Sunday, June 16, 2013

herba dalam pasu

Asalamualaikum pada pengunjung catatan harian saya. Agak lama saya tak kemas kini catatan sebab saya kurang sihat dan bila dua tiga hari dah jadi malas pulak. Tapi hari ini saya nak letak kan entri mengenai herba yang saya tanam dalam pasu .
Saya mula menanam herba sendiri sejak awal tahun 2013 sebab sejak kebelakangan ini banyak mengunakan  herba barat dalam masakan jadi untuk mencari yang segar tu saya harus ke pasaraya ternama baru ada. Jadi saya guna kan herba kering tapi saya lebih gemar mengunakan herba segar sebab rasa kesegaran nya lebih tajam .

Daun basil nie sedikit kecil berbanding basil dari Thai yang berdaun sedikit lebar dan besar. Walaupun bersaiz kecil tapi keharuman daun ini agak kuat dan pedas.





Harap daun oregano nie sentiasa segar dalam pasu ...mulanya saya fikir nak ubah pada pasu yang lebih besar tapi saya tidak begitu pasti lalu saya biarkan dedaunnya melimpah keluar. Bila nak guna saya guntingkan pada bahagian yang saya perlu saja. Dan airnya pula saya jirus sedikit sedikit tapi tidak sampai melemaskan akar akarnya. Pernah dulu saya jirus air dengan kadar banyak , akarnya membusuk dan mati. Nampaknya kali ini saya hampir berjaya cuma saya tak pasti cara membiaknya saja. 


Lada capsicum adalah percubaan pertama saya ...emmm saya tak pasti jangka hayatnya lagi . Bila nampak berbuah hati saya turut rasa berbuah suka juga...insyalllah lepas nie saya harap benih tomato saya akan bercambah pulak . Tak begitu pasti berapa lama tempoh semaian ....hehe sabar.

 Thyme dalam pasu plastic ini saya baru beli dari C.H tempohari waktu cuti bersama dengan lavender (bunga) . Herba thyme sangat sangatlah penting bila saya membuat sup barat yang di cicah dengan roti. Harap saya dapat kekalkan hayat pokok renek nie . Saya tak pasti penjagaan yang sesuai tapi saya pastikan saya tidak meletakan air yang banyak pada akar pokok ini . Harap dapat bertahan lama .
Akhir sekali herba rosemary yang wangi dan kuat ini sudah 6 bulan dalam jagaan saya nampak macam segar dan bercambah .


No comments: