Sunday, September 9, 2012

nasi impit kuah kacang

Bulan Shawal bakal berakhir tidak lama lagi tapi masih menerima jemputan rumah terbuka lagi. Ada yang dapat saya hadirkan diri dan ada juga tidak. Sepanjang raya saya tidak membuat nasi impit sebab kesana sini rumah masing masing ada hidangan ini. Tapi bila abah request nak makan nasi impit berkuah kacang ,barulah saya menyediakan nya. Sebenarnya saya kurang suka dengan hidangan nasi impit berkuah kacang gini jika saya makan pun agak dua tiga kali suapan saja. Saya lebih gemar makan cucur udang dengan kuah kacang hehehe...entahlah kenapa . Dan oleh kerana saya kurang gemar makan makanan begini bila di minta Abah....sudah semestinya saya kena masak...walaupun kuah saya tidak sesedap kuah yang di masak oleh adik saya. 
Hehe nak cerita sikit sebenar Abah memang meminta adik yang buatkan kuah kacang tapi memandangkan adik tersangatlah sibuk di kedai ...almaklum baru memulakan perniagaan setelah bercuti sepanjang Ramadhan maka Abah pun menyuruh saya buatkan. Tapi saya siap pesan kat Abah ...saya memang tak pandai dalam menyediakan kuah kacang seperti adik saya. 
Abah jawab ,,,janji abah dapat makan dah kira ok tak kira sedap atau tak. Hehe kesian gak kat Abah maka saya pun goggle sana sini mencari resepi yang hampir sama dengan resepi adik saya konon kononnya dan lebih sedap.
Alhamdulilah menjadi juga akhirnya dan waktu menghantar hidangan ini pada Abah sempat juga dia mengucapkan syukurnya  dia dapat menjamah nasi himpit...aisey terharu gak...kesian kat Abah. Mak pula saya beri sedikit saja sebab mak sudah tidak makan seperti dulu dan kesihatan mak pun terbatas .

 
Memandangkan kuah yang saya buat agak banyak hmmmm lepas nie saya harus buat sesuatu untuk di makan dengan kuah kacang....eemmm tauhu sumbat , cucur, sate hehe .

Kuah kacang...sedap
Sumber : Adik Liza
Olahan: CitarasaKu
 
bahan-bahan :
500 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar dgn air)
3-4 ketul gula melaka saiz sedang   -secukup rasa
2 batang serai (diketuk)
minyak masak 
air secukupnya
4 biji buah keras (ditumbuk hancur) - optional

bahan-bahan kisar:
Cili kisar- ikut suka jika nak pedas 
2 batang serai
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci lengkuas
1 inci halia 

Tumiskan bahan yang telah di kisar sehingga naik bau dan betul betul garing. Barulah di masukan kacang yang telah di kisar bersama air. Kacau larutan sehingga pekat dan masukan gula melaka dan garam secukup rasa.



2 comments:

rahel said...

Kalau nasi impit memang serasi banget ngan kuah kacang...mantop...

ibundo said...

kuah kacang tu nampak tersangatlah sedap. makan dengan sate sedap tu..