Thursday, September 25, 2014

roti sarang lebah....


Petang tadi hujan lebat terasa lapar nak makan sesuatu ...teringat pulak dekat roti nie dalam banyak banyak roti jenis manis nie menjadi pilihan. Selalu saya buat bun sosej,kaya,sambal ikanbilis . Ramai dah pun mencuba resepi Lydia Honey nie sangat menjadi dan saya buat pun alhamdulilah syukur.
Resepi saya tak letak di sini sebab ramai dah tahu....saya sekadar update di sini sebagai ...roti ini saya dah berjaya membuatnya saja untuk rujukan saya.

Tuesday, September 23, 2014

roti pita



Petang semalam projek di dapur....mulanya terfikir nak makan spaghetti saja tapi cancel lah sebab kami berdua saja ada di rumah...nanti tak habis. Kemudian teringat pulak dengan roti pita nie nampak senang cepat dan bahan pun sedia ada maka mula lah proses menguli tepung. Hari nie saya tak guna mesin sebab adunan bersaiz kecil malas pulak nak kotorkan mesin tu .
Roti ini saya mengunakan resepi dari MyResepi. ..

Bahan-bahan ( 8 biji )

200g tepung roti
50g tepung gandum
150g air
5g gula
5g garam
15g olive oil/minyak masak
2.5g dry yeast
Cara-cara

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.
Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit
*** Kalau uli dengan tangan. Guna air suam atau 40C. Adunan ni lembik sket.. jangan tambah tepung. Bila dah siap uli.. penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu bolehlah ikut cara no.2 dan seterusnya

Dan seterusnya resepi inti roti

Inti Daging Roti Pita
Ingredients:-
500g daging cincang
2 sudu besar serbuk rempah paprika
 2 sudu kecil halia kisar
 1 sudu besar bawang besar kisar
 1 sudu kecil bawang putih kisar
 1 biji lada merah dihiris
 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
 garam & serbuk perasa secukupnya


 Daging di cuci serta keringkan air dan letakan sedikit garam serta perisa . Panaskan sedikit minyak dan goring daging sehingga masak . Biarkan sebentar dan boleh lah di hidangkan bersama roti pita. 

Monday, September 15, 2014

cocoaflan


Menerusi Afc ...Maxican makes easy ternampak chef Marcela membuat kek dan lapisan puding nampak sangat lain sekali. Kenapa ye ....bila larutan kek kita letakan di dalam acuan dan lapisan flan pada bahagian atas. Tapi setelah masak lapisan flan akan turun kebahagian bawah dan kek naik ke atas. Humm proses semulajadi la bila mengembang cecair berat ke bawah . 
Apapun cocoaflan nie memang sangat manis jika mengunakan sukatan asal ...rasanya jika ada orang kencing manis janganlah sentuh kek nie. Sebagai pemulaan saya pasti ikut arahan tertulis dan saya memang kena kurangkan bab pengunaan susu pekat dan gula pada tahap secukup rasa. Buat masa nie jika ada orang yang sudi nak buat sila kurangkan sendiri ye..sebab saya pun tak sempat nak buat kali kedua...


Untuk resepinya dalam bahasa english ...maaf ye saya malas nak tukar bahasa dia sebab saya copypaste dari blog itu.

ChocoFlan 


You will need:
• 12-cup capacity Bundt pan
• a roasting pan large enough to hold the Bundt pan
• Softened butter, to coat pan
• 1/2cup store bought cajeta, dolce de leche, or caramel sauce

For the cake:
• 10 tablespoons butter, room temperature
• 1 cup sugar - 3 tbsp saja
• 1 egg, room temperature
• 1 3/4 cups all-purpose flour
• 3/4 teaspoon baking powder
• 3/4 teaspoon baking soda
• 1/3 cup cocoa powder
• 1 1/4 cups buttermilk - saya guna susu ditambah sebelah air lemon dan biarkan sebentar



For the flan:
• 1 (12-ounce) can evaporated milk 
• 1 (14-ounce) can sweetened condensed milk - nanti adjust jadi setengah tin 
• 4 ounces cream cheese, room temperature
• 3 eggs
• 1 tablespoon vanilla extract

For garnish:  - saya terus tak letak sebab terlalu manis
• 1/4 cup cajeta or caramel sauce
• 1/4 cup toasted chopped pecans

Place an oven rack in the middle of the oven and preheat to 350 degrees F.

Thoroughly coat your Bundt pan with butter, then coat the bottom with 1/4 cup cajeta. Place the Bundt pan in a large roasting pan. (The roasting pan will serve as a water bath during baking.)

For the cake: Add the butter and sugar to a bowl and using an electric hand mixer or stand mixer, beat until light and fluffy, then beat in the egg. Sift together the flour, baking powder, baking soda and cocoa in a medium bowl. Beat 1/3 of the flour mixture, and 1/2 of the buttermilk into the egg mixture. Repeat, ending with the flour mixture. Blend until well incorporated.

For the flan: In a blender, combine the evaporated milk, condensed milk, cream cheese, eggs and vanilla. Blend on high for 30 seconds.


Scoop the cake batter into the prepared Bundt pan and spreading evenly. Slowly pour the flan mixture over the cake batter.

Sunday, September 14, 2014

apam nasi


Apam nasi ...nak jamah sebiji dua saja tapi bila buat sendiri jenuh juga nak habiskan. Jadi saya letak dalam freezer je. Nanti nak makan saya panaskan air dan wapkan lagi .
Alhamdulilah menjadi apam saya agak mekar juga. 
Ramai dah pun mencuba buat jadi saya tak letak lah resepi nya , Jika goggle pasti dah keluar berbagai .



Saturday, September 13, 2014

kepingan roti berinti daging


Hari hari bersarapan roti agak boring juga . Buat itu ini untuk menyedapkan tekak ..alhamdulilah hari ini saya try buat cara nie pulak ilham dari Anis dalam rancangan icip icip. Tapi dia punya version tu nampak serba lengkap berbanding saya buat ....saya mengunakan apa yang ada dalam freezer saja. 
Ok dengan roti gardenia yang di buang tepi tinggal putih...tapi saya tak buang langsung saya potong empat dari sekeping roti . Nampak comel gak senang nak makan dan goreng . 
Untuk bahan intinya saya mengunakan :
3 keping daging burger  yang di cincang halus
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit serbuk cili - ikut suka nak pedas 
daun sup atau ketumbar .
sebiji telur di pukul 
Bahan bahan di atas ini di campurkan menjadi pes dan letakan di atas kepingan roti .
Kemudian.

2 sudu besar tepung gandum +serbuk penaik  
sedikit garam -sedikit je
air .secukup untuk di jadikan larutan yang tidak terlalu cair dan pekat .

Panaskan minyak untuk  mengoreng (sederhana panas) ambil roti yang telah di letakan inti dan lalukan di dalam larutan tepung serta masukan cepat cepat kedalam kuali  dan goreng sehingga keperangan . Bau harum satu dapur yum nyum. 

Hidangan yang sedang simple serta ringkas di sediakan jika ada tetama datang secara mengejut adalah juga menu simple selain dari roti kering kan.


Monday, September 8, 2014

Donat gebu pandan

 Pertama kali membuat donat perisa pandan ...sedap dan wangi . Donat ini saya buat dan saya cuba sejuk bekukan dua tiga hari lepas . Saya nak lihat bagaimana kejadian akhirnya ...boleh ke tidak di makan almaklum saya buat untuk diri sendiri saja dan tid ak ikut mana mana kelas. Resepi pun kiriman rakan rakan fb saja. Alhamdulilah donat saya menjadi ...saya keluarkan dari sejukbeku dan nyah beku sebentar. Agak 30 min air berpeluh keluar saya lapkan dengan tuala kertas sebelum mula mengoreng. Minyak pula saya panaskan secara sederhana selepas masukan bahan gorengan saya perlahan kan api biar stabil dan masa rata dan masak di dalam.  Selepas goreng nampak keperangan ...siap .
Donat ini waktu saya buat tempohari ...selepas donat terbentuk dan kembang saya panaskan mjnyak dengan api yang sangat minimal dan gorengkan donat satu persatu . Saya goreng sebentar saja untuk mematikan yis dan angkat serta keringkan minyak. Setelah sejuk barulah saya susun atur dalam bekas .



























Resepi saya ambil dalam fp ..kuih muih .

 Donut gebu pandan
2 paket yis mauripan
¼ cawan air pandan/pandan paste
1 cawan susu segar pada suhu bilik(panaskan sedikit
) ½ cawan gula halus
Secubit garam
 2 biji telor
 1/3 cawan shortening
6 ½ cawan tepung gandum
Cara-cara
1.Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk/ mixing bowl, biar 5 minit atau sehingga berbuaih 2.masukkan susu, gula, garam, telor, shortening dan tepung.
3. Gaul sebati dan uli sehingga menjadi doh.Uli lagi sehingga permukaan menjadi licin dan tidak melekat di tangan.
 4.Tutup mixing bowl dengan kain lembab dan biarkan sehingga naik 2 kali ganda.
 5.Terap guna acuan dan tutup donut dgn kain kering dan rehatkan selama 30 minit atau sehingga donut naik 2 kali ganda.
6.Goreng dgn api perlahan.

*air..optional…tambah ikut kelembutan* Donut gebu stobery 2 paket yis mauripan ¼ cawan air suam 1 cawan susu segar pada suhu bilik(panaskan sedikit) ½ cawan gula halus Secubit garam 2 biji telor 1/3 cawan shortening 6 ½ cawan tepung gandum 1 sudu teh stobery paste Cara-cara 1.Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk/ mixing bowl, biar 5 minit atau sehingga berbuaih 2.masukkan susu, gula, garam, telor, shortening dan tepung. 3. Gaul sebati dan uli sehingga menjadi doh.Uli lagi sehingga permukaan menjadi licin dan tidak melekat di tangan. 4.Tutup mixing bowl dengan kain lembab dan biarkan sehingga naik 2 kali ganda. 5.Terap guna acuan dan tutup donut dgn kain kering dan rehatkan selama 30 minit atau sehingga donut naik 2 kali ganda. 6.Goreng dgn api perlahan. *air..tambah /kurangkan ikut kelembutan..tambah sikit demi sikit* sama teknik mcm buat donut yg lain...cma mgkin dr segi resepi yg menggebuskan lg donut tu...donut ni ble buat frozen jgk...bila doh dh naik..msk setgh masak..toskan smpai btol2 kering....then maskkan dlm zip lock beg to..smpan beku....then bila nk guna..defrost kejab..goreng balik mcm biasa....donut ni wlupn goreng wktu pagi..smpai wktu petang..in shaa Allah....masih lembt lgi....in shaa Allah

* Bila dah uli hingga doh sebati, Shima bahagikan beberapa bahagian n buh emulco atau paste n pewarna..


Friday, September 5, 2014

nasi arab vs Kabsa

Waa sudah lama tak makan nasi arab terlalu merindui nasi berempah ratus ini . Satu hidangan yang menjadi kemestian buat semua para Haji Haji jika ke Tanah Suci pasti dapat menikmati isajian makanan pak arab. Hehe bila teringat kisah nie saya mesti senyum sorang sorang alkisahnya semasa di Taif. Kami di bawa berkunjung ke sebuah restoran private untuk makan tengahari . Lapar memang lapar perut berkeroncong nak makan sesuatu yang mengenyangkan sebab sepagi kami setelah berjalan jalan di pasar makan buah buahan. Hehe sebaik saja kami duduk di kerusi empuk kami di berikan satu plastic besar lah juga . Masing masing memandang plastic lutsimar tu errrkk nak buat apa dgn plastic nie ..jawab kawan saya kita buat alas pada baju kot tak mau nasi tumpah so masing masing pegang plastic letak di baju masing masing ... Isshh pak arab tu datang cari plastic tu jeling jee dia pun datang kembali dengan plastic lain dan letak tengah meja dan tuangkan nasi dari dulang yang penuh dengan lauk pauk. Haaaa malunya kami rupa rupanya sebagai lapik nasi ...baru tahu. Well apapun kami makan berselera sekali sedap tau makan stail begini. macam kenduri orang jawa pulak.

Berbalik pada hidangan saya ....saya masak mengunakan rempah yang di beli dari kedai mamak dekat kepala batas . Sedap bau harum rempah rempah ini .

Ayam ini telah di rebus dan di ambil stok ayam untuk di masak nasi . Ayam yang telah di rebus kemudian nya di perap dengan rempah kabsa .lada hitam.garam .serbuk paprika . Lumurkan pada semua bahagian ayam dan letakan sedikit minyak zaiton ,yogurt dan sedikit perwarna merah . ( rasanya boleh di pelbagai rempah ratus ikut kesukaan )  Kali ini saya lebihkan rasa rempah . Hasil setelah di grill nampak cantik berseri  sebelum makan picitkan hirisan lemon untuk rasa lemony gitu .....tapi arab version warna kuning ( sebab mereka letak safron )

 Nasi saya masak kali ini nampak sebijik sebijik itu tandanya jadi lah . Saya pernah masak tak ikut petua terus basuh dan masak gitu hasilnya nasi saya pendek serta patah . Hari nie kira menjadi lah juga. Dalam nasi saya letak buah lemon kering...berserta renpah ratusnya . Buah lemon kering warna hitam boleh di beli dari kedai India tapi agak susah nak mencari . Apapun jika ada lemon murah tu beli banyak banyak letak garam dan air (masak sejuk) dan peram dua minggu. Kemudian keluarkan dan jemur di bawah mentari terik tau . Dah kering boleh simpan untuk masak nasi .

 Dalca sayur ..nie bukan sebahagian dari nasi arab tapi anak saya tanpa kuah ....nanti bising kenapa nasi nie kering adoilaaa anak mamak sorang nie mesti kena siap kan kuah. Dalca tumis darat selalunya orang India rebus gitu je tapi saya suka style gini ....wangi sikit.

 Yang ini salad timun bawang beryogurt . Saya pakai letak mix n match . Timun di buang bahagian tengah supaya kurang berair dan saya pandai pandai letak sikit cili melaka ..hehe pak arab mana ada cili kan .  Bila sedikit pedas baru ngam dengan selera.