Monday, January 2, 2012

Kek roti zebra

Kek yang pertama dalam tahun 2012 . Tapi hari ini dah pun hampir dua hari berlalu , cepatnya peredaran masa. Dan esuk anak kita dah mula bersekolah ...tamatlah masa nonton tv larut malam. Tahun ini anak kita bakal menduduki PMR maka siaran Tv pun kena di tapis waktu tertentu saja boleh di buka.
Berbalik pada minum petang tadi kita makan kek rotii yang tak zebra sebabnya celoreng nye tidak kemas . Tapi bagi saya oklah tekturnya agak lembab dan sedikit manis. Next time kena kurangkan jumlah gula jika kita tambahkan coklat pada permukaan kek roti nie. 


 Resepi ini telah di simpan begitu lama dan saya pun dah lupa dari mana sumbernya. Tapi saya pastekan di bawah untuk rujukan .

Kek roti zebra
Bahan:
5 keping roti gardenia*
1 biji buah oren (100g)*
220g tepung gandum
3 biji telur grea A*
1 st baking powder
1/2 st soda bikarbonat
190g gula pasir*
120ml minyak masak*
250ml susu segar/air*
1/2 st emulco coklat


Cara:
1.Panaskan oven 160"C.Griskan acuan bulat 8".
2.Buah oren dicuci bersih,potong kecil2,buang biji & empulurnya.
3.Satukan bahan bertanda* ke dalam mesin pengisar.Kisar halus.
4.Tuang ke dalam mangkuk.Masukkan tepung,bkg powder,soda bikarbonat.Kacau rata.
5.Bahagi kepada 2 bahagian.1 bahagian diberi emulco coklat & yg 1 bahagian dibiarkan pd warna asal.
6.Ambil 3 sdb adunan putih dan tuang di tengah2 loyang.Kemudian ambil 3 sdb adonan coklat dan ompokkan di atas adunan putih tadi.Ulang proses ini sehingga habis.
7.Bakar selama 40 minit atau sehingga masak pada suhu 160'C.Setelah kek masak,biarkan sejuk baru potong.
Pesan:
Saya bakar kek secara steam-bake selama 5o minit.Kemudian bakar seperti biasa selama 10 minit lg kerana saya mahukan kek yang ala baked cheesecake


No comments: