Monday, April 9, 2012

Ayam goreng rempah


Hidangan semalam ..ayam goreng rempah yang di makan bersama nasi putih kukus. Tapi rasanya jika di makan bersama dengan nasi lemak pun sedap. Gandingan lemak dan pedas memang ngam kan.
Tapi sebagai hidangan tengahari kita sajikan dengan nasi putih kukus sebab hb nak makan sambal belacan cicah dengan salad.
Manakala ayam goreng rempah memang sedap bagi saya lah...tapi buat orang lain saya tak pasti. Kelmarin memang kita masak awal sebab hb selepas makan dia kena bertolak.

Ayam goreng rempah
Sumber: Raidah

Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.

Sunday, April 8, 2012

Kek Pisang


Petang tadi kita buat kek pisang . Mulanya nak buat cookies saja.tapi kesuntukan masa dapat sediakan kek pisang saja. Ini lebihan kek yan telah di potong sebagai bekal.
Bekal ummmmp manalah tau waktu malam nanti terasa lapar dapat lah makan sekeping dua kan.


 Kali  ini saya guna pisang pisang montel .....jika pisang emas mugkin lebih sedap sementara resepinya saya ambil dari blog Rosjintanmanis. Hasil kek ini memang gebu haha.
Terima kasih Ros ye....resepi awak saya letakan di sini sebagai simpanan saya.

Kek Pisang Gebu
sumber : RosJintanmanis 

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.




Friday, April 6, 2012

Buah Melaka


Teringat pulak di petang hari terasa nak makan buah melaka. Jarang kita buat kuih nie kalau buat pun time bulan puasa saja. Sejuk tekak bila makan kuih muih jenis begini. Tapi awas juga nampak comel cute tapi untuk anak kecil kena lah awasi sebab mudah tercekik.
Setelah siap saya sejukan dahulu sebelum di makan...baru sedapkan. Saya dan hb saja yang suka makan kuih nie ...my yonyon tak begitu menyukainya.

Hmmm hari ini cuaca agak mendung tapi tidak hujan seperti semalam. Aktiviti terbatas di dalam rumah saja ...hendak keluar terasa sangat malas lagipun Yonyon ada kelas tambahan waktu malam. 
Resepi saya tak letak sebab senang sangat kan.......


Thursday, April 5, 2012

Daging masak merah


Baru hari ini terasa nak kemang ada saja.as kini blog sebab bila virus M datang melanda....habislah semua kerja tak menjadi. Tapi hari ini di sebabkan cuaca di luar mendung menanti hujan daripada nonton tv lebih baik buat sesuatu. Apapun hari dah petang pun.  Hari ini kita tak buat kuih muih untuk minum petang sebab hari ini ada pasar malam kita nak rembat saja nasi kerabu yang di jual di situ...so dapurku waktu malam nanti boleh di cuci rapi dan tersusun untuk esuk hari. Waaa....tapi kerja lain sedang menanti.
Apapun inilah hidangan waktu lunch tadi. Kita masak simple saja untuk kami bertiga. daging masak merah, gulai udang dengan kacang panjang dan sayur kubis berbola ayam. Tak ada ikan sebab kita tak ke kedai hari ni so pakai masak apa yang ada.





Monday, April 2, 2012

Sardine Bun


Buat selepas waktu tengahari tadi untuk minum petang. Lama benar tak buat bun sardine sejak kejadian terbeli tepung stok lama tempohari. Geram pun ada juga...tapi saya dah henti membeli barangan dari kedai tersebut. Saya lebih tertumpu di kedai bakeri dekat dengan Lagenda Height saja.  Haha tepung nie tak ada masaalah sebab ianya tidak hapak maka roti yang kita bakar akan berbau harum saja...apatah lagi ada inti sardine di dalam gulungan roti.
Saya mengunakan kaedah leperkan tepung secara memanjang dan isikan dgn inti kemudian di bahagian bucu atas buat sedikit kelaran dan apabila kita tutup keleran akan terbuka menampakan belahan yang terbuka cantik apabila di bakar.
Saya mengunakan roti Basic Doh saja. Pada waktu ini suasana di luar kelihatan mendung dan gelap menandakan hujan akan tiba bila bila masa saja.





Sunday, April 1, 2012

Muffin Blueberry


Petang minggu yang terik tiba tiba turun nya hujan denga lebatnya. Lega kain di ampaian siap di ambil oleh Yonyon. Jika tidak habislah kena cuci sekali lagi.
Untuk petang tadi kita cuma makan muffin blueberry saja dengan secawan teh kosong. Hari ini muffin saja tektur nya tak segebu mana, ianya jenis keras...saya kurang suka jenis nie. Saya lebih minat kepada jenis yang gebu dan lembut. Maka saya rasa tak  perlulah saya letak kan resepinya di sini ye. Saya hanya letak resepi yang menjadi kesukaan dan citarasa saya saja...bolehkan.



Bingka Biskut Crackers

Bingka yang menjadi ikutan masa kini. Hihi bila dah lihat ramai nya peminat maka tergerak juga hati nak merasa nya jugakan. Ini lah hasilnya dari dapur saya petang tadi. Saya buat setengah adunan saja . Hasilnya memang sedap tapi saya tak letak bijan sebab nak cepat siap bijan pun cari tak jumpa. Walhal baru saja beli satu plastic kecil rasa nya guna setengah tahun pun tak habis. Disebabkan kehilangan misteri bijan kita gantikan dengan kepingan almond saja .