Hari ini cheesecake saya tidak begitu tinggi sebab saya telah kehilangan piring acuan cheesecake yang bersaiz kecil maka beginilah kek saya. Tersangat leper dan tidak menarik walaupun sedap . Jika mengunakan acuan yang bersaiz 6" pasti nampak tinggi gitu....apa pun nanti kena beli ganti yang baru. Puas sudah di cari merata tempat ...mungkin terbuang kot masa mengemas dapur tempohari.
Resepi Durian cheesecake ini di ambil dari blog Aku Zack. Zack nie seorang chef dan saya suka pada kesemua resepinya. Terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kita semua.
Chilled durian cheesecake
Base:
100g biskut marie, kisar halus
50g butter, cairkan
***Gaul rata biskut dan butter. Padat-padatkan pada dasar loyang kek yang telah dialaskan dengan baking paper. Ketepikan dalam peti sejuk.
Durian cream cheese filling:
125g cream cheese, suhu bilik
20g-30g gula kastor, bergantung pada manis buah durian
200g isi durian, boleh dblend halus dulu
175g whipping cream, dipukul hingga mousse state (bertanduk tapi masih lembut, macam meringue soft peak)
1/2sb gelatine Halagel
1sb + 1/2sb air hangat
Durian cream:
50g isi durian manis, hancurkan
50g fresh cream, diputar kaku
***Campurkan kedua-duanya hingga sebati. Masukkan ke dalam piping beg.
Cara:
1. Pukul cream cheese dan gula hingga gebu.
2. Masukkan isi durian, gaul hingga sebati.
3. Masukkan gelatin ke dalam cawan/bekas kecil berisi air hangat. Biarkan 5 minit untuk ia mengembang, kemudian cairkannya secara double-boiler atau guna microwave oven. Ketepikan.
4. Pukul whipping cream hingga pekat dan gebu, seperti mousse. Jangan overbeat!
5. Masukkan gelatin ke dalam adunan cheese, gaul sebati. Masukkan whipping cream tadi, kaup balik hingga sebati.
6. Tuang adunan ini ke dalam loyang. Sejukkan dalam peti sejuk beberapa jam (ku 4 jam) atau hingga cheesecake keras.
7. Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada keliling loyang 2-3 kali. Guna suhu paling perlahan. Keluarkan cheesecake dan alihkan ke atas cakeboard menggunakan spatula besar.
8. Hiaskan atasnya dengan durian cream dan sedia dipotong.

2 comments:
Heaven!
Wah, ada ciskek duyan.... dap2!
Post a Comment