Saturday, September 13, 2014

kepingan roti berinti daging


Hari hari bersarapan roti agak boring juga . Buat itu ini untuk menyedapkan tekak ..alhamdulilah hari ini saya try buat cara nie pulak ilham dari Anis dalam rancangan icip icip. Tapi dia punya version tu nampak serba lengkap berbanding saya buat ....saya mengunakan apa yang ada dalam freezer saja. 
Ok dengan roti gardenia yang di buang tepi tinggal putih...tapi saya tak buang langsung saya potong empat dari sekeping roti . Nampak comel gak senang nak makan dan goreng . 
Untuk bahan intinya saya mengunakan :
3 keping daging burger  yang di cincang halus
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit serbuk cili - ikut suka nak pedas 
daun sup atau ketumbar .
sebiji telur di pukul 
Bahan bahan di atas ini di campurkan menjadi pes dan letakan di atas kepingan roti .
Kemudian.

2 sudu besar tepung gandum +serbuk penaik  
sedikit garam -sedikit je
air .secukup untuk di jadikan larutan yang tidak terlalu cair dan pekat .

Panaskan minyak untuk  mengoreng (sederhana panas) ambil roti yang telah di letakan inti dan lalukan di dalam larutan tepung serta masukan cepat cepat kedalam kuali  dan goreng sehingga keperangan . Bau harum satu dapur yum nyum. 

Hidangan yang sedang simple serta ringkas di sediakan jika ada tetama datang secara mengejut adalah juga menu simple selain dari roti kering kan.


No comments: