Kek ini sudah berkali kali saya makan sebab saya suka dengan rasa kek ini di samping proses membuatnya tidak terlalu sukar. Apapun terbaik lah untuk kek ini. Pada yang kurang selesa dengan bahagian atas yang manis nie kita saran kan kurang gula untuk bahagian karamel . Saya letak agak agak saja tapi bila di makan dengan hirisan buah strawberry rasa manis tu hilang dengan buah strawberry yang masam masam manis. l
Credit pada KakYah sebab saya ambil resepi dalam blog beliau.
Chiffon custart caramel
A- 50 gm gula dibuat gula hangus (menggunakan bekas untuk
kek - goreng gula hingga hangus dan
diangkat)
3 biji kuning telur
40gm gula pasir
1 cawan susu cair
1 sudu besar kastad
Bahan di atas kecuali gula hangus dicampurkan kesemuanya
dan dikacau sebati.
Masukkan ke dalam bekas gula hangus tadi dan bakar ia
dengan cara steam bake (guna satu bekas yang berisi sedikit air dan loyang kek
direndam di dalamnya dan masukkan dalam ketuhar)
Bakar selama 20 minit dengan suhu 190C.
B - 2 biji kuning telur
100 gm tepung naik sendiri
40 gm gula pasir
35 gm minyak jagung
95 gm air
1 sudu teh vanilla
C - 5 biji putih telur(pastikan semasa mengasingkan telur
jangan sekali-kali tercampur sedikit kuning telur ke dalam putih telur)
1/2 sudu teh krim of tartar
Bahan B - digaul sebati.
Bahan C - dipukul dengan kelajuan tinggi sehingga pekat.
Campur bahan C ke dalam bahan B (Ingat proses ini dilakukan
apabila kita lihat masa kat ketuhar kita hampir tamat 20 minit tadi)
Bila masak keremel, keluarkan dan masuklah adunan kek
tadi (kalau nak buat berwarna warni bubuhlah warna mengikut kesukaan dan
masukkan berselang seli..
Bakar dengan cara sama seperti tadi (steam Bake) selama
25 - 30 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari ketuhar dan biarkan seketika sebelum
ditelangkupkan atau dibalikkan.
4 comments:
assalamualaikum...
menarik cara membuat kek ni.. setimpal dengan rasanya yang sangat sedap... pernah wat... anak2 suka sangat...
wasalam Jasnani,
betul tu menarik dan sedap..letak dalam petisejuk lagi sedap di makan hehe.
Warna2 ceria pada kek ....
Salam Noor cayang. Wah, cedap nya... lama dah oven Along tak panas ni....
Post a Comment