Monday, May 27, 2013

chiffon custart caramel

Cuti sekolah bermula maka hidangan waktu petang mesti lah kena selalu buat. Jika berpuasa tu minum petang jadi all in one dish kan. Tapi untuk harian mesti kena buat sebab kengkawan selalu datang bertandang ke rumah ...nanti hanya sempat hidangkan kuih kering saja. Jika ada sampingan rasa ok sikit nak menjamu merekag datang tak kira jauh ke dekat ke jika ada ...kira rezeki kan.

Kek ini sudah berkali kali saya makan sebab saya suka dengan rasa kek ini di samping proses membuatnya tidak terlalu sukar. Apapun terbaik lah untuk kek ini. Pada yang kurang selesa dengan bahagian atas yang manis nie kita saran kan kurang gula untuk bahagian karamel . Saya letak agak agak saja tapi bila di makan dengan hirisan buah strawberry rasa manis tu hilang dengan buah strawberry yang masam masam manis.  l

Credit pada KakYah sebab saya ambil resepi dalam blog beliau.











Chiffon custart caramel



A- 50 gm gula dibuat gula hangus (menggunakan bekas untuk kek  - goreng gula hingga hangus dan diangkat)
3 biji kuning telur
40gm gula pasir
1 cawan susu cair
1 sudu besar kastad

Bahan di atas kecuali gula hangus dicampurkan kesemuanya dan dikacau sebati.
Masukkan ke dalam bekas gula hangus tadi dan bakar ia dengan cara steam bake (guna satu bekas yang berisi sedikit air dan loyang kek direndam di dalamnya dan masukkan dalam ketuhar)
Bakar selama 20 minit dengan suhu 190C.

B - 2 biji kuning telur
100 gm tepung naik sendiri
40 gm gula pasir
35 gm minyak jagung
95 gm air
1 sudu teh vanilla

C - 5 biji putih telur(pastikan semasa mengasingkan telur jangan sekali-kali tercampur sedikit kuning telur ke dalam putih telur)
1/2 sudu teh krim of tartar

Bahan B - digaul sebati.

Bahan C - dipukul dengan kelajuan tinggi sehingga pekat.

Campur bahan C ke dalam bahan B (Ingat proses ini dilakukan apabila kita lihat masa kat ketuhar kita hampir tamat  20 minit tadi)

Bila masak keremel, keluarkan dan masuklah adunan kek tadi (kalau nak buat berwarna warni bubuhlah warna mengikut kesukaan dan masukkan berselang seli..
Bakar dengan cara sama seperti tadi (steam Bake) selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari ketuhar dan biarkan seketika sebelum ditelangkupkan atau dibalikkan.

4 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum...
menarik cara membuat kek ni.. setimpal dengan rasanya yang sangat sedap... pernah wat... anak2 suka sangat...

Ayam said...

wasalam Jasnani,

betul tu menarik dan sedap..letak dalam petisejuk lagi sedap di makan hehe.

rahel said...

Warna2 ceria pada kek ....

HomeKreation said...

Salam Noor cayang. Wah, cedap nya... lama dah oven Along tak panas ni....