Friday, September 11, 2015

Bawal goreng air asam


Ikan bawal hitam yang masih segar terasa manis jika di goreng begini saja. Jadi lunch tadi saya nak makan ikan goreng dengan nasi putih macam di restoren jual. 
Selalu juga saya makan di restoren yang menjual secara set ..nasi putih bawal goreng bersama sambal kicap .
Ummm tak perlu letak resepi kan sebab senang sangat...yang penting dalam menu ini adalah air asamnya perlu ada Ummph baru terasa bila mencicah isi ikan .
Tambahan pula ada air limau serta sedikit taburan daun ketumbar terasa kesedapan nya.



kerabu kacang botol dgn tauge


Tengahari tadi teringin nak makan kerabu . Kacang botol yang mulanya di beli untuk di buat ulam sudah terfikir untuk di jadikan kerabu . Lama juga tak buat kerabu mentah . Apalagi tauge yang di beli untuk buah kue teow pun kita ambil sikit hehe asalkan dapat semangkok jadi lah . Bila kita teringin rasa tak sabar pulak nak makan . Pernah juga beli di kedai tapi mereka buat kacang yang telah di celur rasanya lain ..lembik saya suka jenis kruncy .Bila teringat kerabu saya ingat pula pada arwah ibu...rindunya terasa..semuga arwah di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.Al;Fatihah..



Resepi saya senang saja hanya beberapa benda .

5-7 batang kacang botol
secekak tauge
1 labu bawang merah - di hiris nipis
3 biji cili merah
6 biji cili padi 
sedikit belacan
sedikit udang kering- direndam dgn air panas terlebih dulu biar kembang
sedikit kerisik
air asam jawa 
air limau nipis

Bersihkan kacang botor serta taugeh kemudian kacang botor dipotong nipis , ketepikan dulu . Udang kering direndam sekejap dalam air panas dan ditos . Tumbuk lumat semua cili merah dgn belacan dan udang kering . Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas yang sesuai kemudian gaul semua bahan dgn kacang botor , bawang besar , taugeh , garam / gula , jus limau nipis dan kerisik . Gaulkan semua bahan sehingga cukup mesra dan rasa jelatah jika ada bahan terkurang boleh la ditambah lagi . Kalau suka pedas boleh ganti cili merah dengan cili api 

Thursday, September 10, 2015

Daging goreng kicap


Menu tengahari tadi merupakan daging goreng kicap . Salah satu hidangan saya dan amat di gemari satu masa dulu. Sekarang saya kurangkan permakanan daging untuk kesihatan ..sebulan ataupun dua minggu sekali.
Daging goreng kicap walupun simple nampak tapi kena dengan cara memang boleh habis dan bertambah nasi . Saya suka jika daging di goreng kering di selaputi air asam memang terasa kesedapan . Pernah juga saya tambahkan dua tiga bahan seperti kentang yang di goreng dadu dan di masukan di akhir masakan tapi jika hidangan itu tidak habis ..keesukan harinya terasa kurang sedap dengan hanya ramuan simple dapat bertahan dua tiga hari ...jimat kan. Al maklum lah sekarang nie kita kena mengambil langkah berjimat cermat demi mencukupi keperluan sehingga hujung bulan .

Ok sesiapa yang nak ikut stail saya boleh lah lihat resepi yang simple ini ..

1/2 kg daging isi ..di potong kiub
3 ulas bawang putih  #
3 ulas bawang merah #
1 inci halia #
sedikit jintan manis  #     bahan yang di kisar
2 tangkai daun bawang dan sup
sedikit garam dan gula
sedikit air asam jawa
kicap secukup hitam 
serbuk kunyit

Penyedian:

Tumis bahan yang telah di kisar dengan sedikit minyak sehingga wangi.
Masukan daging yang telah di gaul dengan serbuk kunyit.
Goreng sehingga air daging mengering dan empok.
Setelah itu perisakan dengan air asam dan kicap .
Renihkan sehingga daging betul betul kering masukan sedikit garam dan gula.
Sebelum api di tutup masukan daun bawang dan sup. Hiasalah dengan hirisan bawang besar .

Wednesday, September 9, 2015

Nona manis

Kuih muih amat jarang saya buat sebab ahli dalam rumah saya kurang berminat ,hanya saya seorang saja yang ada kala teringin nak merasa kuih muih . Dulu saya pernah buat kuih ini ...dah lama dah tiba tiba hari ini teringat pula pada si Nona Manis semanis nama yang di berikan memang sedap 

Resepi ini saya sunting dari blog  warisan mama .Saya lampirkan resepi di sini pada yang ingin mencuba .





Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan ita guna santan KARA ~ campur air sikit jadikan 1 cawan
1 cawan tepung gandum

Pukul telur hingga kembang.
Ita masukkan telur dalam blender sahaja dan putar
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata.
Bila dah siap ketepikan

Bahan B
1/2 cawan santan pekat ~ ita guna KARA
1/2 cawan air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple
sedikit emalco pandan (optional)

Ambil  5 helai daun pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
Satukan air pandan dan santan
Kemudan campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan ( optional ) dan sedikit pewarna hijau apple jika warna hijau pandan kurang menyerlah.
Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat

* Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih

Bahan C

1 cawan santan pekat ~ ita guna 1 kotak santan KARA campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula ~ yang ni ita tak letak
1/2 sudu teh garam
Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat

Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )

Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
Susun dalam kukusan
Kukus selama 7 ~ 10 minit

Angkat dan biarkan sejuk sebelum di kluarkan

Friday, September 4, 2015

Pizza


Kelmarin petang seharian mendung di sebabkan cuaca berjerebu yang agak kritikal . Memang terasa malas nak keluar rumah untuk membeli makanan untuk minum petang . Ketika itu nampak hari pun macam nak hujan dan akhirnya hujan turun juga selepas asar petang khamis . Alhamdulilah jerebu yang tebal itu pasti berkurangkan .
Ok berbalik kepada pizza ..saya mengunakan doh pizza yang simple dan selalu saya mengekalkan doh ini dan kadangkala saya cuma tambahkan tepung sagu ketika mencanai pizza untuk mendapatkan pizza yang crusty pada sebelah bawah macam pizza domino .
Pizza ini saya canaikan senipis nipis nya sebab saya suka makan pizza jenis nipis dan cruncy ...so kena makan semasa masih suam ...sedap tau.
Topping atas pizza pula saya gunakan hotdog, lada bengala ,bawang kuning dan daun thyme segar serta buah tomato yang di potong kiub . Kesemua bahan saya goreng dengan sedikit minuak zaiton sehingga agak garing eemm saya suka dengan baunya yang wangi . Biarkan inti sejuk sementara menunggu doh naik dua kali ganda.
Canai dan letakan sos tomato sebelum taburkan bahan topping dan taburkan dengan cheese . Ikut suka nak guna seberapa jenis cheese yang ada kat rumah . Saya mengunakan mozarella dan parmesan cheese dan juga slice cheese berbeku yang saya panaskan dengan sedikit susu . Biarkan sedikit cair dan tuangkan ke atas pizza dan bakar 180 15-20 min bergantung pada oven .
Setelah masak saya spray dengan sedikit minyak zaiton ...yang nie saya nampak budak budak pizzahut buat ...jadi saya follow ..hasilnya pizza saya nak berkilat macam sedap sangat hehe.
Hari ini pizza saya buat semalam nak pun habis dan petang tadi saya buat apam polkadot pulak ...tunggu nanti jika sempat saya letak jika saya tak letak bermakna apam tu dah habis .