Tuesday, October 27, 2015

puff sardin minum petang


Petang semalam terasa lapar sangat ....cari bihun ada tapi pelengkap kepada bihun tak berapa cukup dengan dua benda saja . Cari lagi maka terjumpa dengan puff pastry yang di beli tempohari  nun terperuk di bawah timbunan pastri popiah maka terhasil lah puff sardin yang kemban ini. 






Puff ini di beli untuk buat puff layer with custard tu ..ala macam rancangan Anna Olsen tu ..,,tapi hari itu gusi sakit maka tertangguhlah projek itu sekarang dah jadi lain. 




Tea time yang nampak bergaya habis tapi saya mampu jamah sekeping saja . Nampak cantik sedap tu ok lah sebab inti sardin kan tapi bila berusia sikit selera puff nie agak kurang sikit kot . Jika waktu single mingle dulu saya boleh makan berkeping keping tak kenyang tapi sekarang sekeping terus cari air bila dah minum air perut pun terasa penuh . Membazir pulak rasanya nak tunggu En Hb dan anak pulang ..lewat sangat , mereka sampai lewat terus minta nasi je . eemm next time kita frozenkan nak makan baru masuk dalam oven .




Monday, October 26, 2015

Deko kek je



Kek ini saya buat sebulan yang lalu baru hari ini saya teringat nak letak di sini ..bukan apa sebagai kenangan je yang saya telah pun membuat corak begini. Corak ini nampak sangat cantik dan saya tertarik bila menyusuri blog Biscous A Toi yang sangat teliti dan kemas serta corak yang beliau hasilkan  nampak simple kemas dan elegant ..huh elegent tau . Saya nie jika ke kedai kek pasti akan mengambil sedikit masa melihat dalam cermin kek kek yang tersusun indah dalam cermin ..mata memerhati setiap detail pada kek tersebut dan akhirnya saya selalu kena tinggal dengan hb ..mereka dah kedepan tak sangka dok di situ ..biasa lah kan.
Ok dek kerana tergoda dengan corak nozle begini maka saya dengan rasa confident cuba mendeko sebiji kek vanilla berlapiskan kerim dan puri strawbeery di bahagian tengah kek dan lapiskan dengan butterrcreame saja . 
Hasil tunjuk ajar dalam youtube maka terhasilah lorekan yang kurang stabil tapi saya rasa puas hati gak sebab hampir sama walaupun comot sikit . Yang penting saya dah cuba buat kan.


Alhamdulilah terhasil kan juga dan kek ini saya sedekah kan pada jiran lama saya yang kebetulan anak harilahir anak dia lewat 2 hari kira belated birthday lah...
Jiran lama saya tu sungguh happy terima kek ini walaupun hehe comot . Insyallah saya nak cuba deko berbentuk bunga rose pulak lepas projek ini jika rajin.



Friday, October 23, 2015

chocolate cupcake


Dua tiga hari lepas dah makan kek tapi arinie nak makan coklat pulak . Jika buat saiz besar memang membazir jadi saya buat bentuk kecil senang sikit. Deco pun boleh tukar warna warni .
Resepi pun biasa biasa saja namun hasilnya cantik dan sedap.

Chocolate Cupcakes

1 1/2 cawan gula castor
3 sudu besar mentega (lembutkan pada suhu bilik)
1 1/3 cawan tepung gandum 
2 sudu teh baking powder  
1/3 cawan serbuk koko
1 cawan susu segar (saya cut to 3/4 sahaja....sbb tengok konsistensi adunan dah elok)
2 biji telur
 chocolate chips jika nak tambah  

Putar gula castor dengan mentega hingga kembang. Masukkan telur sebiji sebiji, pastikan dipukul hingga kembang. Kemudian masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak tadi selang seli dengan susu segar, guna whisk tangan sahaja. Gaul hingga sebati. Kemudian letakkan chocolate chips dan kaup balik sahaja. Isi dlm acuan 1/2 penuh sahaja.....    kek  bakar selama 20-30 minit guna suhu 160'C...atau sehingga masak