Sunday, July 28, 2013

Nasi hujan panas & ayam tandoori

Alhamdulilah baru pagi ini dapat membuka blog catatan masakan. Keletihan berpuasa tidak juga cuma masa untuk di kongsi di sini terlalu sedikit. Tapi di pagi ini agak lega sedikit sementara tunggu butter ku dalam temp rendah maka dapat lah kita mengemak kini apa yang tertinggal. 
Ini menu ulangan yang sering kita masak pada waktu berbuka . Jika nasi putih anak saya rasa macam tak best saja tapi bila saya masak nasi jenis berperisa macam nie laju saja makan. Apapun untuk bersahur nasi jenis nie kurang sesuai sebab takut dahaga air pada waktu siang kan.
Sebelum nie semua nasi dah round up nasi jagung,nasi kacang nasi minyak,nasi beraini,nasi lemak dan hari nie nasi hujan panas  pulak .
Lauk pun dah dua tiga kali round out kali keberapa ...dah lupa sebab tak catat harian di sini...alahai sebab masa terlalu cepat itu ini nak di buat. 
Resepi saya tak letak sebab dah ada sebelum ini. Dan hari ini saya baru nak memulakan proses membuat cookies raya pulak. Cadang nak buat 4-5 jenis je tapi tengoklah jika rajin....setiap cookies hanya satu bancuhan last last jadi berderet derat botol pulak.

Ayam tandoori sebelum di grill dalam oven . Warnanya merah garang gitu ....tapi jangan bimbang tak pedas. Saya buat 3 portion saja....sorang satu macam yang di jual di kedai mamak. Hehe rasa seronok sangat bila hidang je dah habis ...jadi tak membazirkan .


Sunday, July 21, 2013

Murtabak roti











Hari ini saya mencuba resepi dari roti pula . Sebelum ini saya pernah cuba buat gunakan biskut cream crackers . Selepas berbuka tadi benda yang pertama saya capai selepas minum adalah murtabak.
Teringin benar nak makan camana lah rasanya....hehe.
Setelah menikmati murtabak ini ...rasanya sedap juga. 


























Murtabak roti
*12 keping roti  
* 1 biji bawang besar dipotong dadu
* 2 ulas bawang putih potong halus
* 1 paket daging hancur(Ramly burger)
* 1 biji cili merah potong halus
* 3 1/2 sudu besar rempah kurma
* 1 biji ubi kentang dipotong dadu
* 5 biji telur
* 2 cawan susu segar
* 1/2 paket cheese mozarella
* sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak inti
1- panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga retbit bau.masukkan pula rempah kurma yang dibancuh bersama sedikit air.Goreng hingga garing.
2- Masukkan daging hancur kedalam kuali dan kacau hingga air agak kering.Masukkan pula bawang besar,cili merah dan kentang.Kacau biar sebati.
3. Masukkan kiub ayam dan kacau lagi.Masukkan pula lada putih.kacau dan biar sampai kentang empuk dan daging agak kering.Angkat dan sejukkan.

Cara menyediakan murtabak daging
1- Kocok susu,telur dan 1 sudu kecil garam hingga sebati
2- Celupkan 4 keping roti kedalam campuran susu dam atur dlm loyang  4 segi yang telah di sapu dengan butter.Tuang bahan inti diatas roti dan ratakan.

3' Ulang langkah no 2 dengan roti menjadi lapisan terakhir dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur diatas roti.Taburkan cheese sebanyak yang disukai diatas lapisan roti yang terakhir.

Nasi lemak pandan


Asalamualaikum dan selamat berpuasa hari yang ke 12 Ramadhan. Cepat nya hari hari berlalu. Saya pun dah tak tahu nak masak apa lagi . Sekarang sessi ulang menu pulak dalam seminggu . Jadi untuk memberi kelaianan saya buat nasi lemak warna hijau pulak yang beraroma pandan. Hehe nampak hijau itu menawan kan sampai kan Abahku pun nak ...eeemmm apa pasal nasi nie warna hijau . Apapun menu semalam walaupun simple tapi laku sangat ....cepat habis ...alhamdulilah Amin terima kasih Allah pada rezeki kami sekeluarga pada hari ini..syukur.


 Nasi lemak pandan di padankan dengan sambal tumis udang harimau ,bilis goreng ranggup dan telur goreng. 

Nasi lemak pandan
Sumber : Dapur kakYah

3 cawan beras
2 1/2 cawan santan
4 helai daun pandan(blender dengan 1/2 cawan air dan ditapis)
2 ulas bawang merah(mayang)
2 inci halia(hiris nipis)
Gula dan garam
Setitik pewarna hijau

Masak santan bersama bawang dan halia ,Masukkan juga gula, garam dan pewarna hijau.  Masak sehingga sekali mendidih(bila mendidih terus matikan api) Sejukkan
Basuh beras dan toskan dan masukkan santan yang telah dimasak tadi.  Masaklah dengan cara biasa atau dalam periuk elektrik sehingga masak.

Kuih yang saya beli dari pasar ramadhan ..pertama kali nampak. Bentuk acuan mengikut rupa karipap tapi inti di dalamnya adalah sago yang di perisakan dengan perasa honeydew . Kulit luaran nya berasaskan crepe . Permanis mulut yang sangat manis bila makan makanan pedas nampak macam sesuai sangat hehe dan jika sakit tekak pun boleh makan . Nama kuih ini Alam sari dari penjual itu bila di tanya . 


Thursday, July 18, 2013

juadah berbuka ala kadar


Juadah berbuka kelmarin. Dua tiga jenis saja memadai untuk kami bertiga dan abah yang kini tinggal di rumah kami . Semalam abah tidak pun menjamah nasi yang di sedikan sebab abah nak makan nasi ulam tapi tersilap cakap nasi kerabu. 
Bila dah beli nasi kerabu barulah dia sedar permintaan dia bukan nasi kerabu . Amat susah juga nak membeli nasi ulam sebab nasi ulam yang sudah bercampur ianya akan cepat basi . Jadi peniaga yang menjual nasi ini tidak banyak . 
Insyallah jika dapat ku temui ulam ulaman yang sesuai akan cuba buatkan untuk abah . Seringkali jua abah mengingatkan kenangan puasa bersama arwah emak . Arwah emak dulu setiap kali puasa akan sediakan nasi ulam untuk berbuka jadi ini tahun pertama abah jadi tak keharuan sikit. Hampir setiap kali berbuka dia akan bercerita itu ini...kami dengar saja lah luahan hati abah .



Karipap sardin sempat juga di sedikan jam 5 petang baru teringat nak makan karipap haha . Pastry yang sangat ranggup hanya campuran majerin dan air bergaram saja . Hasilnya kulit karipap bila di goreng nampak gebu dan naik sedikit . Alhamdulilah rezeki kami semalam da hari ini entah apa pulak nak masak . Dalam fikiran plan nak masak nasi tumis daun kari dan ayam bakar rosemarry je ....insyallah.

Monday, July 15, 2013

Daging merah Ala Thai


Kastad buah peach menjadi pilihan berbuka. Hari ini masih berbaki jadi tak perlu buat yang baru sebagai pemanis mulut .  Sejuk tekak bila dapat menikmati puding .  Ilham spontan bila terlihat blog Ct.Delima menyediakan puding ini dah nampak teringin pulak . Apalagi jika barang yang nak buat pun ada lagipun senang nak di sediakan.  
Antara hidangan lain saya buat  masakan daging  sedikit pedas dan manis ...laju je makan ,ga
Daging merah Ala Thai memang best untuk berbuka maupun bersahur.

Daging merah ala thai

Bahan-bahan:
1/2 kilo daging - dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah
2 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili api - diketuk (terpulang kepada citarasa masing-masing, nak pedas tambah lagi, tak nak boleh kurangkan)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut - dikoyakkan
2 batang serai - dititik
Kacang panjang - dipotong memanjang (terpulang, nak letak boleh, tak nak pun tak mengapa)
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Sedikit tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah

Cara membuatnya:
Panaskan minyak. Goreng daging sebentar dan ketepikan.
Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cili kering kisar.dan masak sehingga terbit minyak.
Masukkan sos cili, sos tomato, dan sos tiram dan sedikit air diikuti dengan daun limau purut dan serai. Kacau rata.
Kemudian masukkan garam, gula, dan ajinomoto Kacau sebentar, kemudian masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama kacang panjang, bawang besar, dan cili padi.
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau.
Setelah kuah nampak pekat, boleh diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih.ahan-bahan:
1/2 kilo daging - dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah
2 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili api - diketuk (terpulang kepada citarasa masing-masing, nak pedas tambah lagi, tak nak boleh kurangkan)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut - dikoyakkan
2 batang serai - dititik
Kacang panjang - dipotong memanjang (terpulang, nak letak boleh, tak nak pun tak mengapa)
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Sedikit tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah

Cara membuatnya:
Panaskan minyak. Goreng daging sebentar dan ketepikan.
Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cili kering kisar.dan masak sehingga terbit minyak.
Masukkan sos cili, sos tomato, dan sos tiram dan sedikit air diikuti dengan daun limau purut dan serai. Kacau rata.
Kemudian masukkan garam, gula, dan ajinomoto Kacau sebentar, kemudian masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama kacang panjang, bawang besar, dan cili padi.
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau.

Setelah kuah nampak pekat, boleh diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih.

Saturday, July 13, 2013

strawberry mousse


Alhamdulilah sudah 3 hari berpuasa dan hari a beke 4 cepat waktu berlalu.  Menu semalam pun kita masak simple saja. Lama tak masak kari ikan teringin lah pulak. Apapun kita masak dalam kadar sedikit saja bersama ikan kembung bersambal dan sayur kobis crabstick . Sahur pulak hanya makan roti canai yang di beli dari kedai mamak dan mee sup buatan sendiri . Pagi  pagi menjamah sup yang panas dengan sedikit mee terasa lega nya perut . a
Apapun saya letak pemanis mulut saja di sini. Abah cakap sedap macam ice-cream pulak. 


Strawberry Mousse
Bahan-bahan  

1 sd kecil  gelatin
5p ml air panas
200g strawberry
70g gula
200ml fresh cream/whipping cream
3 sdb susu pekat – saya letak agak aga je
1 sudu besar lemon jus
Biskut lady fingers - dipotong dua dan di celup dgn puree strawberry

Cara-cara

Campurkan gelatin dengan air panas. Kacau biar gelatin tak nampak ketul-ketul.
Buah strawberry di potong kecil dan di kisar bersama gula dan sedikitair lemon . ( sedikit puree di simpan utk celup dgn biskut -belum di campur gelatin )
Masukan campuran gelatin kedalam puree dan sebatikan .
Whipping cream di pukul sehingga kembang  baru lah di masukan susu pekat .  a Setelah kembang masukan campuran puree kedalam whipped cream secara kaup balik sehingga sebati.
Boleh di letakan kedalam acuan atau gelas kecil dan di hidangkan sejuk .

Nota: Biskut di celup dgn puree dan di letakan sebagai base .
Lebihan puree juga boleh di titiskan ke atas mousse ketika waktu hidang .

Friday, July 12, 2013

salad kacang kuda













Hari ini saya nak letak entry mengenai salad kacang saja. Selalunya saya bila masak nasi berperisa nie mesti ada jelatah timun atau air asam pelbagai . Tapi hari ini teringat nak match nasi kacang kuda dengan  salad kacang memandangkan ada lebihan kekacang . am maJika tidak di gunakan pastinya terbuang ....sayangkan. Hidangan nasi kacang kuda itu di makan bersama ayam masak merah ...satu menu yang selalu saya makan . Jadi saya letak resepi nie lah pulak.  Bagi saya ianya sangat sedap di makan dengan nasi dan kuah. Jika di ratah saja pun sedap juga tapi saya letak lebihan salad dalam roti dan di makan tika bersahur tadi.

Salad kacang rebus

Kacang kuda - yang telah di rebus
sedikit timun
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sdb serbuk lada hitam
1 sdb serbuk cili kasar
setangkai daun ketumbar- di cincang halus

Bahan ini di campur semua 

Dressing
1 sdb olive oil
2 sdb cuka
1 sdb sos ikan
1 tbs air perahan limau nipis
sedikit garam dan gula

Dressing ini di tuang atas campuran kekacang ketika saat untuk makan ...barulah nampak segar .

Thursday, July 11, 2013

menu iftar

Selamat berpuasa buat pengunjung blog saya. Hari ini puasa pun dah masuk hari kedua.syukur pada Allah harap puasa tahun ini di permudahan ...Amin .
Catatan masakan agak sepi sejak kebelakangan ini sebab kekangan kerja serta kesihatan .Alhamdulilah beransur pulih .
Ok menu iftar saya pada Ramadhan kali ini lauk simple saja. Inilah tahun pertama kali Abah berpuasa tanpa emak dan saya tidak mahu abah keseorangan bersahur maka saya jemput abah tinggal dengan saya . Abah nampak sedih jua waktu makan bercerita detik bersama arwah emak pada tahun lepas . Emak pergi meninggalkan kami semua pada shawal 27 . Al Fatihah buat arwah emak.


Kenangan shawal ke dua tahun lalu ...sedih sangat bila manatap gambar ini . Sekarang bila menatap gambar ini ,,,baru perasaan ada kelainan pada wajah emak yang kami tidak perasaan.


Bubur nasi kanji berlada hitam di buat untuk abah , memandang hari pertama memang elok untuk penghadaman yang sempurna. Abah memang suka makan bubur nasi kanji tak kira jika di buat kosong pun dia suka. Tapi hari ini saya ikut permintaan abah untuk kurangkan santan sebab dia suka makan jenis tak bersantan. Jadi waktu masukan santan itu saya letakan sedikit saja.
Bubur nasi ini adalah jenis yang rebus dan tidak ada tumisan. Hehe apapun saya gemar yang di tumis dulu dan di goreng dengan segala rempah ,barulah di masukan beras.


Ini antara yang saya masak ,siput lala berkuah tomyam . Ini antara kesukaan anakku ..yoyon. Siap muka happy saja bila saya masak siput lala ,memang kebetulan waktu saya ke pasaraya ternampak siput nie dalam bekas yang besar agak tersorok sedikit jadi kuranglah orang membeli dan kebetulan saya ternampak pulak kira rezeki saya.
s

Kurma daging menjadi pilihhan untuk suami pulak...so masing masing ada menu kesukaan. Kurma daging berempah ...siap habis sebelum masuk sahur. Alhamdulilah waktu sahur tadi saya kena masak menu lain ...hehe simple saja lauk sardin berkuah asam .
Dalam kurma daging ini saya letakan sedikit puree tomato ...jika tak ada puree boleh letak sebiji tomato di buang kulit dan di hancurkan dulu sebelum di masukan dan rempahnya pula saya gunakan rempah kurma dan di tambah sesudu serbuk paprika untuk mendatangkan rasa pedas .


Thursday, July 4, 2013

chill cheesecake

Cheesecale yang telah di buat pada hujung minggu lalu hehe baru hari ini nak letak entri kek.  
Saya buat saiz kecil je sebab saya seorang yang suka makan berhari hari . Jika saiz besar susah nak simpan dalam petisejuk .
Resepi chill cheesecake ini simple jadi saya tak letak kat sini...hehe boleh goggle sebab banyak jenis yang berlainan topping .





Wednesday, July 3, 2013

kuih lapis


Asalamualaikum di petang hari rabu. Petang ini cuaca nampak mendung tapi tidak hujan hanya berangin saja.
Projek kecil di dapur saya hari nie adalah kuih lapis saja.
Saya buat pada kadar setengah adunan saja. Jadikan untuk kami bertiga makan di petang hari.
Senang dan cepat jadi dengan mengunakan resepi Asnidar ini. Terima kasih pada Asnidar resepi ini menjadikan saya lebih baik lagi di dapur .

Saya letakan resepi beliau di sini .

Kuih lapis.
Asnidar Nursamsi

 11/2 cwn t/gandum
 1/2Cwn t /jagung
 1Cwn gula
 1Kotak santan (200ml)
 3cwn air
 Secubit garam
 Warna merah

 Gaulkn semua, tapis. Buat dua bahagian. Satu merh, satu putih. Buat selapis. Kukus 5mnt..dn seterusnya. Satu adunan dapat 25bj.






Tuesday, July 2, 2013

tandoori chicken

Asalamualaikum di pagi selasa...semuga hari ini lebih bak dari semalam.
dan pagi ini saya nak share ayam tandoori yang saya buat dan di makan dengan nasi kacang dhall. Saya dah pernah letak entri mengenai ayam ini.
Hari ini saya letak sekali lagi resepinya yang senang di ikuti . 

Ayam tandoori

1 ekor ayam - di potong 4
2 sdb minyak sapi

Bahan A
2 labu bawang besar
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sdb jus limai nipis
1 sdt serbuk kunyit
1 sdt serbuk cili
250 gm yogurt
Perwarna merah
garam dan gula secukupnya

Bahan B ( Utk bahan terakhir masukan dlm perapan sebelum grill )
6 tangkai cli kering - rebus dan mesin
1 sdt biji ketumbar - goreng sekejap tanpa minyak dan di tumbuk halus. Kesemua bahan ini
1 sdt jintan putih
1 sdt garam marsala

Masukan ayam kedalam mangkuk dan gaulkan dengan bahan perapan A . Perap selama 3 jam.
Kemudian masukan bahan B ...gaulkan sebati
Setelah sebati sapukan ayam dengan sedikit minyak sapi
Susun ayam dalam tray yang telah di sapukan dengan sedikit minyak dan bakar pada suhu 180 selama 45 minit .

Monday, July 1, 2013

Nasi kacang dhall

Hari ini saya masak nasi kacang. Lama juga saya tak masak nasi berkacang begini. Sesekali sedap juga tambah lagi jika di makan bersama sambal tumis ikan bilis  ummmm memang best sangat. 
Tapi hari ini saya tidak makan dengan sambal tumis sebab anak saya nak makan ayam tandoori pulak . Jadi saya masak kan ayam tandoori bersama dengan kual dhall sayur. Ummm dua dua dhall . Lebihan kuah nanti dapat di makan dengan roti canai pulak.

Waktu kecil dulu di dhoby ghat jiran saya selalu berniaga nasi tomato , nasi kacang ,nasi lemuni dan nasi lemak. Setiap hari akan bertukar menu nasi dengan menu kuah yang berbeza. Waktu itu sebungkus nasi bersama seketul ayam masak merah baru bernilai Rm1.20- Rm1.50 . Nasi mummy Aloyah sangat terkenal sedap dan harum sepanjang jalan kesekolah sambil senyum sebab sempat membeli nasi sebagai bekal. Perjalanan ke sekolah dari rumah saya dulu berhampiran penjara P.Pinang ke sekolah saya perlu melalui kawasan hospital , padang polo hujung selekoh baru nampak sekolah ...jika lambat jalan pasti pengawas ambil nama..... Kekadang memang kantoi sebab lewat tapi berbaloi bila dapat makan nasi Aloyah. Nanti saya cerita lagi bab perjalanan kesekolah setiap hari pasti ada cerita lucu,sedih,orang gila terlepas, orang mati terjun hospital dan macam macam lagi . 
Sekarang saya nak letak resepi pulak....


Nasi Kacang Dhall
Olahan: CitarasaKu

4 cwn beras – di basuh dan toskan
1 inci halia   
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 helai daun pandan ( nk bg wangi nasi)
Rempah tumis  - buah pelaga,kulit kayu manis dan bunga lawing
1 helai daun pandan di simpul
3 sudu  besar minyak sapi
1 cwn susu cair
Secukup air …sukat beras dan air
garam secukup  
gula sedikit
2 tbsb yogurt

Bahan yang perlu di rendam.
2 cwn kacang dhall – bergantung pada jenis dhall …rendam sehingga kembang dan rebus .


Cara-cara
 bawang merah & putih ,halia di kisar halus 
Sebiji  bawang di hiris dan ditumis dalam minyak sapi  serta masukan  rempah tumisan .
Biarkan sebentar masukan daun pandan sehingga naik bau . 
Masukan beras yang telah di toskan kacang sebentar . Setelah itu masukan air bersama susu dan sukat beras dan air yang cukup.
Masukan kacang dhall yang telah di rebus terlebih dahulu dan perisakan dengan garam dan sedikit gula.
Setelah nasi masak tuang kan yogurt ke dalam nasi dan gaul sebati dan tutup  . Nasi akan menjadi lebih lembut dan cantik .