Monday, September 8, 2014

Donat gebu pandan

 Pertama kali membuat donat perisa pandan ...sedap dan wangi . Donat ini saya buat dan saya cuba sejuk bekukan dua tiga hari lepas . Saya nak lihat bagaimana kejadian akhirnya ...boleh ke tidak di makan almaklum saya buat untuk diri sendiri saja dan tid ak ikut mana mana kelas. Resepi pun kiriman rakan rakan fb saja. Alhamdulilah donat saya menjadi ...saya keluarkan dari sejukbeku dan nyah beku sebentar. Agak 30 min air berpeluh keluar saya lapkan dengan tuala kertas sebelum mula mengoreng. Minyak pula saya panaskan secara sederhana selepas masukan bahan gorengan saya perlahan kan api biar stabil dan masa rata dan masak di dalam.  Selepas goreng nampak keperangan ...siap .
Donat ini waktu saya buat tempohari ...selepas donat terbentuk dan kembang saya panaskan mjnyak dengan api yang sangat minimal dan gorengkan donat satu persatu . Saya goreng sebentar saja untuk mematikan yis dan angkat serta keringkan minyak. Setelah sejuk barulah saya susun atur dalam bekas .



























Resepi saya ambil dalam fp ..kuih muih .

 Donut gebu pandan
2 paket yis mauripan
¼ cawan air pandan/pandan paste
1 cawan susu segar pada suhu bilik(panaskan sedikit
) ½ cawan gula halus
Secubit garam
 2 biji telor
 1/3 cawan shortening
6 ½ cawan tepung gandum
Cara-cara
1.Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk/ mixing bowl, biar 5 minit atau sehingga berbuaih 2.masukkan susu, gula, garam, telor, shortening dan tepung.
3. Gaul sebati dan uli sehingga menjadi doh.Uli lagi sehingga permukaan menjadi licin dan tidak melekat di tangan.
 4.Tutup mixing bowl dengan kain lembab dan biarkan sehingga naik 2 kali ganda.
 5.Terap guna acuan dan tutup donut dgn kain kering dan rehatkan selama 30 minit atau sehingga donut naik 2 kali ganda.
6.Goreng dgn api perlahan.

*air..optional…tambah ikut kelembutan* Donut gebu stobery 2 paket yis mauripan ¼ cawan air suam 1 cawan susu segar pada suhu bilik(panaskan sedikit) ½ cawan gula halus Secubit garam 2 biji telor 1/3 cawan shortening 6 ½ cawan tepung gandum 1 sudu teh stobery paste Cara-cara 1.Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk/ mixing bowl, biar 5 minit atau sehingga berbuaih 2.masukkan susu, gula, garam, telor, shortening dan tepung. 3. Gaul sebati dan uli sehingga menjadi doh.Uli lagi sehingga permukaan menjadi licin dan tidak melekat di tangan. 4.Tutup mixing bowl dengan kain lembab dan biarkan sehingga naik 2 kali ganda. 5.Terap guna acuan dan tutup donut dgn kain kering dan rehatkan selama 30 minit atau sehingga donut naik 2 kali ganda. 6.Goreng dgn api perlahan. *air..tambah /kurangkan ikut kelembutan..tambah sikit demi sikit* sama teknik mcm buat donut yg lain...cma mgkin dr segi resepi yg menggebuskan lg donut tu...donut ni ble buat frozen jgk...bila doh dh naik..msk setgh masak..toskan smpai btol2 kering....then maskkan dlm zip lock beg to..smpan beku....then bila nk guna..defrost kejab..goreng balik mcm biasa....donut ni wlupn goreng wktu pagi..smpai wktu petang..in shaa Allah....masih lembt lgi....in shaa Allah

* Bila dah uli hingga doh sebati, Shima bahagikan beberapa bahagian n buh emulco atau paste n pewarna..


2 comments:

Sweet red cherry said...

menarik..x pernah lagi makan donut pandan..mesti sedap ni

Ayam said...

Bbwana >> cuba lah tak rugi sedap n wangi