Assalamualaikum ...minggu terakhir dalam bulan May...cepatnya masa berlalu. Hampir seminggu juga cuti sekolah dah berlalu tinggal seminggu lagi. Dalam masa cuti sekolah nie juga banyak kita terima undangan perkahwinan.
Hujung minggu ini juga terdapat undangan dari kawan semasa kami berjiran dulu di Datuk Kramat Dhobby Ghat. Jiran saya waktu kami membesar dulu. Terharu sangat bila sekian lama persahabatan bertaut kembali setelah di usia begini . Hehe tapi bukan dia yang kawin tau sekarang nie musim anak anak pulak yang berkahwin. Berbalik cerita di waktu kecil saya merupakan rakan sekelas dengan adik beliau iaitu Razmi tapi saya rapat dengan kakak beliau. Rindu dan tersangat ingat dapat berjumpa kembali namun apakan daya En.Hb tidak mendapat cuti jadi terpaksa lah saya pendam saja. Apapun saya sangat berharap kita akan dapat berjumpa setelah sekian lama terpisah. ....Insyallah.
Selamat pegantin baru buat anak awak Lin yang bertempat di Dewan Umno Kuala Selangor semuga berbahagia dan kekal hingga ke akhir usia. Amin.
Hari ini saya tak letak resepi hanya gambar saja sebab sebelum ini dah ada resepinya .
Friday, May 31, 2013
Thursday, May 30, 2013
snow cheese cake
Alhamdulilah lama dah tertangguh nak membuat snow cheese cake ini dan baru semalam terlaksana impian. Dan semalam juga merupakan ulangtahun perkahwinan saya 1997-kini.
Syukur Alhamdulilah segala pahit manis dalam melayari detik bersama sehingga kini dan semuga ikatan kami berdua kekal hingga ke akhir hayat hendaknya . Amin.
Hehe snow cheese juga mengambarkan suasana ikatan kasih
kami yang suci ..lemak, masin dan manis kehidupan. Merah buat strawberry
mengambarkan cinta semuga kasih sayang kami berpanjangan...Insya Allah.
Doa kan yang terbaik buat kami ye.
Terima kasih buat Mamasya dan Rahel serta K.Zai sebab pertama kali saya melihat kek ini dalam hati berkata kata mesti sedap dan ternyata sekali amat sedap.
Saya salin kembali nota dari blog beliau di sini sebagai simpanan .
Snow Cheese Cake
Bahan:- mama guna loyang 10'x 10'
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100g gula halus
100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)-
guna self rising flour
60g tepung jagung (maizena)
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder- x letak
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)
*mama tambah vanila esen
Untuk krim:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis ->>k.zai letak 1 cawan
(satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).
Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara:
1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan
putar.
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat &
putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan
pekat(mama kacau guna senduk saja takut over beat).
3.Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak
atau yang disapu dengan sedikit butter.
4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah
selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.
5.Bila sudah masak biarkan sejuk.(-telangkupkan kat atas
redai kek untuk lebih kurang 5 minit bagi mengelakkan kek kempis).Bila dah
sejuk,ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
6.Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian
letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh
kek.
8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut
tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam.Lepas tu baru
potong.
Monday, May 27, 2013
chiffon custart caramel
Cuti sekolah bermula maka hidangan waktu petang mesti lah kena selalu buat. Jika berpuasa tu minum petang jadi all in one dish kan. Tapi untuk harian mesti kena buat sebab kengkawan selalu datang bertandang ke rumah ...nanti hanya sempat hidangkan kuih kering saja. Jika ada sampingan rasa ok sikit nak menjamu merekag datang tak kira jauh ke dekat ke jika ada ...kira rezeki kan.
Chiffon custart caramel
Kek ini sudah berkali kali saya makan sebab saya suka dengan rasa kek ini di samping proses membuatnya tidak terlalu sukar. Apapun terbaik lah untuk kek ini. Pada yang kurang selesa dengan bahagian atas yang manis nie kita saran kan kurang gula untuk bahagian karamel . Saya letak agak agak saja tapi bila di makan dengan hirisan buah strawberry rasa manis tu hilang dengan buah strawberry yang masam masam manis. l
Credit pada KakYah sebab saya ambil resepi dalam blog beliau.
Chiffon custart caramel
A- 50 gm gula dibuat gula hangus (menggunakan bekas untuk
kek - goreng gula hingga hangus dan
diangkat)
3 biji kuning telur
40gm gula pasir
1 cawan susu cair
1 sudu besar kastad
Bahan di atas kecuali gula hangus dicampurkan kesemuanya
dan dikacau sebati.
Masukkan ke dalam bekas gula hangus tadi dan bakar ia
dengan cara steam bake (guna satu bekas yang berisi sedikit air dan loyang kek
direndam di dalamnya dan masukkan dalam ketuhar)
Bakar selama 20 minit dengan suhu 190C.
B - 2 biji kuning telur
100 gm tepung naik sendiri
40 gm gula pasir
35 gm minyak jagung
95 gm air
1 sudu teh vanilla
C - 5 biji putih telur(pastikan semasa mengasingkan telur
jangan sekali-kali tercampur sedikit kuning telur ke dalam putih telur)
1/2 sudu teh krim of tartar
Bahan B - digaul sebati.
Bahan C - dipukul dengan kelajuan tinggi sehingga pekat.
Campur bahan C ke dalam bahan B (Ingat proses ini dilakukan
apabila kita lihat masa kat ketuhar kita hampir tamat 20 minit tadi)
Bila masak keremel, keluarkan dan masuklah adunan kek
tadi (kalau nak buat berwarna warni bubuhlah warna mengikut kesukaan dan
masukkan berselang seli..
Bakar dengan cara sama seperti tadi (steam Bake) selama
25 - 30 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari ketuhar dan biarkan seketika sebelum
ditelangkupkan atau dibalikkan.
Saturday, May 25, 2013
pancake
Pagi sabtu cuti sekolah dah pun bermula pada kelmarin ...Jumaat..kejap saja dah cuti eemmm duit pun tak sempat kumpul untuk jalan jalan hehe.
Apapun alhamdulilah di pagi yang ceria tadi kami bersarapan pancake saja. Ringkas dan cepat di sediakan ....saya suka la . Godek godeka h dan terus letak keatas pan...kejap je dah siap .
Saya suka makan dengan madu kadangkala susu pekat pun sedap tapi anak saya kurang gemar makan cara nie. Dia sangat terikat dengan serapan yang agak berat ..nasi lemak . Sekali sekali boleh la nak makan selalu di pagi hari...dah tak boleh dah. Nanti waktu lunch perut masih penuh kena tunggu lewat petang baru nak jamah nasi.
Simple pancake
3 1/2 teaspoons
baking powder
1 teaspoon salt
1 tablespoon white
sugar
1 1/4 cups milk
1 egg
3 tablespoons
butter, melted
Campurkan tepung
baking powder, garam dan gula.
Buatkan bulat di tengah tepung dan masukan susu,telur
dan butter cair, sebatikan sehingga adunan
Sebati dan gebu .
Panaskan non stick pan dan letakan sesenduk adunan . Masak sehingga keperang
perangalahn dan boleh di angkat dan hidangkan dengan sos kesukaan anda.
Ikan rambai masak taucu
Bersua lagi....Alhamdulilah kali ini dengan satu hidangan tengahari pulak . Ini merupakan salah satu menu favourite saya ketika membesar . Arwah emak selalu masak menu ini untuk kami sekeluarga.
Lama juga saya tak masak menu ini tiba tiba saja tekak terasa nak makan sajian ini. Entah lah kadang kala bila kita teringat akan seseorang kita akan terasa nak makan benda yang selalu kita rasa sedap dan nostalgia lama akan kembali dalam benak fikiran kita.
Saya tak letak resepi kali ini ...hanya gambar saja.
Lama juga saya tak masak menu ini tiba tiba saja tekak terasa nak makan sajian ini. Entah lah kadang kala bila kita teringat akan seseorang kita akan terasa nak makan benda yang selalu kita rasa sedap dan nostalgia lama akan kembali dalam benak fikiran kita.
Saya tak letak resepi kali ini ...hanya gambar saja.
Puding roti bersos lemon
Hari ini tersangat busy sebab jiran lama ku datang bertandang ke rumah. Agak lama juga KakPah menyepi . Alhamdulilah sempat juga kita sediakan sedikit makanan untuk di makan bersama. Kita jamu dengan sarapan pagi nasi goreng pedas . Dalam berbual bual tu sempat juga ku buat puding roti di sebabkan semua bahan tersedia ada maka proses membuat yang cepat..syukur kejap je dah siap untuk di jamu pada KakPah dan anaknya.
Lega dapat menjamu KakPah jika tidak hanya nasi goreng je awal pagi hehe . Alhamdulilah menjadi pulak puding roti dengan cantiknya .
Puding Roti
Olahan : CitarasaKu
Lega dapat menjamu KakPah jika tidak hanya nasi goreng je awal pagi hehe . Alhamdulilah menjadi pulak puding roti dengan cantiknya .
Puding Roti
Olahan : CitarasaKu
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
½ batang roti perancis
Secukup butter untuk sapuan atas roti
450ml susu segar
3 biji telur
25g gula
1 sudu besar tepung kastard
Secukup kismis …jika suka
Cara-cara
Potong roti dan sapukan dengan sedikit butter dan susun di
dalam loyang.
Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu
yang telah dipanaskan.
Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati. Masukan
kismis atau boleh tabur saja setelah adunan siap. ( saya masak kismis dgn susu supaya kismis
kembang)
Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min
supaya roti kembang.
Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan.
Tuesday, May 21, 2013
rvc for hb birthday
Selamat ulangtahun kelahiran semuga sihat dan kita di murahkan rezeki dan kesihatan yang baik sepanjang usia kita amin.
Kami hanya meraikan secara kecil kecilan saja.
Mulanya bercadang nak buat satu kek yang besar tapi last minit tukar buat cupcakes pulak hehe rasa malas pulak nak mendeko ...almaklum lama dah tak buat. Harap selepas ini dapat kembali cergas seperti biasa. Amin . Bila kita kurang sihat ...kek yang di deko mesti jadi tak elok tapi jika mood kita riang maka kek pun akan nampak ria. ...kan.
Kali ini saya mengunakan resepi dari Azie kitchen ...blog yang sangat menarik dengan paparan gambar yang jelas dan menarik .
Hasil nya amat baik sekali ...terima kasih Azie...saya suka.
Red Velvet Cake
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam
2 sb cocoa powder - (resepi asal 1 sk)
1 1/3 cawan vegetable oil
- (resepi asal 1 1/2 cawan)
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1
cawan susu)
2 sb red food colouring
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik
1 1/4 cawan gula kaster - (resepi asal 1 1/2 cawan)
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda
Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur,
pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.
Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.
Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan
esen vanila.
Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung
berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung
(masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua
tepung yang masih berbaki).
Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking
soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan
dan terus kaup balik.
Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan
bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau
sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar,
bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 170C
selama 20-30 minit. Kami hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.
Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama
10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
Akhir sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam
peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan
proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus
menghias kek. Cuma langkah ni memang membantu).
Nota:
Cupcake dibakar selama 15 minit pada suhu 170'C.
Best Ever Cream Cheese Frosting
Sangat sedap dan saya sangat menyukai rasanya sehinggakan
saya menjilat lebihan frosting di sudu sebelum membasuhnya. Resepinya saya
ambil di SINI.
Bahan bahan:
8 oz cream cheese - sejuk
5 sudu besar butter - lembut (70.8 gm/2.5 oz)
2 sk vanilla extract
2 cawan gula ising - ayak
Putar cream cheese dengan butter dan vanilla extract
sehingga sebati.
Sedikit demi sedikit, masukkan gula ising sehingga
mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.
Subscribe to:
Posts (Atom)