Thursday, June 20, 2013

orange cheese cake

 Asalamualaikum di petang khamis yang mendung. Di kala ini saya sedang duduk di luar rumah sambil menikmati kek comel yang saya buat sempena Hari Bapa tempohari . Petang ini ada dua biji yang tak habis di makan saya simpan dalam freezer , biarkan sebentar pada suhu biasa dah boleh makan.
Petang ini tak perlu sibuk di dapur ...kejap lagi boleh pergi pasar malam di bawah sana ...kena turun bukit sikit kira senaman sambil cari makan . Tapi jika berpuasa ...tak turun la. Separuh jalan dah dahaga dan hilang tenaga waktu mendaki ...semput juga.. e

Berbalik pada resepi kek ini asalnya dari snow cheese cake yang saya tukar dari vanilla kepada oren paste ...hehe...derhaka sikit pada resepi sebab last minit check alahai vanilla dah habis guna ...terlupa nak beli so capai apa yang ada dalam stok . Nak letak pandan  nanti mual sebab ada cheese letak blueberry pun tak ngam last last ada oren paste...alhamdulilah sedap pulak.
Saya buat dua adunan satu adunan kek bulat bersaiz besar dan satu adunan lagi kek kek comel nie....




Snow cheese cake aka Orange
Sumber : Mamasya
 
Bahan:- 
6 biji telur ayam 
100g gula halus
100g tepung self rising flour
60g tepung jagung 
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder- x letak
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)
saya letak oren paste 1 tbs

Untuk krim:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis - dipukul gebu

Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara:
1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat(mama kacau guna senduk saja takut over beat).
3.Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.
5.Bila sudah masak biarkan sejuk.(-telangkupkan kat atas redai kek untuk lebih kurang 5 minit bagi mengelakkan kek kempis).Bila dah sejuk,ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
6.Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam.Lepas tu baru potong.

3 comments:

Sweet red cherry said...

comelnya kek..sedap tu orange chez kek..

Ayam said...

Bbwana >>> alhamdulilah sedap hehe sebab buat sendiri tu jadikan mahal .

inahar ali said...

salam noor..akak pun nk sepotong ciskek tu!!