Waktu pertama kali menikmati hidangan mee kolok nie sudah lama rasanya kira kira 15 tahun berlalu . Terlama lama kan untukku kembali semula ke bumi Serawak hehe hanya kerana untuk menikmati sepinggan mee kan.
Kadangkala terasa rindu juga nak berjalan jalan di sana ...ummm begitu nostalgia diantara Sibu dan Kuching. Berjalan jalan si tebing Kuching Waterfront yang indah permandangan nya bila lampu neon bergemerlapan dengan simbahan air pancut berwarna warni...tinggal kenangan.
Dan tak lupa jua keindahan Sibu waterfront ...deretan hotel serta melihat kapal kapal memunggah barang ketika itu sungguh mengasyikan. Entah bila dapat ku jejak kaki di sana lagi. Insyallah jika ada rezeki lebih. Amin.
Sekarang ini baik ku cerita mengenai mee ini hehe memang lama mengidam nak makan hanya mampu buat tadi itupun sebab ternampak resepi nya . Nampak macam mudah so apalagi terus kan usaha untuk mendapat hasil. Alhamdulilah dapat juga kita makan...tapi saya buat rasanya lain sikit kot almaklum sekejap sekejap lihat resepi tertoleh toleh ehhh nasib baik my hb cakap ok lah untuk pertama kali....kan.
Terima kasih pada Dayang Jack ...dapat juga kita makan mee kolok ini.
Resepi ini saya kopipaste dari blog beliau untuk rujukan saya.
Resepi Mee Kolok Basah
by : DayangJack@DapurKu SaYang
Bahan-bahan :
300 g mi kolok
(saya guna mee telur)
1 sudu besar
perencah sup
200 g daging
lembu
air secukupnya
sedikit garam
7 ulas bawang
putih (dicincang)
8-10 biji cili
api
1 sudu kecil
serbuk lada hitam
minyak masak
secukupnya
5 sudu besar
kicap manis
1 sudu besar
kicap pekat
3 biji limau
kasturi (ambil jusnya)
daun bawang dan
daun sup (dihiris)
1 sudu kecil
sos ikan / sos soya
1 sudu makan
cuka
Cara-cara
UNTUK SUP :
Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai
empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis. Ketepikan
kuah/supnya (boleh dipanaskan semula dan tambahkan sedikit air jika
berkurangan).
UNTUK MEE:
Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut. Keluarkan dan toskan.
Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga
garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan
goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dengan cuka,
sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.Di dalam kuali
yang sama, panaskan sedikit minyak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.
Masukkan kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan garam. Kacau
rata-rata. Keluarkan.
UNTUK SAMBAL :
Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan
bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau x ada kicap manis,
boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)
Cara Menghidang
: Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan
gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan
hiaskan dengan daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yang ditabur dengan
daun sup untuk kuahnya.
1 comment:
Mee kolok memang sedap...sukar dilupakan...emmm ngences tau..
Post a Comment