a
Asalamualaikum di minggu pertama dalam bulan Jun ...cepatnya masa berlalu. Hari nie dah pun masuk 4 Jun , cuti sekolah tinggal beberapa hari saja lagi. Sepenggal bercuti kami hanya terperuk di dalam rumah saja dan tidak ada plan kemana mana ,maklumlah suami berkerja dan tidak mengizinkan saya kemana mana berseorangan maka kena pandai cari masa sesuaikan diri buat kerja kerja yang tidak membosankan.
Paling tidak kami akan ke Mall saja berdekatan dengan kawasan rumah.
Petang samalam saya pertama kali jejak kan kaki ke kedai 1M berdekatan Cinta Sayang satu kawasan perumahan elit yang baru dalam pembinaaan di kawasan belakang kedai. Saja jalan jalan dan lihat barangan di situ ternyata agak murah berbanding kedai runcit biasa. Ternampak deretan roti dan diantaranya roti perancis apalagi terus saya ambil satu batang. Saya paling suka membeli roti jenis nie sebab boleh buat pelbagai cara . Pulang saja terus saya keluarkan tuna di samping bahan bahan lain . Sedap juga roti dari kedai ini sebab tidak terlalu lembut dan keras ...bila di grill bersama tuna dan cheese memang sedap.
2 comments:
salam..
nampak simple tapi sedap..telan air liur ni tengok.
terima kasih...hehe
Post a Comment