Sajian simple lunch hari ini. Lagipun hari ini si Yonyon ada kelas tambahan sampai jam 12 tengahari . Selepas itu dia akan ikut kengkawan ke surau di kawasan Laguna Merbuk untuk solat Jumaat baru lah abah dia akan jemput dari sana.
Waktu di jemput pulang abah nya singgah di kedai basikal untuk membeli basikal fixed gear yang di idam idamkan itu. Dan yang paling lucu sekali dia siap berjanji dengan menulis nota ringkas sebab dan mengapa dia perlu basikal ini sebagai hadiah. Ummm berhari jugalah abah dia fikir nak beli ke tidak sebab dah ada basikal mountain bike malah basikal elektrik pun dah ada. Membazirkan jika di ikutkan kehendak. Tapi itulah yang dia sangat harap.
Mungkin abah dia kesian kot sebab sampai tulis nota siap di susun kata kata...this year nak perform PMR . Entahlah harap dia dapat kotakan janjinya lagipun selama berpindah ke sini dia tidak mempunyai ramai kawan dan keluar nonton wayang pun ...hihi kita lah teman kan.
Sebenarnya saya risau juga jika dia nak keluar kesana kemari tanpa tujuan ...pergaulan bebas mengundang masaalah...jadi saya temankan setakat usia begini. Tak salahkan.....wah...panjangnya kita cerita..
e.
Sambung cerita masakan pulak.....lauk nie di makan dengan nasi putih dan sambal belacan serta ikan bersos lemon. Lauk nie tak sempat saya nak snap ...lapar next time jika saya masak saya snap ye. Daging yang di goreng mengunakan butter dan mixed spice sangat lah sedap...sedap makan sekejap saja habis. Untuk dinner kita tak pasti lagi nak masak apa malam nanti.
1 comment:
Akak kalau yang ini tak suka kuah..akak suka makan kering gitu..sedap dan memuaskan
Post a Comment