Thursday, November 21, 2013

daging blackpepper



Baru hari ini nak letak menu ini walaupun dah habis hehe . Menu dua tiga hari yang lalu . 
Menu yang ringkas kadangkala membuat kita menambah selera makan. Jika selalu kita masak kari dan jenis berkuah adakala kita nak rasa jenis yang di goreng kering begini . 
Menu ini sangat sesuai di makan bersama sebarang jenis nasi dan sedap juga di makan dengan roti  Sekiranya di buat untuk cicahan roti kita cuma perlu hiris daging nipis nipis supaya senang di ambil dan di letakan dalam gulongan roti . 
Resepi ini bukan lah dari sumber sendiri saya cuma mencuba resepi yang di ambil dlam Myresepi dan mencubanya di dapur saya. Saya rasa resepi ini sedap dan kena pada selera kami sekeluarga. Saya letakan resepi di bawah sekiranya berminat untuk mencuba rasa dan boleh juga goggle di Myresepi.

Daging blackpepper
Bahan-bahannya
1/3 kilo daging(dipotong nipis dan dibasuh dan ditoskan)
1 sudu teh lada hitam(ditumbuk)
3 biji bawang merah(kisar)
2 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
Garam dan sedikit gula
Sedikit cuka

Gaulkan semua bahan pada daging dan perap seketika

Bahan tumis
Seinci halia(mayang halus)
Selabu bawang besar(potong bulat)
Sebiji biji lada benggala(potong)
Sedikit carrot(potong memanjang)
1 atau 2 sudu teh lada hitam(tumbuk)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 1/4 cawan air)
Minyak untuk masak daging

Panaskan minyak dan tumis halia dan masukkan daging.Kalau nampak kering berminyak kena tambah air.
Pastikan goreng sampai daging empuk.
Masukkan lada hitam. sos tiram dan kicap.
Masukkan lada benggala dan bawang besar.

Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung.  Siap untuk dihidangkan.


2 comments:

Gee® said...

Bestnyaa... meratah pon sodap

Anonymous said...

Assalamualaikum sedap nmpk klu dpt dimakn brsama nsi pns terangkat ni..