Wednesday, July 13, 2011

Agar agar

Semalam saya buat agar agar ini sebelum masuk tidur sebab adik saya mulanya nak datang rumah. Tapi pagi ini tak jadi datang. So planning nak masak awal pagi ini tak jadilah. Nanti petang baru start masak untuk dinner saja. Mulanya agar agar nak buat satu warna saya ...tapi teringat ari tu
 lihat dalam blog kengkwan semuanya dwi warna cantik pulak tu...so kita pun nak lihat juga hasilnya kan.
Tapi tak lah cantik mungkin saya nie gopoh sangat ...layer nya tak begitu menjadi ...warna oren telah tenggelam dengan biru. Next time kena buat warna biru tu cair sedikit baru menjadi kot.

Bahan-bahan:

1 peket agar-agar (12 gm)
1/2 cawan gula
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
2/3 titik pewarna merah
1 titik esen vanilla
perwarna biru , oren
Cara membuatnya:

1. Masukkan agar-agar yang telah dibasuh dan ditoskan ke dalam periuk. Masukkan air dan didihkan hingga agar-agar cair.

2. Masukkan gula pasir. Biar hancur. Bahagi 1/2 bahagian Masukkan pewarna merah, susu cair dan esen pisang/ ros pada satu bahagian. Dan satu bahagian lagi di bahagi dengan 2 sekali lai warna kan biru dan oren.

3. Kacau sebati dan didihkan. Matikan api dan tapis.Masukan layer pertama warna merah, oren dan biru ulangi sekali lagi. Sejukan
 
 

Tuesday, July 12, 2011

Apam versi jalur



Maaf ye resepi sebenar apam nie adalah  POLKADOT di sebabkan saya guna acuan empat segi tak cantik bila buat dot dot tu nampak tak comel sungguh. Apalagi saya buat jalur saja lah nak ok sikit.
Hari ini kuih untuk petang dah siap lebih awal lepas nie boleh rehat cuci dapur.

Inilah acuan yang saya guna untuk apam. Acuan ini sebenarnya acuan kuih teko.
Resepi apam saya ambil dari blog Mamafami....sifo masak kita. Saya buat setengah adunan dan dapat lebih kurang 18 biji . Filing nya pulak saya gantikan dengan buah buahan kering strawberry....rasa masa masam masam manis dan sedap.

APAM POLKA DOT /Jalur
Sumber : Hana

Bahan-bahan :

3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
1 sudu teh esen vanilla

Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna

Kaedah penyediaan :

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

Monday, July 11, 2011

FETTUCCINE ALFREDO

Lepas sarapan roti dua keping dengan sibiji telor setengah masak tiba tiba jiran lama call ...nak datang rumah . Apa lagi bergegas la ke dapur mencari apa yang patut kan bila dah ada orang nak datang rumah. Selalu rumahku jika hari Isnin memang dapur tak berasap sebab my YonYon dan abahnya akan pulang selepas jam 6 ptg. So waktu lunch tu kekadang kita makan apa yang left over masa breakfast kalau tak kita puasa saja pada hari Isnin, Rabu, Khamis .Tiga hari ini memang confirm dapur hanya akan berasap waktu petang saja. Haha relax dan boleh nonton channel 393 Yo don't know women ...layan filem Korea pastu 706 lihat si Gaida, Paula dan Ina Garten di dapur. Ini lah routine kita seharian dok sorang sorang kat rumah selepas berkemas. Nak keluar bila ada kengkawan call saja itu pun melepak kat cafe lagenda atau kat kedai mamak nasi kandar. Oh....panjangnya celoteh ari ini...maklumlah kita masih sedih dengan kehilangan blog lama.

Resepi nie kita ambil dari blog ....dan copypaste kat sini....apapun memang sedap sebab lada tu kita tumbuk kasar bila makan memang terasa kepedasanya dan tak banyak rencah.

FETTUCCINE ALFREDO 
www.cooks.com/rec/view/0,1935,158179-244197,00.html

12 oz. Fettuccine
1/2 c. butter-saya guna olive oil
1/2 c. mushrooms
1 c. milk
1 egg yolk, beaten
1 can cream of chicken soup
1/2 c. grated Parmesan cheese
Salt and pepper

Bring 4 quarts of water to a boil. Add 1 tablespoon salt, cook fettuccine for 10 to 12 minutes - stirring to separate pasta. Drain (DO NOT RINSE). Set aside over medium heat.
In a large saucepan, melt butter. Saute mushrooms in butter. Add milk gradually. Reduce heat, gradually stir in egg yolk, cheese and chicken soup. In a large dish, (9 x 13) pour pasta and sauce mixture. Season to taste with salt, pepper, grated Parmesan cheese.


Sunday, July 10, 2011

Penne Goreng


Penne Goreng
Bahan bahan
100gm pasta penne - direbus hingga masak dgn sedikit garam, toskan.
3 kuntum cendawan shiitake - dihiris nipis
2 ulas bawang putih – di cincang halus
1/2 batang celery- dipotong kecil
2 sudu besar sos spaghetti kimball
1 sudu besar cili kisar
 Garam secukup rasa
Sedikit air lebihan rebusan pasta
100 gms hirisan ayam
1 tbs pasley kering dan oregano

cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili kisar hingga masak. Masukkan ayam dan biarkan sebentar.
2. Masukkan sos spaghetti, cendawan dan celery. Masukkan sedikit air dan biarkan hingga kuah mendidih.
3. Perasakan dengan garam. Masukkan pasta, gaul rata dan biarkan sebentar. Akhir sekali masukan daun parley kering dan oregano. Siap


Saturday, July 9, 2011

Kuih Talam Durian

Kuih talam ini di buat semalam. Saya jarang membuat kuih talam sebab di rumah ini tiada pengemarnya ...jika nak makan selalu saja di beli di warung. Isi durian masih banyak lagi dalam tupperware nak buat tempoyak lepas ini.
Kali ini alhamdulilah nampaknya kuih saya mejadi. Hihi selalu ada yang tak jadi bukan salah resepi tau ...saya yang cuai masa bab mengukus nya. 

Serimuka durian / Kuih Talam durian
http://eramli.blogspot.com/2009/04/seri-muka-durian.html#main

Bahan2
Lapis Bawah
2 cawan pulut
2 cawan santan cair
102 sudu teh garam

Lapis atas
3 cawan santan pekat
2/3 cawan gula perang
2/3 cawan durian ( itu ajer yang ada pun)
1/3 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung kastad
1 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam

Cara2
Untuk lapis bawah, rendam pulut selama 4 jam. (resepi asal takyah)
gaul semua bahan, masukkan dalam loyang yang telah di sapu minyak. Kukuskan sampai masak. Lepas tu tekan dan padatkan pulut.

Untuk lapis atas, kisarkan semua bahan (aku pakai blender jerr)dan tapiskan. Tuangkan atas pulut yang dah masak dan kukuskan 1/2 jam. Sejukkan dulu baru potong 

Friday, July 8, 2011

Tomyam Campur

Resepi ini di sunting dari MyResepi kiriman Mea

Tom Yam Campur 
Kiriman: mea

Bahan-Bahan:
100 gm isi ayam tanpa tulang
50 gm daging
5 ekor sotong – tak ada
7 ekor udang sederhana besar
4 helai daun limau purut
Satu sudu air perahan limau nipis
Sedikit bunga kobis 500 ml air masak
Dua batang serai
Bawang besar (dipotong empat)
Bawang kecil (ditumbuk kasar)
Cili padi (ditumbuk kasar)
Air stok rebusan ayam- saya guna air kelapa 1 biji
Sebiji tomato
Garam dan ajinomoto
4 tbs Pes tomyam – nak pedas sila tambah
Cara:
Masukkan air rebusan / air kelapa  ke dalam periuk. Biarkan seketika.
Masukkan bawang besar,bawang putih, serai dan cili padi ke dalam air rebusan yang hampir mendidih.
Masukkan hirisan ayam dan daging ke dalam periuk.
Apabila campuran sudah mendidih, masukkan sotong dan udang.
Seterusnya masukkan bunga kobis.
Akhir sekali masukkan garam, ajinomoto, air limau nipis dan daun limau purut.
Kacau bahan-bahan dan biarkan mendidih seketika.
Tutup api dan hidangkan panas-panas.

Nota  - saya mengunakan pes tomyam dalam botol dan mengantikan air rebusan dengan air sebiji kelapa muda untuk lebih manis dan Ummph.

Baby kailan ikan masin


Resepinya

Kailan ikan masin
2 tbs minyak masak
5 ulas bawang putih (bruised)
200g kailan (potong saiz kecil)
5 small cili padi (bruised)
2 tbs fried shallot (untuk taburan )
1 tbs fish sauce
1 tsp gula
Jeruk ikan tenggiri  bersaiz sederhana  (jangan besar nanti masin)
1 tbs oyster sauce
1/2 tsp tepung jagung di campur dengan sedikit air .
Cara:

Panas kan minyak
Masukan bawang putih goreng sehingga sedikit perang
Masukan cili padi
Dan maskan cebisan ikan tenggiri masin…kacau sebentar.
Masukan kalian.oyster sauce, fish sauce dan sedikit gul
Biar sebentar agak kalian dah lembut  masukan larutan tepung jagung dan kacau sehingga
Sedikit pekat.
Hidangkan dengan bawang goreng dan  jika suka boleh tambahkan  sedikit air perahan limau.