Friday, May 31, 2013

blueberries cheese tart

Assalamualaikum ...minggu terakhir dalam bulan May...cepatnya masa berlalu. Hampir seminggu juga cuti sekolah dah berlalu tinggal seminggu lagi. Dalam masa cuti sekolah nie juga banyak kita terima undangan perkahwinan. 
Hujung minggu ini juga terdapat undangan dari kawan semasa kami berjiran dulu di Datuk Kramat Dhobby Ghat. Jiran saya waktu kami membesar dulu. Terharu sangat bila sekian lama persahabatan bertaut kembali setelah di usia begini . Hehe tapi bukan dia yang kawin tau sekarang nie musim anak anak pulak yang berkahwin. Berbalik cerita di waktu kecil saya merupakan rakan sekelas dengan adik beliau iaitu Razmi tapi saya rapat dengan kakak beliau. Rindu dan tersangat ingat dapat berjumpa kembali namun apakan daya En.Hb tidak mendapat cuti jadi terpaksa lah saya pendam saja. Apapun saya sangat berharap kita akan dapat berjumpa setelah sekian lama terpisah. ....Insyallah.
Selamat pegantin baru buat anak awak Lin yang bertempat di Dewan Umno Kuala Selangor semuga berbahagia dan kekal hingga ke akhir usia. Amin.


Hari ini saya tak letak resepi hanya gambar saja sebab sebelum ini dah ada resepinya .

No comments: