Monday, August 18, 2014

Mee kari

Masih dalam mood raya walaupun rumah tidak pernah buat open house namun pintu rumahku setiap hari sudah terbuka pada kengkawan untuk datang. Yelah sebagai surirumah kita sentiasa bersedia tapi pada yang berkerja memang wajarlah "beropen house" kan sebab dalam seminggu dua hari je ada di rumah . So tetamu nak singgah kena buat appt dulu tak macam suri rumahtangga sentiasa ada . Jika datang tanpa di dugakan yang pasti ada kuih kering dan air untuk di jamu. 
Hooo berbalik pada mee kari . Eemmm mee kari memang fav kita tambah lagi jika ramuan mee secukupnya memang terbaik la.
Resepi saya guna sangat simple dan senang terima kasih pada empunya resepi yang best ini ..maaf lupa link dari mana . Dalam mee kari ...Daun Pudina memainkan peranan paling penting. Setelah kita letak kuah yang panas panas tu ...kita letak lah beberapa helaian daun pudina ...rasa daun tu menambah lagi kesedapan ...tak percaya cubalah.


Bahan Mee Kari
  • 2 peket mee kuning di rebus. ( kalau jemputan ramai, lebihkan )
Bahan Kuah Mee Kari
  • 1 kg ayam dipotong kecil
  • 1- 2 kg kerang direbus dan ambil isinya
  • 200gm udang ( saya guna udang kulit keras ) – dibersihkan dan kulitnya direbus. Simpan air rebusan untuk kuah
  • 4 keping fish cake dipotong sederhana nipis
  • 1 peket fish ball dibelah dua.
  • 1/2 cawan serbuk kari daging
  • 2 ketul ubi keledek – direbus dan dikisar
  • Garam secukup rasa
Bahan Menumis
  • 3 bawang merah hiris nipis
  • 2 bawang putih hiris nipis
  • halia dihiris nipis
  • bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis
  • Daun kari ( kalau tak ada, jangan risau….mee kari tetap sedap )
  • Minyak untuk menumis
Bahan Tambahan
  • Telur direbus
  • Sawi dipotong dan direbus
  • Taugeh
  • Bawang goreng
  • Cili merah dipotong nipis
  • kacang panjang - di potong 
  • Daun sup & daun bawang
  • Daun pudina ---ketika nak makan 

Cara Masak Mee Kari
  • Tumis bahan tumisan. Bila naik bau, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air
  • Bila dah pecah minyak masukkan ayam. Kacau 3-4 minit.
  • Masukkan air rebusan udang.
  • Bila mendidih, masukkan kerang, udang , fish cake dan fish ball
  • Masukkan ubi keledek yang telah dikisar
  • Masukkan garam secukup rasa.

1 comment:

Nor Dila said...

sedapnya mee kari,,suka mkn me kari..cute blog,,sudi2 follow me..tq ^_^