Tuesday, February 19, 2013

chocolate tart

Baru je makan tart kali nie makan lagi sebab lebihan kulit tart yang di sejuk beku masih ada. Sayang jika di simpan nanti rosak pulak. 
Hari ini kita buat bentuk love pulak....kita ikut resepi Bake with Anna Olson...resepi yang sangat mudah tapi sedap . Tapi Anna Olson guna chocolate crumb biscuit ...saya guna pastry . Selebihnya sama.



Bila dah makan memang sedap tapi rasa lain kali nak cuba versi biskut seperti yang asal iaitu ganache tart.
Resepi asal boleh lihat di Sini ,



Monday, February 18, 2013

Blueberry Crumb Bars

Projek di petang hari mendung semacam nak hujan tapi bahang nya agak terasa jugak. Berhari hari tertangguh nak habiskn stok buah nie sebelum ianya lembik . Tadi check ...syukur masa segar lagi tak lembik apalagi kena rajin laaa.

Setelah keluar dari oven masih panas dan kena biarkan sejuk baru boleh di potong pada saiz kecil. Bila saya guna pan nie pasti saya teringat pada sahabat saya Yanie....pan ini di beri bersama beberapa alatan baking yang lain semasa ulangtahun kelahiran ....dah 3 tahun berlalu. Setiap kali saya mengunakan alatan baking Tanjung Malim mengikut posting kerja Hb. Alahai rindu la nak jumpa kengkawan semua.


Saya letakan lebihan icing masa nak ambil gambar ini. Hehe nampak berseri sikit dan masa hidang pun nampak menawan kan.

Resepi nie simple saja dan saya copy paste kat sini . 

Blueberry Crumb Bars
Adapted from AllRecipes.com

1 cup white sugar
1 teaspoon baking powder
3 cups all-purpose flour
1 cup cold unsalted butter (2 sticks or 8 ounces)
1 egg
1/4 teaspoon salt
Zest and juice of one lemon
4 cups fresh blueberries
1/2 cup white sugar
4 teaspoons cornstarch

1. Preheat the oven to 375 degrees F (190 degrees C). Grease a 9×13 inch pan.

2. In a medium bowl, stir together 1 cup sugar, 3 cups flour, and baking powder. Mix in salt and lemon zest. Use a fork or pastry cutter to blend in the butter and egg. Dough will be crumbly. Pat half of dough into the prepared pan.

3. In another bowl, stir together the sugar, cornstarch and lemon juice. Gently mix in the blueberries. Sprinkle the blueberry mixture evenly over the crust. Crumble remaining dough over the berry layer.

4. Bake in preheated oven for 45 minutes, or until top is slightly brown. (This took an extra 10 to 15 minutes in my oven.) Cool completely before cutting into squares.



pulut serunding

Assalamualaikum di pagi Isnin. Pagi ini kita bersarapan dengan pulut serunding dan bakal mengantuk lah sekejap lagi.
Sebenarnya dah lama juga saya mengidam nak makan pulut serunding style Mamafami hehe selalu Mf buat camnie dan bagi saya rumit lah jika serunding nak di masak pada waktu yang sama. 
Tapi pagi ini saya dah siap ada serunding segera....kawan saya beri sebagai ole ole dari Kelantan. Alhamdulilah lah bagai di cita dapatlah saya merasai betapa sedapnya pulut serunding ini.


Beras pulut hanya perlu di tanak seperti masak nasi saja. Senangkan . Tapi kena pastikan level air yang betul nanti pulut jadi sedikit lembik . Dan dalam air nasi saya letak kan secubit garam dan simpulan daun pandan untuk haruman saja.

Sunday, February 17, 2013

buah melaka dan aktiviti semasa

Kuih kesukaan dalam bulan puasa. Walaupun tak puasa sedap kan bila makan time petang dengan secawan teh kurang manis laaa sebab buah nie dah cukup manis.
Warna saya lupa letak hanya sedikit hijau dari air pandan saja jadi tak berani terang dan menawan. 
Apapun memang sedap walaupun pudar hehe

Resepinya saya tak letak lah sebab dah berkali kali membuatnya . Kelmarin saya sangat busy sebab buat busy menghadiri kelas pastry eemmm sebabnya saya nak ajak kawan saya berjinak jinak dengan dunia masakan. Hehe apapun saya berjaya membawa dia kearah satu bidang baru buat akak Norshidah.
Lepas nie dia nak belajar buat pasta bakar pulak hehe ...Alhamdulilah.






Friday, February 15, 2013

happy birthday abah

Cuppies yang kecil molek ini ku buat untuk abah sempena harilahir abah pada hari ini 15.Feb. Kami berkongsi bulan yang sama namun tarikh yang berlainan. Harijadi saya...belum lagi ...sebelum berakhirnya Feb. 
Disebabkan abah sekarang berada di rumah adik lelaki saya, jadi saya buat dan hantar ke rumah adik dan abah begitu teruja sekali melihat kek . Meskipun bukan dia suka makan kek tapi seronok sebab ada kek yang dah siap depan mata untuk esuk hari...boleh lah dia makan bersama cucu cucu yang lain. 
Apapun kita berdoa semuga Abah di panjangkan usia dan sihat selalu. Amin.

Cuppies yang kita buat nie bermacam paten....haha nak test paten pada masa yang semua. Tulah keluar habis  bercampur buttercream dengan fondant. Hehe apapun kita memang syok betul dapat bermain dengan fondant rasa macam masuk kelas tadika. 
Buat cuppies ini ada kala kengkawan order tapi selalunya saya menolak sebab saya masih belajar hanya sesekali terima order sebab kesian kat kawan bila mereka dah kesuntukan masa dan dalam jumlah yang kecil . Jika jumlah besar saya akan menolak sebab saya tak yakin saya boleh buat sorang sorang.





catatan harian


Lokasi di luar rumah petang semalam cuaca sangat redup mungkin hujan turun di kawasan lain. Seharian mendung suka sangat lah jika tak nak keluar rumah pun rasa malas sangat. Keluar pun jika perlu saja.
Bersantai di luar rumah takala redup petang sambil menghirup secawan teh kosong dengan roti lapis telur. Yang nie saja yang mampu di sediakan semalam selepas aktiviti mengbuat cupcake untuk di beri pada abah semalam.
Abah masa kini berada di rumah adik lelaki  eeemm berehat di rumah anak lelaki pulak selepas rumah saya dua minggu lepas. Selepas ini mungkin dia akan tinggal di rumah sebentar dan kembali ke rumah saya pulak. Begini lah rotation abah sekarang. Kesian abah dia sangat sunyi tanpa kehadiran emak.
Cupcake semalam sempena birthday abah dan bukan abah yang suka makan pun tapi anak buah yang ada kat sana lah paling happy sekali. Nanti saya letakan entri kek itu .   

Herba rosemarry saya ...alhamdulilah kali ini dapat hidup. Sekarang ini saya letakan pada tempat yang redup sedikit ...masih dapat sinaran matahari pagi tapi sebelah petang saya akan ubah posisi. Jika keluar daerah saya  siap letak tempat parking kereta..
Selepas ini saya nak cuba tanam herba oreggano , thyme dan sage ....boleh lah masak style Italy pulak. Selalu gak saya beli daun thyme nie sbb ianya tahan seminggu jika di dalam plastic ...sangat suka dengan haruman nya ketika masak. Wangi satu dapur haha...tak payah pakai semburan. Best kan sambil minum sambil mata meleret tengok pokok sendiri ...alangkah bahagia nya ...hehe tapi pokok kat rumah masih kecil lagi ...baru mula berjinak jinak nak buat garden kecik...tanah sekangkang je...cukup lah . Pondok batu kita nie kecik saja tapi memang cukup untuk kami bertiga. Syukur pada Allah di atas limpah rezeki dan kesihatan yang diri kami. Amin.



Thursday, February 14, 2013

lemon poppyseed

Dah hampir terlupa dengan kek ini . Tiba tiba kelmarin my Yonyon minta buatkan kek nie. Siap cakap letak manisan lemon tu lebih sikit. Alahai bila kita sudah berusia kek manis manis gini hendak lah di jauhi. Tapi memandangkan dah di minta ...kita buat lah sebiji. 
Tapi waktu saya makan saya potong bahagian sugar icing ....takut.memang fobia habis jika manis. Alhamdulilah setakat nie check bacaan 5.2 so kira ok lah. Amin.
Jika ikut saya buat kosong dan lapis dengan cream cheese pun sedap masam masam lemon memang ngam dengan cheese .
Apapun my Yonyon bukan main enjoy lagi makan sehingga tinggal sebelah saja. Rasanya kena stop dari dia makan habis ...hehe continue hari lain pulak. Air hari ini kena minum air suam kosong saja.....no sugar sugar .
Menakutkan bila icing manis yang di pukul bersama parutan kulit lemon dan air lemon. 




Lemon Poppy Seed cake
Bahan :
230gr mentega
175gr gula halus
4 butir telur
1 sdm pure extrac buah lemon (dari 1 biji lemon ukuran sedang)
290gr Tepung cake/tepung gandum
1/4 sdt garam
1 sdm ovalette
3 sdm sunquick
1 sdt baking powder
biji poppy secukupnya -3sudu makan

Icing utk hiasan atas cake :
120gr icing sugar (ayak)
2 sdm sunquick
3 sdm air perahan lemon
Cara :
Mixer mentega,ovallette dan gula sampai putih dan kembang.masukkan telur satu persatu.mixer lagi sampai kembang.bila sudah kembang masukan tepung cake yg sudah diayak dengan baking powder.masukan lemon dan sunquick.mixer dgn kecepatan rendah.last masukan biji poppy. aduk hingga rata. tuang dalam loyang yg sudah dioles mentega dan alas dengan kertas roti. bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 50 menit.
Cara membuat icing/glaze:
campur gula icing dengan sunquick dan fresh orange juice.mixer dgn kecepatan sedang selama 2menit. bila cake sudah mateng/masak,dinginkan.Hias atas cake dengan icing, kalau icing sudah kering, potong dan sajikan.