Friday, September 28, 2012

daging goreng bersos barbeku

Salam dan terima kasih buat kengkawan semua di atas ucapan takziah tempohari.  Walaubagaimana pun kehidupan kita harus jalani seperti biasa meskipun mood memasak agak kurang sedikit dari selalu.
Minggu minggu seterusnya kita pasti sibuk dengan bab peperiksaan anak pulak...PMR yang tinggal tak sampai seminggu lebih.

Hari ini dapur kembali berasap bila mood memasak dah kembali. Pertama kali mencuba masakan daging goreng bersama dengan sos barbeku berlada. Hasilnya emmmm sedap juga dari segi rasa agak pedas di tambah lagi dengan cili melaka.

Kaedah memasaknya lebih kurang sama dengan membuat daging goreng kunyit cuma saya tambahkan sos barbeku dalam perapan daging dan menambahkan satu sudu besar semasa mengorengnya. 
Saya letak je resepi simple nie ...

Daging goreng bersos barbeku
Olahan: CitarasaKu

Bahan-bahannya:
500 gm daging batang pinang - dihiris ikut suka
 2 labu bawang besar - dimayang bulat
 4 - 5 biji cili padi warna merah - dipatah-patahkan
1/2 biji tomato - dipotong wedges
1 sudu besar sos barbeku
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak

Bahan-bahan B (untuk perapan daging):
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
 20 gm halia
1 sudu besar sos barbeku
1 sudu besar kicap
1 sudu teh gula
Air secukupnya

Penyediaannya:
1.  Bahan-bahan B disatukan di dalam blender kemudian dikisar hancur.
2.  Perapkan daging bersama bahan B selama kira-kira 1 jam (lebih lama lebih baik).
3.  Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan daging yang telah diperap tadi.  Kacau sebati dan masukkan air secukupnya dan masak sehingga daging empuk.  Sekiranya air kering dan daging masih tidak empuk, boleh ditambah air.
4.  Setelah daging empuk, perasakan dengan garam, gula, dan sos barbeku.
5.  Setelah rasa telah sebati dengan daging, masukkan bawang besar,tomato, dan cili padi.
6.  Kacau rata dan padamkan api





2 comments:

Chah said...

mak ai..daging tu walopun agak tensi memakannya sbb lekat celah gigi..hehe tapi saya tk kira..nk jugak semangkuk tu buat dinner mlm ni...sedap tu kak...

rahel said...

Sedapnya daging goreng ni....erm...kecur...