Selamat pagi hari ini dah masuk hari selasa. Cepat nya masa berlalu dan tak sampai 2 minggu lagi Ramadhan bakal menjelma.
Entry pagi ini bukan lah yang terbaru tapi dah berhari hari saya buat waktu melawat abah di rumahnya hari itu. Di sebabkan malas memanjang saya simpan saja hehe pagi nie mood bagus baru letak. No no bukan moody tau...actualy bila saya melekat main game kat pc ....habis lah. semua letak tepi hehe.
Pagi selasa hari saya kena makan ubat dan ubat tu pulak selepas makan harus duduk satu jam tanpa perlu buat apa apa. So untuk habiskan masa saya mula main game.
Sakit....insyallah tak serius sebab saya dalam perhatian doktor ...tulang belakang saya tidak kuat dan tidak di galakan membuat kerja berat ...tu saja....Alhamdulilah saya redha sebab semua ini ada hikmahnya.
Saya mula nampak puding nie dari blog Madiha...teruja sebab nampak cantik sangat lebih lebih lagi bila waktu jerebu begini...dengan tekak yang kesat . Tanpa membuang masa saya pun ambil resepi dan buat. Sedap sangat hehe lega bila dapat menikmati puding ini. Sebahagian puding saya potong dan bawa untuk abah saya...Abah memang suka makan jenis puding asalkan tidak manis. Abah saya walaupun tidak ada kencing manis darah tinggi , diet permakanan nya abah selalu jaga siap beri nasihat lagi suruh saya minum air putih sebelum tidur dan selepas bangun pagi...insyallah saya turut je...nampak juga hasilnya saya bebas dari kedua jenis ini ...Amin.
Terima kasih Madiha dan sumber resepi dari Lina .
RESEPI: SAGO PEARL PUDDING@PUDING SAGU PELANGI
By : Lina pg
Bahan-bahan :
1 cawan biji sagu
1 liter air
20 gm serbuk agar-agar
11/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 tin susu cair
3 jenis pewarna kegemaran
Cara :
1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga
biji sagu menjadi jernih(Saya masukkn beberapa titis olive oil ke dlm air
rebusan sagu)Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk
membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan
warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian
sagu biarkan pada keadaan asal.
3. Masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula
dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1
bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah
dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan
pisau.
6. Cedok 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan ke
dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas
lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan
agar-agar dengan pisau.
7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis
semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...
NOTE:
Untuk setiap lapisan saya masukkan ke dalam freezer
(1-2min) suhu max. Supaya puding cepat membeku
1 comment:
Cantik puding sagu tu...terima kasih sudi cuba
Post a Comment