1 biji kelapa [3 cawan santan]
3 s/b kerisik 
3 s/b rempah kerutub  >> di sebabkan kehabisan rempah saya guna rempah faiza raja kari …sedap juga
½ keeping gula nira
1 inci kulit kayu manis
3 s/b minyak
1/2 cawan tomato soup Kimball / air asam  - antara satu dari bahan ini
garam

Bahan Mesin
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas

Cara
1. Daging dipotong jangan terlalu kecil atau besar. Basuh dan toskan.
2. Bancuh bahan mesin dengan rempah kerutup.
3. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis.
4. Masukkan bahan mesin yg telah dibancuhkan tadi. Kacau rata sehingga naik minyak dan wangi.
5. Masukkan daging dan kacau rata. Tunggu sehingga daging empuk bar uterus kan proses ke 6.
6. Masukkan santan, air asam jawa dan gula & garam.perlahan api.
7. Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak semula. Masukan kerisek pada akhir masakan .
8. Hidangkan dengan nasi dhall atau nasi minyak/tomato. 

Tuesday, August 13, 2013

oreo black beauty


Pertama kali mencuba buat dan rasa biskut nie. Semasa akhir minggu berpuasa baru sempat melihat biskut nie dari blog CitarasaWan memaparkan pelbagai biskut yang menarik dan sedap Saya pun tidak ketinggalan terasa ingin mencuba resepi biskut ini . 
Alhamdulilah sedap dan menjadi ...syukur.


Biskut Oreo Black Beauty
sumber: Citarasawan

Bahan A
280gm mentega
200gm gula kastor

Bahan B
250gm tepung gandum
50gm serbuk koko
30gm tepung jagung
20gm biskut oreo (buang krim dan kisar halus)
1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
Putih telur
Biskut oreo (dibuang krim dan dikisar kasar)
coklat masakan putih dicairkan
croquant

Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga kembang.
2. Masukkan bahan B, gaul rata dan uli menjadi doh yang lembut.
3. Paipkan dengan nozzle bulat dan bentukkan memanjang. Sapu putih telur dan tabur serbuk oreo diatasnya.( Maisya tambah sedikit tepung supaya adunan tak terlalu lembut dan kemudian just gentel bulat-bulat dan golekkan terus ke dalam serbuk oreo, tak perlu putih telur. Letakkan ke dalam papercups)
4. Bakar pada suhu 150c selama 30 minit.(Maisya bakar dengan suhu 160 C, api atas dan bawah, selama 15 minit. Pusingkan tray selepas 10 minit)
5. Sejukkan dan paip dengan coklat putih dan tabur dengan croquant.

Monday, August 12, 2013

chiffon custart pembuka lembaran


Walaupun dah masuk hari ke 5 Shawal masih terasa meriah di kampung kampung . Bagi kami yang tiada kampung memang tak best pon apatah lagi bila kita telah kehilangan salah seorang dari orang tua kita . Terasa sayu hati tapi inilah realiti kehidupan . ..yang pergi tak akan kembali . Jadi pada Abah saja yang kami berhimpun pada shawal ini di sbj jaya. 
Sebagai pembuka hidangan saya buatkan kek yang penuh ceria ini . Saya telah berkali kali membuat kek ini dengan tidak jemu jemu. Nampak ceria kan bila hati gundah gulana ....hehe .
Saya suka kastad yang ada di atas kek itu ....note ...saya telah kurangkan kandungan gula pada kek so bila makan kek tu mesti kena makan dengan kastad jika letak tepi maka tak manis lah kek tu ...tawar sikit. Apapun ianya jadi sesuai untuk orang yang tak suka manis manis macam saya . Berjaga sebelum kena . 
Edisi cookies raya akan menyusul kemudian ...tak sempat lagipun cookies saya sikit jer tahun ini dah saya hanya buat yang family suka makan je ...nampak tak menarik sangat .


Resepi boleh refer pada entry lama.

Wednesday, August 7, 2013

salam lebaran



Selamat menyambut kedatangan Syawal , Ramadhan bakal berlalu dalam beberapa jam saja lagi. Dan di kesempatan ini saya memohon kemaafan sekirannya terdapat kekasaran bahasa dalam sepanjang penulisan saya yang selalunnya pakai letak saja. 
Selamat hari raya pada semua kengkawan yang mengenali diri saja di alam masakan dan terima kasih pada resepinya  yang saya telah cuba di dapur. Saya mohon ampun dan maaf .

Hari ini saya tidak meletakan masakan sebab terlalu sibuk di dapur . Insyallah saya akan kemaskini catatan ini bila masa mengizinkan . Selamat beraya di kampung dan yang memandu kereta ...pandu lah dengan berhati hati .   

Sunday, August 4, 2013

biskut bunga durian


Asalamualaikum ...entri pertama biskut raya buat tahun ini 2013 . Tahun ini agak lambat sikit saya memulakan projek membuat biskut sebab hajat di hati nak buat barang dua tiga jenis je. Tapi akhirnya bukan 2-3 jenis tapi dah pun masuk 5 jenis. Tulah pasal ...tapi semuanya saya buat pada asas satu adunan saja dan selagi ada tepung dan bahan nak di habiskan ...takmau dapur berselerak dengan lebihan itu ini ...di mana jenis kekacang yang dapat tahan lama ok lah jika di simpan .
Apapun berbalik pada biskut di atas ...tiada yang special pun ...cuma nostalgia di waktu saya membesar arwah Ibu selalu membuat biskut nie waktu raya dimana arwah ibu belajar dari cikgu Kemas awal tahun 80an dulu dan sejak itu arwah ibu selalu buat tart jenis ini . 
Resepinya sama dengan adunan tart jenis gebu yang masuk dalam mulut terus hilang tapi kena hati hati dengan jem di atasnya terutama orang yang pengidap kencing manis ye ...gunakan jem yang rendah gula ...tapi jika sebiji dua ok kut pastu minum air kosong banyak banyak.

Biskut bunga durian.
sumber: Buku resepi ibu saya

250gm butter
2 sudu besar gula icing
1 biji telur merah
450 gm tepung gandum ---masukan 400 gm dulu 
secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla

Butter,gula icing dan telur merah di pukul sehingga sebati .
Setelah adunan sebati masukan esen vanilla dan secubit garam.
Masukan 400gm tepung dan uli sehingga menjadi doh dan tambah tepung selebihnya jika perlu .
(adunan yang elok jika tidak melekat dan lembut utk di canai.
Gunakan plastik lapik dan canai adunan serta terap mengunakan acuan bintang yang sederhana besar .  Letakan kertas acuan dan bentuk kan adunan yang di terap menjadi sekuntum bunga . Bakar pada suhu 170  15-20 min sehingga masak . Simpan biskut kosong dalam bekas kedap. 
Jem di sudukan pada setiap biskut waktu menghidang saja . 

Saya mengunakan jem strawberry  untuk mendapatkan warna yang cantik tapi adakala saya letak blueberry sebab sedap hehe. Sila lah cuba biskut nie pasti kanak kanak suka makan sebab cantik ,seksi dan menawan hati ok.


Friday, August 2, 2013

kuew teow goreng udang

 Selamat hari Jumaat .Jumaat terakhir di bulan Ramadhan...cuaca dari subuh tadi hujan turun dengan lebatnya dan di waktu begini kelihatan mendung saja. Alhamdulilah sejuk je hari ini . Berhari hari saya tidak letak entry masakan sebab terasa malas sangat...hehe . Nak di katakan sibuk di dapur tidak juga tapi kehilangan idea nak menulis tu saja . 
Hari ini mengenai menu sampingan semalam . Saya goreng kuey teow udang . Mulanya nak buat sup tapi cancel pada saat terakhir sebab nanti bila sudah makan nasi mesti kenyang so bila nak makan makanan bersup . Jika di buat goreng nanti boleh di sambung makan ketika sahur kan.

 Kuey teow nie tidak lah pedas sangat sekadar cili penambah perisa dan warna .

Resepi ringkas kat bawah nie stail saya  masak .


Kue Teow Goreng  
Stail saya

Bahan bahan:
1 peket kuey teow - dilerai-lerai
200 gram udang - buang kulit
2 ikat kucai
4 biji telur

Bahan din cincang kasar
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 sb cili kisar

Bahan Sos:
4 sb sos tiram
4 sb kicap manis
4 sb kicap cair
2 sb sos Ikan
Sedikit minyak bijan
Sedikit soya sos


Cara cara:
Panaskan minyak masukan udang . Goreng sebentar dan angkat  . Kemudin masukan  4 biji telur yang telah di pukul goreng dengan lebihan minyak  biarkan berketul ketul dan angkat.
Tambahkan sedikit minyk jika perlu  masukan cincangan bawang putih dan bawang merah seketika dan masukan kuey teow goring sebentar . Masukan cili  .
Goreng seketika agak sebati  , masukan kembali udang dan telur . Perisakan dengan sos tiram,kicap manis ,kicap cair dan sos ikan .

Pada akhir masakan masukan daun kucai dan titiskan minyak bijan dan tutupkan api. Sedia untuk hidangan.

My yonyon lepas berbuka lepas kejap on the pulang rumah dari Queensbay ke Sbj.Jaya rumah abah.