Thursday, September 6, 2012

Bolo kukus pelangi



Petang petang begini sedap di makan ketika ianya masih panas panas dengan secawan teh o kosong. Hehe apapun nie projek petang semalam waktu hujan gerimis perut pun terasa nak makan.
Lebih lebih lagi cara penyediaan nya tak banyak kerenah...senang sangat tu lah yang buat kita bingkas bangun dari menonton tv terus kedapur tak sampai 30 minit dah siap letak kedalam kukusan.


Rasanya jika kita di sini kenali dangan nama bahulu kot tapi nie mungkin slang indonesia....ikut sajalah.

Bolu kukus pelangi
sumber : majalah sedap
 
Bahan - bahannya :
200 gram tepung gandum
175 gran gula caster
200 ml susu cair
3 biji telur ayam
1/2 sudu teh ovalete
1/4 sudu  teh garam
50ml butter cair
Pewarna kegemaran

Cara : Pukul gula, garam, ovalete dan telur sehingga pekat dan gebu. Masukkan tepung
gandum berselang - seli dengan susu cair dan kacau sehingga sebati. Akhir sekali masukan butter cair.

Bahagikan adunan menjadi 4 bahagian dan beri pewarna kegemaran dan kacau sehingga
rata.
Letakan adunan secara beselang seli sehingga habis dan kukus selama 30 minit ataupun sehingga masak.








5 comments:

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Wahhhh cantiknyaaaaa...sayang nak makan...;)

rahel said...

Sedapnya bolu pelangi...nak jugak satu slice....

Qasey Honey said...

QH pon jugak la 1 slice...mesti sedap tu..kalerfull

CitarasaKu said...

Hi love...thanks hehe colourful make me happy haha

Rahel >>> Rahel nak pos jauh sangat lah.

Qasey >>>>hehe antar di angin lalu .

CitarasaKu said...

Hi love...thanks hehe colourful make me happy haha

Rahel >>> Rahel nak pos jauh sangat lah.

Qasey >>>>hehe antar di angin lalu .