Wednesday, September 18, 2013

carot sheet cake


Carot sheet cake yng sangat sesuai untuk di makan pada petang hari. Ianya agak simple dan cepat di sediakan dengan deko yang minimal tapi dari segi rasa sama je dengan kek yang di bakar dalam acuan tinggi. Kek yang di bakar dalam tray type cepat di masak dan kita lapiskan dengan cream cheese.

 Carot sheet cake

4 eggs
1 cup vegetables oil 
2 cup granulated sugar
2 cups all purpose flour
2 tsp baking soda
1/4 tsp baking powder
2 tsp ground cinnamon
1/2 tsp salt
3 cups shredded carrot
2/3 cup chopped walnuts

In in mixing bowl, beat eggs,oil and sugar untul smooth.

Combine flour,baking soda,baking powder,cinnamon and salt add to egg mixture and beat well. Stir in carrots and walnuts. Pour into a greased  15 x 10 x 1-inch baking pan. Bake at 350 for 35 min. 
Frost with cheese once cool.


Tuesday, September 17, 2013

Spaghetti Goreng


Salam petang selasa. Pagi tadi saya bersarapan dengan spaghetti . Pelik kan sebenarnya saya teringin nak makan mee maggi....rasanya masih ada dalam simpanan. Cari dan cari yang tinggal hanya lah plastic kosong dalam bekasnya. Disebabkan nak makan juga terpaksa tukar kepada spaghetti yang ada di rak paling atas. 
Apalagi ambil secekak jer dan panaskan air untuk merebus mee . Jika maggi mee cepat di masak tapi jenis begini harus lah tunggu kejap.

 Bergegas keluar rumah gunting sedikit daun oregano dan daun basil  sebagai bahan penyedapnya.

 Spaghetti Goreng

Bahan bahan:
1 pek spaghetti -  guna  secekak utk makan seorang  .rebus ikut pembungkusan ..letakan sedikit garam.

2 biji tomato ceri
1/2 biji bawang besar – di cincang
5 ulas bawang putih – di cincang
 ½ biji capsicum – di potong memanjang
Olive oil untuk menumis
Garam
Daun oregano dan daun basil

Cara cara:
Panaskan olive oil dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah di cincang halus sehingga kekuningan. Masukkan  sosej ayam yang di potong memanjang. Goreng sebentar dan masukan spaghetti . Masukan sedikit air lebihan rebusan . Renih sebentar  sehingga air kering dan masukan tomato ceri.. Perisakan dan sebelum api di tutup masukan capsicum ….siap .


 Nota : versi pedas …tambahkan serbuk cilia tau cili paste dan kicap.



Monday, September 16, 2013

roti berlapis daging




Roti lapis daging menjadi pilihan di untuk di makan waktu petang. Senang dan cepat di sediakan . Saya  buat dalam loyang roti saja cukuplah untuk kami bertiga.
Satu menu yang sangat sesuai di kala  petang dan mengeyangkan.


Roti Lapis Berdaging 

Bahan-bahan

500gm daging ayam burger ..(di biarkan sebentar dan setelah lembut baru di cincang )
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 kiub tomyam
Sedikit minyak untuk menumis
9  keping roti di potong dua
500ml susu segar
3 biji telor
secubit  garam …rasa dulu ye  ..
daun bawang secukupny
Parutan cheese  

Sedikit marjerin untuk melenser
Cara-cara
 Satukan Susu+telor+ garam.
Pukul susu+telor+garam hingga sebati.
Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi.

lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit marjerin dan  susun selapis roti yang di celup larutan susu .
Kemudian letakkan separuh daripada daging  yang telah di masak tadi atas lapisan roti.
Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan  daun bawang selebih bahan daging  dan dilapisan akhir dengan  roti.
Taburkan parutan cheese  .
Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins   .  
Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.  Taburkan lebihan daun bawang ke atas cheese yang masih panas .
Hidangkan bersama sos pedas jika suka.



Saturday, September 14, 2013

ayam tandoori bersama nasi minyak


Makanan tengahari berlauk ayam tandoori dan nasi minyak. Memang ngam kan sekarang nie bila dah boleh buat sendiri ayam tandoori rasa suka sangat sebab dapat makan dengan puas. Jika dulu di kedai nasi kandar selalu  order ayam tandoori bersama roti nan . Sedap kan bila di makan panas panas di samping segelas teh tarik dan harganya pulak Rm8.90 sekarang nie dah naik lagi. 
Nanti boleh buat roti nan pulak, Tempohari kita cuba buat roti nan tapi kurang menarik macam di kedai . Insyallah nak cuba lagi sehingga berjaya .
Resepi untuk ayam tandoori saya dah pernah letak di entri lalu...boleh refer di Sini. 


Wednesday, September 11, 2013

bubur pulut hitam

Keadaan semasa membuat rasa teringin nak makan sesuatu yang panas suam di kala sejuk seluruh alam . Haha di fikiran melayang layang dok teringat nak makan bubur panas . Apalagi terus saja merebus pulut hitam yang tinggal setengah paket saja lagi. Mulanya nampak setin jagung dan sagu halus dua dua pun sedap juga . Tetapi elok kita habiskan pulut yang tinggal setengah tu takut nanti di makan bubuk .
Alhamdulilah tak sampai satu jam hidangan bubur pulut hitam dan tersedia . 


Sunday, September 8, 2013

puding roti pelangi

Petang ini dengan entri puding roti sebagai juadah sejuk menanti kedatangan KakPah jiran lama. Dia datang kerumah sebelum bertolak ke Kl malam ini. Awal lagi dia beritahu jangan sediakan apa apa sebab dia sakit tekak. Jadi saya fikir pudding ini cepat di sedikan dan dapat lah makan dengan selesa...apapun telah selesai dan masih berbaki di dalam petisejuk .
Bermacam macam style orang buat celoreng pada warna pelangi tapi saya buat begini saja....macam zebra pun nampak cantik tapi saya nak cepat tadi .

Ini portion saya makan petang tadi . Terima kasih pada MyR untuk resepi puding yang cepat dan sedap.

Puding roti pelangi

7gm agar-agar serbuk
300 ml air
1 biji telur
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat manis
3 keping roti
3 sudu gula
1 sudu besar sunquick 
1 sudu teh esen vanila
Pewarna hijau, merah, purple, biru
Masak agar-agar, air dan gula hingga agar-agar dan gula larut. Dgn menggunakan blender, kisar roti bersama telur, susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar tadi dan terus memasak dengan api yang perlahan sambil dikacau hingga mendidih. Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika. Tutup api .
Ambil sedikit 1/4 daripada adunan dan bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pada setiap bahagian yang telah diasingkan. Baki adunan yang tidak diwarnakan tadi, di tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan dahulu dengan air. Ketepikan
Kemudian ambil adunan yang telah diwarnakan tadi dan titiskan atas puding dalam loyang tadi secara berselang seli antara satu warna dengan warna yang lain. Buat hingga habis, sejukkan.


Thursday, September 5, 2013

pan grill chicken with onion sauce


Hidangan makan malam tadi. Semalam terasa nak makan style begini saja .  Waktu saya ambil gambar ini terlupa nak tuang kan sos bawang yang banyak ...saya hanya letak di bahagian tepi saja .
Kepingan daging ayam bahagian dada ini terlebih dahulu saya buangkan kulit luarnya sebab saya tidak suka makan kulit ayam memandangkan saya grill di dalam pan saja. Tetapi jika megunakan grill di luar rumah kita tidak perlu buang kulit nya sebab kulit ini akan menghasilkan minyak sewaktu di panggang dan memberikan rasa .
Cara membuatnya pun tidak susah dan cepat ....ini yang saya suka sebab tidak perlu lama berada di dapur.

Resepi mudah
Pan grill chicken

1-3 keping dada ayam
sedikit garam
sedikit lada sulah
dan beberapa helai daun rosemarry - di cincang halus
sedikit garam marsala.

Kesemua bahan di atas di perap ...lebih lama lebih bagus perisanya . Paling kurang 20min.
Panas kan grill pemangang dan letakan sedikit minyak zaiton dan grill sehingga bahagian bawah dada ayam menampakan garisan grill , alih dan grill pada kedua bahagian.


Sos bawang
20 gram mentega untuk menumis
4 biji bawang putih-   kisar  untuk tumis
5 biji bawang merah
750 mL stok rebusan am/daging
2 biji bawang besar - untuk tumis
saderi dikupas dan dipotong dadu.
lobak merah dikupas dan dipotong dadu
sedikit tepung jagung –lebih kurang 1 sudu saja
secukup rasa garam dan lada sulah.

Panas kan majerin dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukan saderi yang telah di kupas dan lobak merah.  Masukan sedikit  tepung jagung goring sebentar dan masukan air rebusan . Kacau dan perisakan dgn sedikit garam dan lada sulah.


Nota : Jika nak berkerim ….tambah kan sedikit kerim  dan sos akan bertukar cerah.  Saya tak letak