Tuesday, June 18, 2013

karipap sardin


 

Semalam saya ke kedai bakeri pun penuh dengan pembeli barangan cookies raya haha tersangkut juga waktu membeli sebab harus beratur panjang untuk membayar. Laku sungguh ...jika saya ada wang yang banyak teringin saya nak buka kedai menjual barangan cookies nie ...sangat laku dan sentiasa ada pelanggan.
Jika di Sg.Petani nie tak silap saya tiada pembekal barangan cookies berbangsa melayu . Yang ada Sayang , Honey , Northern tips dan satu lagi di taman ria jaya. Berangan angan sat kalau lah saya yang buka kedai .
Hidangan petang semalam karipap sardin. Saya buat doh rapuhg memangnya rapuh dan senang je. Intinya pulak saya letak sardin yang di goreng bersama dengan bawang besar dan sedikit cili flakes ...nak kan rasa pedas .


2 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum...

semalam balik dari klinik cucuk fiyya kononnya nak buat karipap.. dah beli kentang segala bagai.. tapiiiii fiyya kena cucuk meragam pulak... tak jadi kuih apa pun.. kena dok kepit ngan dia atas katil je.. sedap kan karipap sardin.. saya pun suka..

Bbwana adienia said...

salam kak..

cantik ja lipatan karipap tu..karipap sardin, sedapnya..