Lama tak makan teringat pulak nak makan sesuatu yang manis. Buat saiz kecik je sebab kami bertiga nak makan . Saya suka makan sejuk sikit. Jika lapar waktu malam potong sekeping minum jus atau air kosong terus boleh tidur lena.
Petang nie ada majlis di kawasan perumahan kami tinggal...hihi sempena Depavali dan raya korban yang lalu ahli persatuan mengadakan sedikit jamuan di kawasan lapang belakang rumah jiran saya. Emmm tak pasti lagi apa kuih yang nak di bawa petang nie. Masa jamuan raya yang lepas saya berlenggang kangkung saja sebab tahu pada saat saat akhir maka tak sempat nak masak apa pun . Kita pergi makan saja macam penduduk berbangsa cina dan india. Selalunya bab jamuan nie orang melayu saja yang bawa juadah pelbagai jenis di samping makanan katering. Orang cina dan india hanya berikan wang untuk di gunakan pada jamuan tersebut pada bendahari. Jamuan hari itu memang meriah dengan kehadiran penduduk.
Berbalik pada bingka saya buat semalam nie memang sedap, saya selalu buat guna resepi yang ini ...tidak menghampakan cuma sukatan pada gula saya kurangkan . Selalu kurangkan manis sebab saya mempunyai saiz badan yang berisiko jika makan manis sangat walaupun saya bukan penghidap kencing manis. Saya takut sangat melihat pada kesan penyakit itu pada emak saya yang selalu makan ubat hampir segenggam .
Kita bila demam makan ubat lima jenis pun terasa pahit inikan pula makan ubat untuk selagi hayat.
1 comment:
sedap kuih bingka ni..apepun perisanya sumenya suke.. heheh...
time kasih ye kak atas ucapan takziah n simpati pade kematian lollipop tu...time kasih byk2... moga kesudahan yg baik utk dirinya n kita semua..insyaallah..amin...:)
Post a Comment