Friday, June 28, 2013

Puding karamel ...sejuk


Pagi ini saya mulakan tugas awal pakai apron dan buat puding caramel ini untuk di makan waktu tengahari nanti. Jika buat awal ...maka sempat lah puding dapat set dengan elok dan dingin dalam petisejuk. Nyaman lah tekak bila menikmati puding sebegini. Apapun seperti biasa saya selalu kurangkan gula di dalam puding sebab caramel di atas itu sudah cukup manis...jika  tak manis nanti saya tuang sedikit madu waktu makan nanti .


Petang ini saya buat chill cheesecake yang bersaiz comel lebihan dari cheese yang saya guna tempohari. jika di simpan lama nanti rosak pulak....jadi buat chill cheesecake sebab semua bahan ada di rumah

Resepi Puding karamel ini saya salin dan letak di bawah nie untuk rujukan . Sedap dan senang disediakan.


Puding Karamel
Bahan-bahan

    400cc(400ml) susu segar/susu cair
    5 sudu besar gula halus
    3 biji telur- pada suhu bilik
    2 biji telur kuning-pada suhu bilik
    2-3 titik esen vanila

    [ karamel]
    5 sudu besar gula
    2 sudu besar air

Cara-cara

Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.

Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

2 comments:

JaSSNaNi said...

lama tak buat caramel telor ni.. kalau beli telo sepapan 30 bijik tu.. selalu lah wat.. hmmm nanti nak cari susu cair ngan telo jugak.. nak wat.. terliur ni..

Noor Yusoff said...

Jasnani...dah dekat bulan puasa benda benda senang di masak lah dan sedap di makan itulah yang kita buat lagipun sejuk tekak .