Monday, May 13, 2013

Burger black pepper sauce

n

Selamat petang Isnin .........menu makan malam semalam yang ringkas. Sebab semua kekenyangan makan nasi bukhari kat entri sebelum nie. So malam masing masing perut masih penuh tapi saya siapkan juga hidangan ringan ini . Di sebabkan dalam stok doremon saya ada roti Gardenia bun yang lembut ini maka tugas penyediaan menjadi senang . Hirisan ayam masih berbaki saya cuma perlu defrost dan pan fried sebentar je.

Hirisan Ayam
300-400 gm daging ayam segar di potong nipis
2 tsp serbuk lada
sedikit garam
2-3 tbs tepung gandum
2-3 tbs serbuk breadcrumb
1 biji telur kuning

Perap seberapa lama yang suka ...saya perap 1 jam saja. Keluarkan hirisan ayam dari perapan dan masukan kedalam kuning telur yang di pukul dengan sedikit garam dan serbuk lada. Kemudian gaulkan ke dalam adunan tepung bercampur breadcrumb. Agak agak je...keluarkan dan rehatkan sebentar sebelum di goreng pan fried dengan api yang kecil dengan sedikit minyak.

Note: Jika buat banyak setelah coating ayam dgn tepung dan breadcrumb letakan di dalam tray biskut masukan kedalam petisejuk beku sebentar. Setelah daging ayam keras baru keluarkan dan susun dalam bekas berlapikan kertas surih atau plastic kecil.

Bahan sampingan atas burger saya mengunakan bawang besar yang di goreng dengan sedikit minyak dan sos maggi ...sedikit je penambah perisa. setelah bawang layu boleh angkat .

Sos lada hitam

1 biji bawang merah - di cincang halusam
1 ulas bawang putih - di cincang
3-4 tbs lada hitam- di tumbuk halus atau guna serbuk.
gula merah - nie agak agak ye...tak mau pedas masuk lebih
sedikit garam
sedikit tepung
sedikit kicap pekat
200 gm air

Tumis cincangan bawang sehingga layu masukan sedikit tepung kacau sebentar hingga bau tepung hilang masukan air ( stok dari ayam pun ok)
Kacau dan biarkan mereneh masukan lada hitam, gula merah ,garam dan kicap. Sesuaikan rasa ikut kepekatan yang sesuai. Jangan terlalu cair dan pekat sangat.

No comments: