Wednesday, November 16, 2011

Cerita hati

Hampir 5 hari tak dapat akses internet sebab down. Masuk hari ini baru dapat akses setelah di service kembali. Sedih dan marah juga bila service tergendala semua kerja harian tak dapat di buat . Apapun hari ini kembali ceria setelah di kemaskini kerja lama baru sempat berblog.
Tiga hari lepas kita keluar makan di Padang Kota. Alahai tempat lama selalu bertandang dulu time sekolah le masa tu ada public library di dewan sri pinang. Sekarang dah berpindah ke Sbg.Jaya. Jika imbas kembali waktu waktu tu banyak masa kita habiskan di dewan ...jad ulat buku sampailah kita dah berkerja masih mencari bahan rujukan.  Zaman  sekarang sudah berubah segalanya hanya di JARI. Untung budak budak zaman sekarang ....senang jika nak belajar.
Berbalik pada makan di Padang kota...kita dok teringat makan sotong kering yang di bakar dan di cicah dengan sambal. Memang ada di jual tapi sos dia tak sama macam dulu. Kita makan pasembor (Rojak) yang nie sedap , kering bakar dan sotong kangkung. Tapi setelah semua nie kita makan kita teringat pula nak makan mee Ali dekat Dhoby Ghat tapi hari dah larut malam ...mungkin mamak tu pun dah pulang. Ahh kena datang hari lain pulak. Nie semua nostalgia zaman kita kecik dulu.
Zaman persekolahan kita selalu berjalan kesekolah agak jauh dari rumah merentasi kawasan hospital dan padang polo barulah jalan menuju ke sepoy lines. Macam macam peristiwa yang di alami setiap hari waktu berjalan dulu. Kadang kadang kita berbasikal mini je bila time tak rajin dan bila kat padang polo ada orang bermain polo . Kita selalu leka melihat heli membawa pesakit mendarat di padang polo. Seribu kenangan .

Tapi yang paling best sekali adalah hari ini kawan lama kita dah jumpa dalam fb. Sukanya hati kita hari ini bertemu kawan sekolah emmm hampir puluh tahun tak dengar khabar berita. Hari ini kita bertemu dengan kawan kita Haslinda kelas Comm waktu di SmTPH. Setakat hari ini kita dah jumpa beberapa kawan lama ada yang berubah dan ada yang masih macam dulu. Kita rindu pada Muzarat, Nazmin, Shanie,Lilian Ng , Tasphorn, Phaik Har ,Rosmawati ,Kogi , Sumarmi Tekor dan beberapa nama lagi. Really miss mereka ini entah bila dapat berjumpa lagi. Harap kita dapat buat reunion ex-TPH tak lama lagi.

3 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

SALAM NOOR..TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG....

Ayam said...

azatie,
memang benar saya selalu terkenang zaman persekolahan terasa seronok sangat walaupun masa tu tidak berduit tapi hati happy.

Chik Mimi said...

Noor mai padang kota awat tak habaq off cheq sebelah tu ja
tapi cheq suka p makan situ,kalau astaka padang kota tu ok la