Friday, December 19, 2014

tandoori nan

 Menu dua tiga hari sudah ...sekarang baru nak update sini . Saya adalah pengemar roti tak kira roti apapun semua sedap 
Apapun tak rugi mencuba jika jadi Alhamdulilah jika tak jadi pun lain kali buat lagi sampai jadi ...insya Allah mesti jadi jika kita tidak mudah putus asa. 
Kuah dhall dan ayam tandoori adalah lebihan dari nasi hujan panas . Sayangkan jika ayam yang kita perap tu tak habis di makan jadi sebelah malam memang kena modified ...tapi jika lebihan ayam tandoori boleh juga di simpan dengan membalut ayam dn foil dan simpan di tempat sejukbeku . Nanti bila terasa nak makan defrost dan bakar kembali . Ok saya nak ceritakan bab roti nan saja di sini.

Resepinya sangat mudah untuk di praktik makan di rumah ...


Roti Nan
4 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu besar gula
1/4 cawan air (suam)a
3/4 sudu kecil yeast
3/4 susu cair
1 cawan yoghurt
sedikit butter anggaran 1 camca
dan sedikit lagi waktu selepas roti keluar oven.

Proses membuatnya adalah sama seperti mengadun roti. Uli kesemua bahan di atas dan rehat. Adunan ini di bahagikan pada 6 bebola kecil. Setelah kembang tumbuk dan leper kan adunan menjadi bulat dan rehatkan 5 minit sebelum di bakar. Selepas di bakar keluarkan roti boleh lah di sapu dgn butter ataupun minyak sapi serta garlic jika suka. Proses tamat di sini.
Namun saya bakar kan sebentar di atas kuali untuk dapatkan haruman smokey tu sebentar dan sapu dgn garlic oils . Roti yang telah di masak harus di tutup dengan kain untuk elakan kekeringan dan nampak cantik serta lembut . 


1 comment:

Anonymous said...

OMG nampak sedapnya, nak makan ni T_T


Sekiranya memerlukan servis membina laman web, boleh layari http://www.perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my/. Dengan laman web, bolehlah buat bisnes online sikit dengan lebih eficien

Thanks