Menu dua tiga hari sudah ...sekarang baru nak update sini . Saya adalah pengemar roti tak kira roti apapun semua sedap
Apapun tak rugi mencuba jika jadi Alhamdulilah jika tak jadi pun lain kali buat lagi sampai jadi ...insya Allah mesti jadi jika kita tidak mudah putus asa.
Kuah dhall dan ayam tandoori adalah lebihan dari nasi hujan panas . Sayangkan jika ayam yang kita perap tu tak habis di makan jadi sebelah malam memang kena modified ...tapi jika lebihan ayam tandoori boleh juga di simpan dengan membalut ayam dn foil dan simpan di tempat sejukbeku . Nanti bila terasa nak makan defrost dan bakar kembali . Ok saya nak ceritakan bab roti nan saja di sini.
Resepinya sangat mudah untuk di praktik makan di rumah ...
Roti Nan
4 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu besar gula
1/4 cawan air (suam)a
3/4 sudu kecil yeast
3/4 susu cair
1 cawan yoghurt
sedikit butter anggaran 1 camca
dan sedikit lagi waktu selepas roti keluar oven.
Proses membuatnya adalah sama seperti mengadun roti. Uli kesemua bahan di atas dan rehat. Adunan ini di bahagikan pada 6 bebola kecil. Setelah kembang tumbuk dan leper kan adunan menjadi bulat dan rehatkan 5 minit sebelum di bakar. Selepas di bakar keluarkan roti boleh lah di sapu dgn butter ataupun minyak sapi serta garlic jika suka. Proses tamat di sini.
Namun saya bakar kan sebentar di atas kuali untuk dapatkan haruman smokey tu sebentar dan sapu dgn garlic oils . Roti yang telah di masak harus di tutup dengan kain untuk elakan kekeringan dan nampak cantik serta lembut .
Friday, December 19, 2014
kurma telur
Inilah menu saya untuk makan tengahari . Teringin sangat nak makan masak kurma rempah dari kedai mamak di Kepala Batas. Bau rempah yang sangat harum semerbak bila masak mengunakan rempah ini . Saya jika lalu kawasan kedai rempah itu mesti beli 100g rempah kurma dengan harga Rm3 rgt saja. Selebihnya rempah kari sederhana pedas dan juga rempah untuk buat ayam goreng ...nasi kandar style lah sebelah sini .
Resep ini khas untuk Lina yang mahukan resepi ...lama gak saya menyepi update blog. Sejak dua menjak ini saya rasa jemu berblog bagai tapi adakala rindu. Padahal tiap tiap hari saya ber expriasi di dapur saya dan segala nya hanya dapur tempat yang saya suka lepak ...kejap tukar sana sini lepas itu semak balik kemas kembali dan begini lah setiap hari. Ok ini resepinya harap Lina suka ye...nie style saya lah setengah orang tak suka daun pudina tapi saya letak sebab terasa wangi dan ngam dgn nasi putih panas panas...tambah sambal belacan ,ikan masin lauk lain tak toleh dah .
Kurma telur
Bahan-bahannya:
5 biji telur ayam direbus dan dikupas kulit dan di goreng
sebentar
1 cawan santan pekat
1 sudu the tomato paste
1 -2 biji kentang – potong ikut suka
1 biji bawang besar dibelah empat
2 – 3 biji cili hijau
Garam/gula/serbuk peras
Bahan-bahan B (untuk menumis):
Minyak untuk menumis
1 biji bawang besar dihiris#
2 ulas bawang putih dihiris#
2 inci halia dihiris#
3 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 tangkai daun kari
1 helai daun pandan –Jika suka
Akhir masakan
Sedikit cincangan daun pudina
Bawang besar di poton empat
Cili hijau
Bahan bertanda # kisar
Cara-cara memasak:
1.Panaskan periuk
dan masukan minyak. Setelah panas masukan bahan rempah sehingga naik bau rempah
dan masukan bahan kisar –gaul sehingga wangi Masukan daun pandan dan daun kari .
2. Setelah naik bau masukan pes tomato dan ubi kentang
dan tambahkan sedikit air .
3. Setelah rempah dan ubi masak masukan telur …cincangan
daun pudina serta santan.
4. Perisakan dengan garam secukupSaturday, November 29, 2014
chicken madghout
Hari ini baru nak buat posting menenai masakan, Lama juga lah kita tak posting cerita masakan. Mungkin di sebabkan lama berblog ada kala rasa bosan juga sebab memaparkan menu yang berulangkali ..tentu bosan.
Namun ini lah kegiatan kita dirumah setiap hari walaupun jemu arrrr.
Pagi tadi tarasa sangat nak menikmati hidangan ala arab ...eemmm arablah pulak . Sebelum ini saya mengunakan rempah tempatan saja yang di kisar sendiri . Dengan kecangihan masa kini rempah yang berada nun jauh beribu batu kita boleh dapatkan dengan segara secara online...hehe.
Saya telah menukarkan daru lamb kepada Ayam namun resepi di bawah saya tidak ubah. Sebahagian ayam saya masak bersama nasi dan sebahagian lagi saya grill dengan menambahkan serbuk paprika ,lada garam serta sedikit air lemon dan saya grill sehingga masak .
Resepi lamb Madghout
sumber dari : rakan kelab masakan Lydia Honey group
Bahan...utk mkn 5-6 org.
3 cwn beras basmathi super long
1 kilo daging kambing yg bertulang
5 cwn air utk merebus daging /ayam
2 bj bwg bsr potong dadu
4 ulas bwg Putih..cincang.
1" halia ketuk
1 st lads hitam- tumbuk bg pecah sikit
2 bj tomato- cincang
3 sb pes tomato
2 bj lada hijau
5-6 bj buah pelaga
3 bj bunga cengkih
1 brg k.k.manis
2 helai daun bay
1 SK Arab mix spice
1/2 bj lemon ambik jus nye.
3 sb myk sapi / butter
Step 1
Bersihkan daging...toskan air n Gaul dgn Rempah mix
spice..perap 2 jam.. Beras td basuh n rendam dgn sedikit garam selama 1 jam.
Step 2
Panas kan minyak n tumis k.k.manis..buah pelaga n bunga
cengkih..masukkan bwg2 n halia..bila layu masukkan bay leaf..lada hitam buah
tomato n pes tomato ..kemudian masukkan daging..serta masukkan 5 cwn air
..tutup tudung periuk pressure cooker..masak 15 min.
Step 3
Slps 15 min..buka tutp periuk..toskan beras n tuang
kedalam sop td..perah 1/2 bj jus lemon..masukkan garam. Biarkan mendidih spt
masak nasi biasa..jgn di kacau. Bila kering masukkan lada hijau..kemudian tutup
balik tudung n perlahankan api biarkan 8 min..siap.
Di rumah jika nasi tidak berkuah sudah pasti anak saya kurang laju makan . Jadi saya kena buat sesuatu yang berkuah maka terhasilah kari ayam pedas dan salata timun yogurt. Alhamdulilah rezeki hari ini.
Sunday, November 16, 2014
lahmacun....macam pizza
As salam semua lama sudah tidak bersiaran petang ini saya merajinkan diri untuk meletakan sesuatu yang pertama kali saya cuba. Alhamdulilah hasilnya amat memberangsangkan .
Pertama kali kita nampak macam pizza namun agak kering tanpa cebisan cheese yang meleleh . Hanya dengan semburan minyak zaiton pada awal dan di akhir pembakaran untuk naikan rasa.
Sangat sesuai untuk golongan umur terutama yang sedang berdiet ..
Sebenarnya sejak saya membeli rempah dari Puan Zubaidah ...saya sering mencari resepi berbeza dalam blog makanan saudi . Rempah ini asalnya dari Lydia Honey so kita yang nak beli sedikit boleh order dari Puan Zubaidah , saya rasa ada ramai lagi menjual rempah ini tapi saya lebih selesa mengorder dari Puan Zubaidah Alhamdulilah.
Roti ini merupakan makanan popular di kalangan orang Armenien dan turki. Saya salin resepi ini dalam bahasa inggeris ...minta maaf saya tak sempat nak alih bahasa .
Intinya kita boleh pklbagai mengikut kesukaan. Setelah letak inti semburkan minyak zaiton dan setelah masak semburkan sedikit untuk nampak berkilat .
Yield: 10-12 Lahmacuns
Prep. time and baking duration: about 2 hours
Ingredients for the dough:
1 tsp dry active yeast
0,5 tsp sugar
1+1/2 cup of warm water
4,5 cups of flour (you can use pain wheat)+
Little oil to brush the dough
Ingredients for the topping:
12 oz of minced beef or lamb (I always use 85 % lean
beef)
1 big onion
2-3 cloves of garlic
2 Tbsp of butter
1,5 cups of fresh curly parsley
1 cup of fresh mint
1 medium tomato
1 tsp of chili pepper
1 jalapeno (optional) saya gantikan dgn cili biasa
1 tsp paprika (optional)
1 tsp of cumin (optional)
1 tsp rempah arabic spice
salt according to your own taste
Juice of 1 lemon
little oil to brush the dough
Directions for the dough:
In a small bowl mix yeast and the sugar. Add 1/2 cup of
warm water, stir well, close the lid (or cover with plate). You can leave the
bowl on the counter but I usually put it somewhere warm. Warmness accelerates
the process and better activates the yeast. Activating yeast is important to
have a better rising dough. Keep the mixture warm for about 15 minutes without
opening the lid. When the time is up, you should have a nice foamy liquid. Even
if you do not, still keep it and make the dough. It will still work.
In a large bowl combine the remaining water, flour and
the yeast mixture.
Mix everything well and kneed it into a nice soft,
springy dough. It should be soft as your ear lobes. Add flour or water as
needed. A well-kneaded dough will be much easier to work with later. Keep this
in mind!
Coat the dough with just a little bit of oil, cover with
damp cloth and leave it to rise in a warm place. I usually cover the bowl with
the lid and bundle it up nicely to have a good volume dough. Give it a rest for
around 1 hour before you take it out from the cover. When you do take the dough
out, make sure it has doubled in size.
Once the time is up, open up the lid and punch the dough
a little. Flour the working surface and drop the dough. Cut it into pieces
smaller than a tennis ball but larger that a golf ball. You should have about
10-12 pieces.
Roll each one and place on the floured surface. Cover
with a damp cloth and let it stand until your topping is ready (20 min). Turn
the oven on and keep it at 420 F.
Directions for the topping:
Meanwhile, prepare the topping. This picture really makes
me smile. I love vegetables. I also love that ground beef in there :)
Wash the greens well and chop them nicely. I usually wash
and soak parsley with mint in water prior to using them. This way all the dirt
remains in the water.
Cut the onion and garlic in pieces, put the pieces into a
chopper and chop until nicely minced.
Wednesday, October 1, 2014
kari ayam pedas
Kari ayam pedas satu hidangan yang enak sangat di makan bersama nasi putih panas panas . Dimakan pula di waktu hari hujan ...laju saja .
Saya mengunakan rempah yang di adun bersama dengan satu camca cili kasar bagi menghasilkan kepedasan yang berganda . Kuah kari akan nampak sedikit kemerahan . Rempah pula harus di tumis bersama serbuk kari sampai betul betul betul masak agar rasa cili tidak kuat .
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
2 biji ubi kentang
2 biji lobak merah
3 biji cili besar hijau
3 tbsp rempah kari ayam/daging –di jadikan pes
2 sudu besar cili kisar – campur dgn rempah kari ayam
1/2 sudu besar serbuk kari kurma
1 biji bawang besar**
3 ulas bawang putih**
1/2 inci halia**
**ditumbuk/kisar halus
Santan kelapa secukupnya
1 biji tomato di cincang halus
asam jawa secukupnya
Garam dan gula
Air
Minyak untuk menumis.
Bahan tumis:
Rempah tumis
(bunga lawing,kulit kayu manis .
5 ulas bawang merah – dihiris
3 biji bawang putih ~ belah 2 & hiris halus
1/2 inci halia ~ hiris halus mcm batang mancis
1 tangkai daun kari.
Ayam saya gaul
dengan sedikit garam dan kunyit kemudian saya goreng dalam minyak panas sekejap
saja .
Panaskan minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan serta bahan
tumis lain sehingga garing. Angkatkan semua bahan tumis tersebut dan ketepikan
dahulu.
Masukkan cili kisar dan pes kari. Masak sehingga
betul-betul masak atau sehingga terbit minyak. .
Masukkan pula ayam dan ubi kentang, gaul rata dan biarkan
selama 10 minit atau sehingga ayam
Agak masak..bolehlah masukan air asam dan cincangan buah tomato . Agak buah tomato
hancur masukan santan serta perisakan dengan garam dan sedikit gula.
Seimbangkan rasa pedas masam dengan gula …bila agak sedikit pekat ….siap.
Opps...sebelum api di tutup masukan cili hijau..
Nasi kabsa ayam lagi....
Nasi yang saya paling suka makan ketika ini . Sudah berkali kali saya pasti mengunakan resepi Lydia yang sedap ini.
Jika nak resepi boleh lah rujuk di sini .
Saya mengunakan rempah yang di beli dari kedai mamak sahaja ..tapi saya letakan lemon kering seperti resepi asal . Tanpa lemon rasanya berbeza sedikit.
Dalam salad timun saya gunakan greek yogurt nestle rasanya lebih sedap berbanding yogurt biasa ...tak percaya cubalah.
Thursday, September 25, 2014
roti sarang lebah....
Petang tadi hujan lebat terasa lapar nak makan sesuatu ...teringat pulak dekat roti nie dalam banyak banyak roti jenis manis nie menjadi pilihan. Selalu saya buat bun sosej,kaya,sambal ikanbilis . Ramai dah pun mencuba resepi Lydia Honey nie sangat menjadi dan saya buat pun alhamdulilah syukur.
Resepi saya tak letak di sini sebab ramai dah tahu....saya sekadar update di sini sebagai ...roti ini saya dah berjaya membuatnya saja untuk rujukan saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)





