Resepi karipap ini saya ambil dari blog Sheila. Saya rasa nak simpan resepi ini sebab pastry nya yang rapuh dan tidak berminyak. Satu kelainan juga sebab ada nya campuran tepung jagung. Pertama kali saya mencuba pastry karipap yang ada tepung jagung.
Karipap Pusing
Resepi : Kak Sheila
Sumber : Kak Norhayati .
BAHAN DOH A :
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerinARA :
Satukan semua bahan doh A. Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan. Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan.
AHAN DOH B :
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
cil garam atau secukup rasa
1/2 cawan air anggaran (boleh tambah air sedikit lagi jika adunan keras.)
CARA-CARA
Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas tu.
Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti.
Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan.
Doh di bahagi 4 dan dibulatkan.
CARA MEMBUAT NYA
Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A . Bungkus menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh2 seterusnya.
Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis. Kemudian gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya. Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.
Ambil doh dan potong kepada 6 bahagian. Gelekan sedang2 saja jangan terlalu nipis atau terlalu tebal, sedang2 saja. Masukan inti, lipat dan klim lah cantik2 ya...
Untuk menggoreng karipap ni, panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang2 tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak jadi nya pandai-pandai tukang masak lah ya, goreng biar keperangan gitu baru lah di angkat dan tos kan...
3 comments:
Salam.Emmmm..sedapnya karipap sardin
Salam.. ni Noor yg dtg rumah akak ker? klu akk salah org maaf yer.. apapun terima kasih kerana sudi mencuba.. :)
sheila...betul tu hehe ...terima kasih kak memang sedap resepi ini.
Post a Comment