Tuesday, September 27, 2016

Mee lada


Mee lada menjadi piliha di pagi hari. Terasa lapar pulak bula di waktu pagi hujan gerimis ...sejuk suasana maka perut pun terasa kosong dan nak kan sesuatu yang panas berkuah.
Maka terhasilkan mee lada mengunakan apa yang ada di dapur .
Alhamdulillah menjadi dengan jayanya.


Mee Lada

1/2 peket Mee kuning
2 sudu besarsos lada hitam
1 1/2 sudu sos tomato 
     bebola ayam
1 sudu kecil serbuk ikan bilis 
   sayur sawi
3-4 ulas bawang putih di ketuk kasar

Panas kuali dengan sedikit minyak . Tumis kan bawang putih sebentar dan masukan mee kuning. Mee di goreng sehingga agak masak dan masukan sos lada dan sos tomato serta bebola ayam . Biarkan mesra dan tambahkan air secukup nya.
Perisakan dengan serbuk ikan bilis ...garam letak sedikit je takut masin. Masukan sayur sawi dan tutp api ...siap.

Kelainan pada mee ini adalah serbuk ikan bilis yang buat kua terasa sedikit manis ..dan sedap.









Butter bun



Projek dua tiga hari lepas  sewaktu abah saya berada di rumah. Hehe agak busy sikit nak mengupdate blog. Hari ini terasa ada kelonggaran masa baru dapat menaip .
Ok ...saya peminat roti juga kiranya bermacam jenis roti yang telah saya cuba . Nie jenis campur semua dan uli dengan senduk kayu saja sebab doh dia tersangat lah lembik serta melekat. 
Sesudah doh terbentuk saya taburkan sedikit tepung pada tangan dan bulatkan adunan utk di perap selama satu jam . Proses yang biasa dalam pembuatan roti.

Bila dah satu jam doh mmg mengembang sepenuhnya. Alhamdulillah terus saya membulatkan adunan dan letakan pada muddin tin bersaiz besar ...senang kan dapat bun yang comel dan saiz yang sama.
Biarkan sebentar dan bakar setelah masak . keluarkan dan sapu dengan susu ...tadaaa jadilah


Selebhnya saya nak makan baru saya letakan hirisan daging yang di goreng bersama sos baebeku yang enak . Lapiskan dg sedikit butter salad dan hirisan daging serta bawang untuk rasa cruncy sikit.Akhir sedikit mayonis dan cili ..soap untuk ngapp

Tuesday, September 20, 2016

Mee goreng kicap


Entri biasa biasa saja sekadar menwarnai blog saya. Apapun  status ini yang saya makan semalam .Dalam musim hujan semua jadi sedap tak sedap pon makan juga asalkan hidangan itu keluar dari dapur panas panas dapat memberi keselesaan pada tubuh yang sejuk dan perut yang lapar.
Maka tidak hairan lah mee kicap menjadi hidangan.

Resepi mee kicap pedas ini mmg simple dan senang . Saya perlu sedikit penambahan dari segi kicap pedas (dah ada di pasaran ) mmg best utk peminat mee . /terasa pedasn di tambah pula dgn sayuran sawi yang fresh ...hehe sila cuba.



Monday, September 19, 2016

waffle di petang hari


Bila kita rasa sihat syukur pada Allah kita mampu berkreatif di dapur . Sukur pada Allah .Alhamdulillah dengan kesihatan yang di kurniakan kita mampu berbakti pada ahli keluarga kita selagi berterusan dengan yang tersayang. 


Ini merupakan kesukaan saya yak kira masa ...saya suka sebab senang di makan dengan apa saja yang ada macam pancake juga kaedahnya cuma guna acuan yang berlainan saja . Paling mudah nak sediakan . Resepi KakNor secubit garam hehe menjadi pilihan.


Crispy waffle
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 biji telur A
1 cawan tepung serbaguna/gandum
2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan butter yg dicairkan
1 1/2 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil vanila

Cara:
Panaskan waffle maker.
Ayak tepung bersama baking powder.
Pukul telur hingga betul-betul kembang.
Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati.
Apabila waffle maker dah panas, masukkan sesenduk adunan/batter dan ratakan.
Tutup penutup waffle maker dan masak sehingga waffle masak (golden brown/keemasan)
Hidangkan panas bersama jem atau madu atau juga bersama aiskrim mengikut kesukaan masing-masing.








I

kepak ayam pedas





 Hari ini saya letak pulak kepak ayam pedas . Saya bukan peminat kepak ayam selalunya anak yang paling suka. Sejak dia suka makan di pizza hut ...wings dia dah jatuh hati. Nak makan selalu haha memang pokai lah jawabnya . Maka dengan itu saya kena buat agar kami tak makan luar selalu kan,,,itulah sana sini nak jimat belanja . Tapi rasa macam tu juga tak berubah tapi makanan dari rumah lebih ketelitian nya ..kebersiah nya dan dengan doa dan niat waktu masak itulah ganjaran nya. 

Resepi nya seperti biasa saya akan cari dari gedung goggle nie berlambak lambak yang keluar pilih je nak pedas berapi dan beraroma dan yang ranggup semua ada.
Tapi saya pilih tang hampir sama dengan rasa macam yang anak saya suka je ..satgi saya buat ikut lidah saya dia tak mau pulak tak sama dengan pizzahut kan ...so inilah resepi yang saya telah cuba.

chicken wing secukupnya
hot sauce ...saya guna peri peri hot sauce
gula merah agak agak tau
sedikit gula
serbuk paprika .,,,ikut nak pedas
serbuk bawang putih
sedikit cuka apple cider

Bancuhkan kesemua yang di atas sebati dan curahkan pada chicken wing . Biarkan sebentar dan boleh lah di grill di dalam mangkok tahan panas yang di lapik dengan foil .
Masa membkar lebih kurang 30-40 min sehingga garing .


Mix water, hot sauce, margarine, brown sugar, paprika, vinegar, and garlic powder in a bowl. Place chicken wings in a casserole dish or foil lined pan. Pour sauce over wings and bake at 375 degrees for 20 to 30 minutes or until crispy and juices run clear

p/s bawang dan ceri tomato tu saya pandai pandai letak sendiri.....setelah hampir masa penamat saya pun letak kan sekejap sedikit layu ...sedap tau.

Sunday, September 18, 2016

Kerutup kambing



































Hidangan berasaskan kambing sentiasa mendapat perhatian ramai. Tapi saya bukan lah pemakan daging kambing tapi saya kena masak sebab ahli keluarga saya amat suka dengan hidangan ini .
Kambing dari segi penyediaan nya kena berhati hati ketika mencuci sebab jika tidak ianya akan meninggalka bau yang kurang selera. 
Saya mencuci dengan sedikit tepung gandum dan selepas mencuci larutan tepung saya akan meletakan sedikit cuka dan biarkan sekejap sebelum membilas. Kaedah ini menghasilkan daging yang cepat lembut ketika kita masak. Petua arwah emak saya.
Berbalik pada hidangan kerutup ini ...ianya tidak pedas walaupun kuah nampak garang . Sedap di makan dengan nasi putih maupun di cicah dengan semua jenis roti.
Kali ini saya letak resepi walaupun jika kita goggle beratus resepi ada yang hampir sama . Yang ini pun lebih kurang saja sana sini dengan sedikit tambahan dalam tulisan merah gelap .
Tq Azie resepi ini senang dan sedap.

Kerutup Kambing. 
Oleh: Azie Kitchen

Daging kambing
Rempah kerutuk
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Gula Melaka
Garam dan gula
Santan secukupnya
Kerisik kelapa
Daun pudina di blend dgn setengah biji bawang besar dan di tumis

Saya tambah yogurt 2 sudu besar di akhir masakan

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris dengan rempah kerutuk agak lama hingga garing.  Daging dibasuh dengan tepung gandum bagi mengelakkan bau hamis. 


Masukkan daging dan rempah yang ditumis dan gaul rata.  Letak atas dapur dan masak hingga daging agak empuk sebelum masukkan santan pekat.  Masukkan garam, gula, gula melaka dan akhir sekali kerisik.  Sesuaikan rasa dan kepekatan sebelum diangkat dan dihidangkan panas panas dengan nasi putih atau nasi minyak.

Roti nan Kari ayam


Tiada apa yang lebih indah dari menikmati hasil buatan kita sendiri . Bermula dengan ilmu yang kosong tapi akhirnya menjadi jua. Dari segi bentuk memanglah kalah dari kedai namun dari segi kepuasan kita rasa seronok sangat berada di ruang dapur walaupun tak sehebat dapur oranglain yang beribu ribu mahal tapi takberhabuk. 
Dapur ku tak di nafikan penuh sarat dengan barangan dan kotor jika terleka atau malas. Dapur sentiasa menjadi pemanas di ruang yang ada berkreatif untuk seisi rumah.
Ok ...hari nie roti nan saja . Roti yang sungguh senang nak buat dan sedap di makan. Murah belanja pulak tue. 
Zaman sekarang zaman kena jimat kan...tepung segala ada gst nya . Anda yang baca faham saya pun faham kan.


Roti nan cicah bersama kari ayam pedas yang sangat sedap . Jika makan sardin atau kuah dal pun best juga. Kari ayam pedas lebihan semalam rasanya lebih pekat .

Beriani udang


Menu lama ....hari nie baru nak letak. . Walaupun tak sibuk tapi untuk lapangkan masa di laptop skg nampak macam malas.
Sekarang pun dah banyak ratusan resepi masakan di laman cyber dan rasanya hampir serupa je .
Tapi saya up kan di sini sebab ini kegemaran saya bercerita dapur tentang aktiviti masakan sebagai catatan harian saya di kala berusia nanti saya dah tak mampu memasak saya akan terhibur melihat kembali catatan saya nanti mungkin akan membuat hati saya riang waktu ini ...insyallah

 Nasi di

Air timun susu debgab sedikit pudina untuk merasakan kesegaran selepas menikmati nasi yang berminyak ini . Mulanya nak buat lemon ,,,tapi stok lemon kehabisan maka ini saja yang ada,